20/07/2026
Makluman Keselamatan Siber (Cybersecurity Alert)
Pihak Pentadbir ICT telah mengesan percubaan akses tanpa kebenaran (Unauthorized Login Attempt) terhadap page SMK Tan Sri Mohamed Yaacob yang berasal daripada alamat IP (IP Address) luar negara. Aktiviti ini dikenal pasti melalui log keselamatan (security logs) dan dikategorikan sebagai aktiviti mencurigakan (suspicious activity).
Sebagai langkah mitigasi, pihak pentadbir telah melaksanakan beberapa tindakan keselamatan, antaranya reset sesi log masuk (session invalidation), semakan access logs, pengukuhan security settings, pengaktifan Multi-Factor Authentication (MFA/2FA), semakan terhadap trusted devices, serta pemantauan berterusan bagi mengesan sebarang unauthorized access, account compromise atau anomalous login activity.
Sekiranya anda menerima sebarang mesej (Direct Message), pautan (URL), fail lampiran atau permintaan yang mencurigakan daripada page ini, sila abaikan serta-merta. Jangan klik sebarang pautan, memuat turun fail, membuat pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi, kata laluan (password), kod OTP, mahupun maklumat akaun. Mesej tersebut berkemungkinan merupakan cubaan phishing, social engineering atau penyalahgunaan akaun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pihak kami sedang menjalankan pemantauan keselamatan secara berterusan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan melalui saluran komunikasi sekolah. Kerjasama semua dalam memastikan keselamatan siber halaman ini amatlah dihargai.