Madrasah As-Syukriah Pondok Lalang Pepuyu

Madrasah As-Syukriah Pondok Lalang Pepuyu Madrasah As-Syukriah, Pondok Lalang Pepuyu diasaskan oleh TG Hj Yahya Bin Omar diatas tanah seluas 6 ekar yang diwaqafkan.

BELASUNGKAWAPagi 24 Ramadhan disurami cahaya suram mendungTelah berangkatlah guru yang selama ini menjadi tulang belakan...
15/04/2023

BELASUNGKAWA

Pagi 24 Ramadhan disurami cahaya suram mendung
Telah berangkatlah guru yang selama ini menjadi tulang belakang pembangkit semangat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 815 pagi tadi di kediaman beliau, di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.

Meninggalkan 4 orang anak dan seorang isteri. Mula memondok di Pondok Pasir Tumboh dari tahun 1964 seterusnya menjadi menantu kepada Allahyarham Tuan Guru Hj Mustafa dan seterusnya berkhidmat kepada pondok sehingga akhir hayat beliau.

Wahai guru, kami menjadi saksi atas jasa bakti yang engkau telah taburkan sepanjang hidupmu. Kami juga bersaksi akan segala kebaikan yang telah engkau curahkan tanpa mengenal penat lelah dan tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan manusia.

Allah telah pilih beliau untuk berkhidmat kepada sehingga akhir hayat. Moga kita juga dipilih oleh Allah untuk berkhidmat kepada AgamaNya.

Selamat berangkat dan selamat berehat buat Tuan Guru.

Salam Takziah daripada kami.
Pengurusan Pondok


Salam Isra’ & Mi’raj 1444HPerjalanan Agung dari Insan Teragung.Hadiah daripada Pencipta kepada Hamba-Nya
18/02/2023

Salam Isra’ & Mi’raj 1444H

Perjalanan Agung dari Insan Teragung.
Hadiah daripada Pencipta kepada Hamba-Nya

ASAL NAMA MADRASAH DINIAH BAKRIAH (PONDOK PASIR TUMBOH)Biodata Ayahanda kepada pengasas Pondok Pasir TumbohHj Abu Bakar ...
13/02/2023

ASAL NAMA MADRASAH DINIAH BAKRIAH (PONDOK PASIR TUMBOH)

Biodata Ayahanda kepada pengasas Pondok Pasir Tumboh

Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah

Usaha beliau dalam mendidik anakandanya iaitu Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz sehingga lahir sebagai ulama yang begitu banyak melahirkan pelajar bukan sahaja dari seluruh Malaysia malah Asia Tenggara

Moga jasa beliau diganjari dengan anugerah yang sebaiknya oleh Allah dan ditempatkan bersama para solehin

Nama Hj Abu Bakar diabadikan pada nama rasmi Pondok Pasir Tumboh iaitu Madrasah Diniah Bakriah

* pengasas Pondok Lalang Pepuyu, TG Hj Yahya Bin Omar merupakan Alumni Pondok Pasir Tumboh

*teks & gambar kredit kepada FB Pondok Pasir Tumboh.


01/01/2023

Salam Tahun Baru Masihi. Semoga di tahun yang baru ini, segala persengketaan didamaikan, hutang piutang dilangsaikan dan perselisihan dimaafkan agar kita sejahtera di Hari Perhitungan.

AL QURAN, SAYA MINTA MAAFSaya di Masjid seri petaling. Masjid ini 24jam hidup dengan amal. Bila bila masa sahaja boleh m...
27/12/2022

AL QURAN, SAYA MINTA MAAF

Saya di Masjid seri petaling. Masjid ini 24jam hidup dengan amal. Bila bila masa sahaja boleh masuk untuk lelaki.

Saya jika rasa tak sihat, saya akan datang masjid seri petaling. Jika saya sedih, rasa down, nak ‘me time’ saya akan datang masjid seri petaling.

Bukanlah sebab diri ini baik ke apa. Tapi datang sini hati tenang tengok orang baik-baik, dan dapat jumpa guru-guru tercinta. Dan sini juga dapat tidur rasa lebih selamat.

Ada kala saya datang betulkan bacaan Al Quran dan betulkan bacaan zikir-zikir yang saya amal dengan beberapa guru.

Di sini juga Allah temukan saya dengan pelbagai ragam manusia yang sangat menginsafkan saya. Sebiru jalan cerita Allah bagi hadiyah kepada jemaah tabligh.

Sedang saya termenung, depan saya ini ada sorang brother. kejap buka tutup Al Quran, lepas tu peluk, lepas tu dia cium. Begitulah banyak kali dia buat.

Dalam hati kata. Sayang betul dia dengan Al Quran. Lama saya perati dia. Nak juga tanya kenapa dia buat begitu. Hampir 30 minit nonstop dia buat begitu.

Lalu saya senyap-senyap duduk belakang dia. Nak juga dengar apa dia baca dan cakap. Bila saya dekat curi-curi dengar buatkan saya sebak dan menangis.

Nak tahu tak apa dia cakap:

Wahai Al Quran, saya minta maaf sebab tak pandai baca engkau. Wahai Allah bagilah saya pandai baca Al Quran sebelum saya mati. Wahai Allah jangan ambil nyawa saya selagi saya tidak sempurna baca Al Quran.

Begitulah di ulang-ulang doa dan cium peluk Al Quran.

Saya perlahan-lahan bangun duduk jauh dari dia. Saya sungguh-sungguh doa moga Allah lancarkan bacaan Al Quran abang ini. Moga doa saya baca ini malaikat aminkan dan Allah mudahkan saya juga untuk baca Al Quran.

Sahabat. Sesibuk mana pun kita, sejahat mana pun kita, sejahil mana pun kita, jangan pernah tinggal Al Quran.

Guru saya pesan. Sebelum nak baca apa-apa, nak online facebook, surat khabar, mulakan baca Al Quran. Al Quran asbab Allah jaga mata kita dari perkara maksiat.

Al Quran akan jadi teman sahabat kita di alam kubur nanti, akan jadi penghujah di hadapan para malaikat.

Doalah, moga kita, anak-anak kita, pasangan kita setiap tahun khatam Al Quran. Cinta Al Quran.

Kredit : EncikMatt


04/12/2022

Harta dunia itu ujian, kalau makan ia berakhir dengan kotoran, kalau simpan ia berakhir menjadi rebutan, tapi jika diinfakkan ia berakhir sebagai keamanan

Sempena Hari Jumaat Yang Penuh dengan Keberkatan ini, kami buka peluang infaq/hibah/zakat kepada tuan puan yang dimuliak...
02/12/2022

Sempena Hari Jumaat Yang Penuh dengan Keberkatan ini, kami buka peluang infaq/hibah/zakat kepada tuan puan yang dimuliakan Allah ﷻ

Umum mengetahui bahawa pada hari Jumaat , ada satu saat/waktu yang mustajab doa. Dan pendapat setengah ulama, waktu tersebut ialah selepas waktu asar.

Atas inisiatif ini, kami war-warkan QR Code Pondok Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan.

Hanya perlu Log In Apps bank masing-masing dan scan QR Code ini dan terus masukkan amaun yang hendak diinfaqkan. Tanpa perlu masukkan nombor akaun madrasah. insyAllah

Semoga Infaq yang kita dermakan, menjadi amal jariah tuan puan , peneman didalam kubur dan penjamin di Padang Mahsyar nanti. insyAllah


29/11/2022

Kalau yang kamu dapat itu niatnya milikan maka akan kusut saat ingin diberikan lantas apa yang kamu milik itu harusnya diniat pinjaman lalu kamu akan rasa senang saat mahu memberikannya

03/11/2022

Hanya Yang Terpilih Sahaja Yang Akan Jumpa Video Ini.

Salam Jumaat!
Jummah Mubarak!


Innalillah telah kembali ke Rahmatullah TG Syeikh Zan, guru tasauf yang sangat zuhud di melaka. Murid kepada Syeikh Paiz...
27/10/2022

Innalillah telah kembali ke Rahmatullah TG Syeikh Zan, guru tasauf yang sangat zuhud di melaka. Murid kepada Syeikh Paiz Bin Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Said Al Linggi.

Semoga ditempatkan bersama para auliya dan para solehin.

Takziah kepada seluruh keluarga dan murid murid Almarhum.

“Suara ibu ayah di rumah adalah nikmat yang paling indah dalam hidup.Kalau kamu tak percaya, tanyalah orang yang sudah k...
20/10/2022

“Suara ibu ayah di rumah adalah nikmat yang paling indah dalam hidup.

Kalau kamu tak percaya, tanyalah orang yang sudah kehilangan mereka”


Ahlan Wa Sahlan Bulan Rabiul Awwal.“Jika menyambut bulan kelahiran Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, mengisah...
29/09/2022

Ahlan Wa Sahlan Bulan Rabiul Awwal.

“Jika menyambut bulan kelahiran Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, mengisahkan perjalanan Baginda ﷺ dan memuja memuji Baginda ﷺ dengan lantunan bait syair dan qasidah merupakan bidaah, maka ketahuilah aku berbangga dengan perlakuan bidaah ini!”

Kalam Solehin.



Address

Lalang Pepuyu
Tanah Merah
17500

Telephone

+60139853321

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah As-Syukriah Pondok Lalang Pepuyu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah As-Syukriah Pondok Lalang Pepuyu:

Shortcuts

Share

Category