Kelas Mengaji Fatah

Kelas Mengaji Fatah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Mengaji Fatah, Education, tanah merah, Tanah Merah.

�Hanya pelajar rasmi KELAS MENGAJI TEAM FATAH
�Kelas mengaji dewasa wanita dan Kanak-kanak dengan HARGA BERPATUTAN
�Live kelas tambahan disini
�Live Pelajar KHATAM MUQADDAM
�Pengajian permulaan hanya menggunakan MUQADDAM (KA'EDAH NURANI)

29/08/2022

Ilmu itu asasnya IBADAH
Dan punca sumbernya KEBAIKAN

Kebodohan itu kepala pada segala KEBURUKAN
Dan asalnya segala BALA

28/08/2022

BAGI ORANG-ORANG YANG MULIA, JANGAN TOLAK 4 PERKARA INI :

1. Bangunnya dia dari tempat duduk pada majlis buat memberi duduk pada ayahnya , gurunya dan orang-orang yang dihormatinya.

2. Khidmatnya pada tetamu (kerana banyak kelebihannya)

3. Tidak menolak menguruskan tunggangan (sendiri)

*Zaman dulu haiwan tunggangan, sekarang boleh dikatakan kereta, motor dll yang kita guna sebagai kenderaan*

4. Khidmat pada orang yang kita pelajari ilmu darinya

Salam Jumaat ✨ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
26/08/2022

Salam Jumaat ✨

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Surat Ibrahim Ayat 7وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَش...
19/07/2022

Surat Ibrahim Ayat 7

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

Wa iż ta`ażżana rabbukum la`in syakartum la`azīdannakum wa la`ing kafartum inna 'ażābī lasyadīd.

Artinya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’”

URUTAN DALAM BERDOA Semua orang pasti ingin dikabulkan semua keinginan dan hajat terbaik nya. Namun, tahukah kita, ada s...
09/05/2022

URUTAN DALAM BERDOA

Semua orang pasti ingin dikabulkan semua keinginan dan hajat terbaik nya. Namun, tahukah kita, ada susunan adab yang harus di lalui dalam permohonan doa kita kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

In sha ALLAH, ini urutannya,

1. Dimulakan dengan Memuji ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2. Memohon agar kelak kita dimasukkan ke dalam Syurga dan dijauhkan dari Neraka.

3. Jangan jemu/lelah untuk meminta kepada ALLAH Husnul Khatimah dan Istiqomah didalam kebaikan.

4. Selalu mohon ampun untuk dosa kita dan juga orang tua kita.

5. Mohon selalu kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala agar di berilah petunjuk yang lurus dan hidayah terus menerus.

6. Memohon untuk dijauhkan dari segala macam fitnah akhirzaman dan fitnah dunia.

7. Berdoa agar ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala permudahkan segala urusan, masalah yang kita hadapi.

8. Berdoalah, apa sahaja hajat yang besar mahupun kecil.

9. Jangan pernah berputus asa. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa meliputi kemurkaanNya.

Wallahu A'lam.

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. 🤲🌙



❤️Menghidupkan malam raya dengan berqiamullail. Hadis riwayat Abu Umamah, Rasulullah SAW bersabda:مَنْ قَامَ لَيْلَةَ ال...
01/05/2022

❤️Menghidupkan malam raya dengan berqiamullail.

Hadis riwayat Abu Umamah, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْعِيدِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَومَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Siapa yang mendirikan malam raya dengan penuh penghisaban, nescaya tiada mati hatinya pada hari matinya segala hati.”

Riwayat Ibn Majah


❤️Bertakbir pada malam raya dan pagi hari raya sehingga solat raya.

Hadis riwayat Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
زَيَّنُوْا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ

Maksudnya: “Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir.”

Riwayat al-Tabarani

❤️Bertahlil, bertakbir, bertahmid, dan bertaqdis.
Hadis daripada Anas, sabda Rasulullah SAW:
زَيِّنُوا الْعِيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ

Maksudnya: “Hiasilah kedua hari raya kamu dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis.”

Riwayat Abu Nuaim

Kredit:

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua alumni Triple A dan follower yang dirahmati Allah."Ya Allah...
01/05/2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua alumni Triple A dan follower yang dirahmati Allah.

"Ya Allah, jadikanlah kami insan yang sentiasa bersyukur atas nafas yang masih kami miliki, bersyukur di atas keluarga yang kami miliki, bersyukur atas rezeki yang diberi dan bersyukur atas kesihatan yang kami miliki.

Terimalah segala amal perbuatan baik kami dan jadikanlah kami semua hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat kurniaanMu.”

Semoga Syawal ini memberi seribu makna buat kita semua dan semoga Ramadan yang berlalu ini menjadi titik mula kepada tautan silaturrahim yang lebih utuh.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”

Salam Syawal,

🌹DOA MELIHAT KEBESARAN ALLAH S.W.T 🌹Ini merupakan doa yang diucapkan oleh para Ulul Albab setelah melihat kebesaran penc...
30/04/2022

🌹DOA MELIHAT KEBESARAN ALLAH S.W.T 🌹

Ini merupakan doa yang diucapkan oleh para Ulul Albab setelah melihat kebesaran penciptaan Allah. Mereka adalah orang-orang beriman yang senantiasa mengingat Allah setiap saat; baik saat mereka sedang berdiri, duduk, maupun berbaring.

Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dari Atha’ bin Abi Rabah, ia berkata:

Aku berkata kepada Aisyah: “Beritahukanlah kepadaku sesuatu yang paling menakjubkan yang pernah kamu lihat dari Rasulullah.”

Lalu Aisyah menjawab: “Semua perkara Rasulullah menakjubkan. Pernah suatu malam beliau mendatangiku dan bersamaku dalam satu selimut. Kemudian ia berkata kepadaku: “Izinkanlah aku untuk beribadah kepada Rabb-ku.” Maka beliau berdiri dan mengambil wudhu, kemudian ia berdiri untuk shalat hingga ia menangis, hingga air matanya mengalir sampai ke dadanya. Lalu beliau sujud sambil menangis, lalu berdiri kembali sambil menangis. Beliau terus menangis sampai Bilal mengumandangkan adzan subuh.”

29/04/2022

Malam ini malam yang sangat istimewa, malam yang berkumpul padanya beberapa kelebihan pada satu malam.

★ Malam Jumaat
★ Malam 28 Ramadhan
★ Malam ganjil
★ Malam 10 terakhir Ramadhan

Jangan biarkan malam Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadhan tahun ini berlalu pergi dengan begitu saja.

Berselawatlah sebanyak-banyak nya di malam Jumaat, bacaan surah Yasin, surah al-Kahfi, surah al-Mulk jangan ditinggalkan. Berdoalah mohon keampunan dan dikabulkan segala hajat.

Semoga Allah ampunkan segala dosa kesalahan kita, terima segala amal ibadah kita, dan sampaikan kita bertemu bulan Ramadhan tahun hadapan.

Kredit:mommy iman (tiktok)

KALAM ALLAH MENYINARI KEHIDUPAN أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَاۤ“Maka adakah mereka...
28/04/2022

KALAM ALLAH MENYINARI KEHIDUPAN

أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَاۤ

“Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?”

(Muhammad: 24)

Address

Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Mengaji Fatah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category