Kolej Komuniti Jeli

Kolej Komuniti Jeli TARIKH MULA OPERASI: 1 JULAI 2006 PENGAMBILAN PELAJARAN ADALAH PADA SETIAP JANUARI DAN JULAI SETIAP TAHUN. HUBUNGI TALIAN 09-958 3800 UNTUK URUSAN PENGAMBILAN.

MENAWARKAN DUA BENTUK KURSUS PENGAJIAN IAITU:
i) KURSUS SEPENUH MASA
ii) KURSUS PENDEK @ PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


BAGI KURSUS SEPENUH MASA,
2 PROGRAM PERINGKAT SIJIL DITAWARKAN IAITU:
1) SIJIL PASTRI
2) SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

MOD PENGAJIAN: SEPENUH MASA

SYARAT KEMASUKAN: LULUS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
SEJARAH

TEMPOH PENGAJIAN:
- MINIMUM 4 SEMESTER
- MAXIMUM 10 SEMESTER

BANTUAN K

EWANGAN DISEDIAKAN PADA YANG LAYAK. KAMI JUGA MENAWARKAN PELBAGAI KURSUS PENDEK SEPERTI JAHITAN, SULAMAN, GUBAHAN, KEK, MASAKAN, PEMBUATAN ROTI DAN BANYAK LAGI PADA HUJUNG MINGGU DAN JUGA HARI BEKERJA. UNTUK MAKLUMAT KURSUS PENDEK BOLEH HUBUNIGI TALIAN 09-958 3800

KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK 2026Kolej Komuniti Jeli telah berjaya menganjurkan Kursus Asas ...
22/07/2026

KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK 2026

Kolej Komuniti Jeli telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Penyembelihan sempena National Training Week (NTW) 2026, yang disampaikan oleh Ustaz Asmadi Zulkifli.

Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai konsep penyembelihan menurut syarak, syarat-syarat sah penyembelihan, adab serta amalan terbaik yang perlu dipatuhi. Selain sesi teori, peserta turut mengikuti amali penyembelihan ayam bagi memberikan pengalaman pembelajaran secara praktikal di bawah bimbingan penceramah.

Program ini telah disertai oleh pelajar dan staf Kolej Komuniti Jeli, sekali gus menjadi platform memperkukuh ilmu, kemahiran dan keyakinan dalam melaksanakan penyembelihan yang menepati tuntutan syariat Islam.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan menjadi amalan yang berterusan.



🍽 DAPUR SISWA  #2 | Belajar Memimpin, Belajar Berbakti ❤️Selepas kejayaan pelaksanaan pertama, Program Dapur Siswa Siri ...
21/07/2026

🍽 DAPUR SISWA #2 | Belajar Memimpin, Belajar Berbakti ❤️

Selepas kejayaan pelaksanaan pertama, Program Dapur Siswa Siri 2 yang berlangsung pada 14 Julai 2026 mencatat satu lagi perkembangan membanggakan apabila berjaya menyediakan 85 pek makanan percuma untuk pelajar Kolej Komuniti Jeli.

Jika pada siri pertama ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dibimbing sepenuhnya oleh pensyarah,namun kali ini mereka diberi kepercayaan untuk mengurus sendiri keseluruhan operasi dapur. Bermula daripada pembahagian tugasan, penyediaan bahan mentah, pengurusan masa, proses memasak sehinggalah pembungkusan dan pengagihan makanan, semuanya dirancang dan dilaksanakan oleh pelajar sendiri.

Walaupun jadual kuliah agak padat, semangat mereka tidak pernah luntur. Segala persiapan bahan dilakukan sehari lebih awal, manakala pada hari program mereka berjaya menyiapkan proses memasak dan membungkus 85 pek makanan hanya dalam tempoh empat jam. Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan kerjasama, disiplin dan perancangan yang baik, pelajar mampu mengendalikan sesuatu program dengan cemerlang.Setiap pengalaman yang dilalui menjadi bekalan berharga kepada ahli JPP.

Menu Dapur Siswa Siri 2
🍚 Nasi Putih
🍗 Ayam Goreng Kak Wok
🥬 Sayur Masak Lemak
🌶 Sambal Belacan


Terima kasih kepada semua sukarelawan, pensyarah dan warga Kolej Komuniti Jeli yang sentiasa menyokong inisiatif ini. Semoga Dapur Siswa terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar.

📌 DAPUR SISWA  #3 Alhamdulillah, Program Dapur Siswa hari ini berjaya menyediakan 120 pek makanan percuma untuk pelajar ...
21/07/2026

📌 DAPUR SISWA #3

Alhamdulillah, Program Dapur Siswa hari ini berjaya menyediakan 120 pek makanan percuma untuk pelajar Kolej Komuniti Jeli.

Minggu ini amat istimewa kerana Dapur Siswa menerima tajaan ayam hasil Kursus Asas Penyembelihan sempena National Training Week (NTW) HRD Corp. Lebih bermakna, pelajar bukan sekadar menikmati hidangan yang disediakan, malah berpeluang mempelajari sendiri keseluruhan proses pengendalian ayam – bermula daripada penyembelihan, pembersihan, penyediaan bahan sehinggalah proses memasak. Satu pengalaman pembelajaran yang menggabungkan ilmu, kemahiran dan nilai kesukarelawanan dalam suasana sebenar.

🍛 Menu Dapur Siswa #3
✅ Gulai Ayam
✅ Sayur Goreng
✅ Nasi Putih

Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang sama ada dalam bentuk tenaga, masa mahupun tajaan. Setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar mengisi perut, tetapi turut meringankan beban pelajar, khususnya pelajar baharu yang masih menunggu penerimaan bantuan kewangan dan elaun.

Semoga Program Dapur Siswa terus berkembang dan menjadi wadah untuk menyemai budaya prihatin, berkongsi rezeki dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kolej Komuniti Jeli.

JELI | 1 Safar 1448 H bersamaan dengan 16 Julai 2026 | Khamis | 9.00 pagi PROGRAM PENGUCAPAN AWAM & PENGACARAAN MAJLIS 2...
20/07/2026

JELI | 1 Safar 1448 H bersamaan dengan 16 Julai 2026 | Khamis | 9.00 pagi

PROGRAM PENGUCAPAN AWAM & PENGACARAAN MAJLIS 2026

Telah berlangsung dengan jayanya Program Pengucapan Awam & Pengacaraan Majlis yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Jeli.

Program ini telah disampaikan oleh Mohamad Aliff Haikal bin Mohd Sopi, Pegawai Perhubungan Awam, Yayasan Islam Kelantan (YIK). Beliau berkongsi pelbagai ilmu, teknik dan pengalaman berkaitan kemahiran pengucapan awam, komunikasi berkesan serta pengendalian majlis secara profesional.

Program ini dianjurkan bagi:
✅ Meningkatkan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan pelajar melalui latihan yang memfokuskan kepada penyampaian ucapan yang jelas, yakin dan berkesan.
✅ Memantapkan penguasaan Bahasa Melayu yang betul, baku dan gramatis dalam penyampaian ucapan serta pengendalian majlis rasmi mengikut etika dan protokol yang bersesuaian.
✅ Meningkatkan keyakinan diri, kemahiran interpersonal dan profesionalisme pelajar melalui aktiviti simulasi pengacaraan majlis yang memberi pengalaman pembelajaran secara praktikal.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar yang hadir dengan penuh semangat dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi berlangsung. Penglibatan aktif para peserta bukan sahaja berjaya meningkatkan keyakinan diri, malah menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam bidang pengucapan awam dan pengacaraan majlis. Diharapkan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pelbagai aktiviti akademik, kokurikulum dan kerjaya pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohamad Aliff Haikal bin Mohd Sopi atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat. Terima kasih juga kepada semua pelajar yang telah menyertai program ini serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penganjurannya.

⚡️ JELI ENGLISH JOLT 2026 ⚡️120 Minutes. English Only. Speak. Connect. Break Through.Sorakan, gelak tawa, dan semangat b...
13/07/2026

⚡️ JELI ENGLISH JOLT 2026 ⚡️

120 Minutes. English Only. Speak. Connect. Break Through.

Sorakan, gelak tawa, dan semangat berpasukan yang luar biasa! Itulah suasana meriah yang mewarnai JELI ENGLISH JOLT 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Komuniti Jeli hari ini. Seramai 200 orang pelajar TVET telah menyahut cabaran ini dalam satu slot pembelajaran yang santai, interaktif, dan penuh keterujaan.

Mengangkat konsep pembelajaran di luar bilik darjah, program ini bukan sahaja memberi nafas baharu kepada kaedah penguasaan bahasa Inggeris, malah berjaya mencungkil keyakinan diri, kemahiran komunikasi, serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Melihat setiap peserta saling menyokong dan berganding bahu menyelesaikan setiap cabaran membuktikan satu perkara: pembelajaran terbaik tidak semestinya terhad di dalam bilik kuliah. Apabila ilmu digabungkan dengan pengalaman yang menyeronokkan, ia bukan sahaja menjadi lebih berkesan, malah membekalkan kenangan yang cukup bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Jeli, para pelajar latihan industri, serta seluruh jawatankuasa kerja yang telah memberikan komitmen jitu dalam memasti kelancaran program ini.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta! Semoga JELI ENGLISH JOLT 2026 menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pembelajaran yang kreatif, interaktif, dan berimpak tinggi pada masa akan datang.

Belajar. Berkomunikasi. Bekerjasama. Dan yang paling utama, menikmati setiap prosesnya! 💙







Program Dapur Siswa Vol 1Sebagai usaha menyemai budaya prihatin dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar, Jaw...
07/07/2026

Program Dapur Siswa Vol 1

Sebagai usaha menyemai budaya prihatin dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Jeli telah menggerakkan Program Dapur Siswa, sebuah inisiatif penyediaan dan pengagihan pek makanan percuma kepada pelajar yang memerlukan.

Program yang berkonsepkan gotong royong/rewang ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dengan bimbingan serta pemantauan pensyarah bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. Melalui program ini, pelajar turut didedahkan dengan nilai kepimpinan, kesukarelawanan ,kerja berpasukan dan tanggungjawab sosial.

Semoga Program Dapur Siswa terus menjadi platform untuk menyemai budaya saling membantu, mengeratkan ukhuwah warga kolej dan meringankan beban pelajar yang memerlukan.

Minggu ni adik-adik pelajar ni masak tema masakan Thai iaitu Tom Yam + Telur Dadar , minggu depan tema apa agaknya ya?

Kongsi Rezeki, Ringankan Beban.





[KENYATAAN MEDIA] Dasar Kemasukan Pelajar Antarabangsa Tidak Khianati Pelajar Tempatan, Perkukuh Daya Saing Universiti D...
05/07/2026

[KENYATAAN MEDIA] Dasar Kemasukan Pelajar Antarabangsa Tidak Khianati Pelajar Tempatan, Perkukuh Daya Saing Universiti Di Persada Global

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim



Address

Kolej Komuniti Jeli Kementerian Pendidikan Tinggi Lot 2396 Kg. Chedok, Bukit Bunga Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099583800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Jeli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Komuniti Jeli:

Shortcuts

Share