Darul Ulum Diniah Rasmi

Call Directions Contact the school

Darul Ulum Diniah Rasmi " Pelajaran Agama Warisan Terbaik "

SEKOLAH RENDAH (AGAMA) DARUL ULUM DINIAH TANAH MERAH

HARI PERTAMA UJIAN UPSRA 2026 SRUDUDSeramai 104 calon SRUDUD yang akan menduduki Ujian UPSRA pada hari ini bertarikh 23 ...
23/09/2026

HARI PERTAMA UJIAN UPSRA 2026 SRUDUD

Seramai 104 calon SRUDUD yang akan menduduki Ujian UPSRA pada hari ini bertarikh 23 September 2026. Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan hati, kekuatan dan kefahaman yang baik sepanjang menduduki ujian.

💐 Buat yang terbaik, jawab dengan tenang dan yakin pada diri sendiri.
Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan selama ini membuahkan kejayaan yang cemerlang.

اللهم يسر ولا تعسر، اللهم تمم بالخير

✨ Selamat menduduki UPSRA, anak-anak SRUDUD. Semoga berjaya dunia dan akhirat! 🤲🏻

Selamat menempuhi Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2026 buat semua murid Tahun 6 SRUDUD. 🌷Semoga dipermudahk...
23/09/2026

Selamat menempuhi Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2026 buat semua murid Tahun 6 SRUDUD. 🌷

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan hati, kekuatan dan kefahaman yang baik sepanjang menduduki ujian.

Daripada : Barisan pentadbir, guru-guru SRUDUD dan PIBG.

🌸📚 UJIAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2027 📚🌸Alhamdulillah, telah berlangsung Ujian Kemasukan Murid Tahun 1 bagi sesi pe...
20/09/2026

🌸📚 UJIAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2027 📚🌸

Alhamdulillah, telah berlangsung Ujian Kemasukan Murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027 SRU (A) Darul Ulum Diniah. 🏫✨

Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan serta keupayaan awal bakal murid sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang hadir dengan penuh semangat dan keyakinan. 👏🏻🌟

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru serta warga sekolah yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan membantu dalam memastikan perjalanan ujian ini berlangsung dengan lancar dan teratur. 🌷🤝🏻

Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada para ibu bapa dan penjaga atas sokongan serta kerjasama yang diberikan.

Semoga semua calon dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan dalam proses kemasukan ke Tahun 1 sesi 2027. 🤲🏻✨

💐 Selamat melangkah ke alam persekolahan, anak-anak! Semoga menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berjaya pada masa hadapan. 💐





🌸 MAJLIS SOLAT HAJAT MURID TAHUN 6 🌸Majlis Solat Hajat bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada Khamis, 17 September...
20/09/2026

🌸 MAJLIS SOLAT HAJAT MURID TAHUN 6 🌸

Majlis Solat Hajat bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada Khamis, 17 September 2026.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Fatah bersama-sama Ahli Jawatankuasa PIBG yang akan bersama dalam Majlis Solat Hajat serta menyantuni murid-murid Tahun 6.

🤲 Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar segala urusan murid-murid Tahun 6 dipermudahkan, diberikan ketenangan, kesihatan dan kekuatan serta memperoleh kejayaan dalam menghadapi UPSRA yang bakal ditempuhi.

Semoga usaha dan doa kita bersama menjadi asbab keberkatan dan kejayaan buat anak-anak Tahun 6. 🌷

✨ “Usaha, doa dan tawakal menjadi bekalan menuju kejayaan.” ✨





16/09/2026

🇲🇾✨ MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 DAN HARI KEBANGSAAN 2026  SRU (A) DARUL ULUM DINIAH ✨🇲🇾

Alhamdulillah, tirai Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 dan Hari Kebangsaan 2026 di SRU (A) Darul Ulum Diniah telah dilabuhkan dengan kemeriahan, keceriaan dan penuh dengan semangat patriotisme.

Majlis penutup pada kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kreatif yang menceriakan suasana sekolah, antaranya:

👗🇲🇾 Pertandingan Busana Merdeka
☂️✨ Pertandingan Payung Berhias
🚲🇲🇾 Pertandingan Basikal Berhias

Kreativiti, semangat dan kesungguhan para murid jelas terserlah menerusi busana yang penuh warna-warni, payung yang dihias dengan begitu kreatif serta basikal yang dihias dengan identiti Jalur Gemilang. 🇲🇾✨

Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah, para murid, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Sesungguhnya, kejayaan sesebuah program bukanlah hasil usaha seorang, tetapi lahir daripada kerjasama, kebersamaan dan semangat gotong-royong semua pihak. ❤️

🇲🇾❤️ DARUL ULUM DINIAH, SEMANGAT MERDEKA! ❤️🇲🇾

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🔥🇲🇾






PayungBerhias
BasikalBerhias
SemangatMerdeka
JalurGemilang
SemangatPatriotisme
AnakMalaysia

🇲🇾✨ MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 DAN HARI KEBANGSAAN 2026  SRU (A) DARUL ULUM DINIAH ✨🇲🇾Alhamdulillah,...
16/09/2026

🇲🇾✨ MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 DAN HARI KEBANGSAAN 2026 SRU (A) DARUL ULUM DINIAH ✨🇲🇾

Alhamdulillah, tirai Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 dan Hari Kebangsaan 2026 di SRU (A) Darul Ulum Diniah telah dilabuhkan dengan kemeriahan, keceriaan dan penuh dengan semangat patriotisme.

Majlis penutup pada kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kreatif yang menceriakan suasana sekolah, antaranya:

👗🇲🇾 Pertandingan Busana Merdeka
☂️✨ Pertandingan Payung Berhias
🚲🇲🇾 Pertandingan Basikal Berhias

Kreativiti, semangat dan kesungguhan para murid jelas terserlah menerusi busana yang penuh warna-warni, payung yang dihias dengan begitu kreatif serta basikal yang dihias dengan identiti Jalur Gemilang. 🇲🇾✨

Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah, para murid, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Sesungguhnya, kejayaan sesebuah program bukanlah hasil usaha seorang, tetapi lahir daripada kerjasama, kebersamaan dan semangat gotong-royong semua pihak. ❤️

🇲🇾❤️ DARUL ULUM DINIAH, SEMANGAT MERDEKA! ❤️🇲🇾

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🔥🇲🇾











🇲🇾🔥 SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 DAN HARI KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT SRU (A) DARUL ULUM DINIAH🔥🇲🇾SRU (A) Darul Ulum Di...
14/09/2026

🇲🇾🔥 SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 DAN HARI KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT SRU (A) DARUL ULUM DINIAH🔥🇲🇾

SRU (A) Darul Ulum Diniah mengadakan sambutan sempena Bulan Kemerdekaan yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 14-15 September 2026.

Program Briskwalk Jalur Gemilang yang telah berlangsung pada 14 September 2026 berjalan dengan lancar dan penuh dengan semangat patriotik. 🇲🇾❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tanah Merah, Jabatan Penerangan Tanah Merah serta penduduk sekitar atas segala kerjasama, sokongan dan bantuan yang diberikan bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar dan meriah.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Segala tenaga, masa, komitmen dan kerjasama yang dicurahkan amat kami hargai. ❤️

🇲🇾❤️ MALAYSIA MADANI : KESEJAHTERAAN DINIKMATI❤️🇲🇾

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🔥🇲🇾










Address

Padang Siam
Tanah Merah
17500

Telephone

+6099552155

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Ulum Diniah Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Darul Ulum Diniah Rasmi:

Shortcuts

Share

Category