23/09/2026
π TAHNIAH & SYABAS π
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Ustaz Bukhari bin Che Noh, Bukhari Che Noh Ketua Guru KAFA SK Sri Suria (1) atas penerimaan Anugerah Guru KAFA Cemerlang sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan KAFA Negeri Kelantan Tahun 2025.
Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas dedikasi, komitmen, kepimpinan dan kesungguhan Ustaz Bukhari dalam mendidik, membimbing serta mencurahkan bakti kepada anak-anak murid, khususnya dalam membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.
Kejayaan ini turut menjadi kebanggaan buat warga SK Sri Suria (1) dan seluruh komuniti KAFA Tanah Merah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan memberikan inspirasi kepada warga pendidik yang lain.
πΉ Tahniah Ustaz Bukhari bin Che Noh!
Guru Cemerlang, Inspirasi Generasi.