Pondok Al-Ulum Al-Qamariyyah

Pondok Al-Ulum Al-Qamariyyah Pondok Al-Ulum AL-Qamariyyah dalam proses pembinaan, Di asaskan oleh Tuan Haji Affandi Bin Isa Bermula tahun 2013

04/02/2026
pihak pondok akan menyempurnakan bacaan tahlil dan doa, dihadiahkan atas nama arwah yang tuan/puan amanahkan bersama inf...
27/01/2026

pihak pondok akan menyempurnakan bacaan tahlil dan doa, dihadiahkan atas nama arwah yang tuan/puan amanahkan bersama infaq yang disampaikan.
Semoga menjadi pahala berpanjangan dan rahmat buat mereka.


Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Tahsin al-Quran selama dua hari pada 2–3 Jun 2025 bertempat di Pondok al-Ulum Qamar...
04/06/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Tahsin al-Quran selama dua hari pada 2–3 Jun 2025 bertempat di Pondok al-Ulum Qamariyyah anjuran oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM).

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan, Ustaz Rosli Che Soh, Pegawai MAIK, atas bimbingan dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

Moga segala usaha ini menjadi titik tolak untuk kita terus memperbaiki bacaan al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Barang siapa yang menjamu orang yang berpuasa , maka baginya pahala orang yang berpuasa tersebut.Pintu kebaikan dibuka s...
05/03/2024

Barang siapa yang menjamu orang yang berpuasa , maka baginya pahala orang yang berpuasa tersebut.

Pintu kebaikan dibuka seluas luasnya dengan gandaan pahala ditawarkan kepada mereka yang melakukan kebaikan dalam bulan ramadhan antara cara berbuat baik adalah melalui infaq atau sedekah.



Kelebihan Bulan SyaabanPengertian Syaaban: Kemuliaan, Ketinggian,Kebajikan, Cahaya.Sabda Nabi S.A.W. :“Apabila masuk Sya...
17/02/2024

Kelebihan Bulan Syaaban
Pengertian Syaaban: Kemuliaan, Ketinggian,
Kebajikan, Cahaya.

Sabda Nabi S.A.W. :
“Apabila masuk Syaaban, baikkanlah niatmu padaNya,
Kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu.”
Diriwayatkan oleh Umamah Al-Bahili r.a.

Walaupun satu sen anda bersedekah dibulan sya’ban banyak kelebihan disisi Allah


Dalam proses membaik pulih pintu sliding masjid pondok kami.kami mengharapkan keselesaan pelajar dan tetamu.bagi sesiapa...
06/02/2024

Dalam proses membaik pulih pintu sliding masjid pondok kami.kami mengharapkan keselesaan pelajar dan tetamu.bagi sesiapa yang ingin berkongsi saham akhirat boleh salurkan pada akaun berikut:

03054010034957
Pondok Al Ulum Al Qamariyyah
(Bank Islam)



06/02/2024



Alhamdulillah, progres pembinaan Masjid Pondok Al Ulum Al Qamariyyah kini sudah mencapai 50%. Sekarang, pihak masjid sed...
22/08/2022

Alhamdulillah, progres pembinaan Masjid Pondok Al Ulum Al Qamariyyah kini sudah mencapai 50%.

Sekarang, pihak masjid sedang mengutamakan kepada pemasangan atap masjid, pembelian dan pemasangan pintu dan tingkap masjid, pembuatan tangga dan tandas lelaki dan perempuan yang berjumlah lebih kurang dalam RM 170,000.

Insyaallah, selepas selesai semua yang di atas, pihak kami akan teruskan dengan proses mem-plast dinding, pemasangan mozek dan proses mengecat p**a.

Alhamdulillah, semua progres ini dapat dibuat / diteruskan dengan sumbangan daripada Tuan / Puan semua. Terima kasih kepada semua Tuan / Puan yang menyumbang. Semoga segala urusan Tuan / Puan dipermudahkan oleh Allah SWT.

❤️𝐀𝐡𝐥𝐚𝐧 𝐖𝐚 𝐒𝐚𝐡𝐥𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦❤️𝐃𝐎𝐀 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1444H ber...
29/07/2022

❤️𝐀𝐡𝐥𝐚𝐧 𝐖𝐚 𝐒𝐚𝐡𝐥𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦❤️
𝐃𝐎𝐀 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1444H bersamaan 1 Muharram 1444H, ( Sabtu ) jom sama-sama kita meriahkan utk mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

🤲🏻 Doa Akhir Tahun Hijrah (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1443H bersamaan 29 Julai 2022 ( Jumaat ).

🤲🏻Doa Awal Tahun Hijrah (1444H) p**a dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 29 Julai 2022 ( Jumaat ) bersamaan 1 Muharram 1444H.

Alhamdulillah, pembinaan masih diteruskan kerana ANDA."Di Masjid Inilah, Pelajar-pelajar Menuntut Ilmu Fardhu Ain, Mengh...
20/07/2022

Alhamdulillah, pembinaan masih diteruskan kerana ANDA.
"Di Masjid Inilah, Pelajar-pelajar Menuntut Ilmu Fardhu Ain, Menghafal Al-Quran, Menyebut Kalimah Al-Quran Nur Karim Hasil Daripada Sumbangan Tuan Puan Semua.."
MasyaAllah, besar ganjaran pahala buat para penyumbang yang tidak pernah lupa untuk memberikan sumbangan infak pembinaan Masjid Pondok Al-Ulum Al-Qamariyyah.
Buat pengetahuan semua, pembinaan Masjid ini ini telah mencapai 60% pembinaan dan kami masih memerlukan sumbangan berterusan daripada anda bagi menyiapkan pembinaan pintu, tingkap masjid, lantai mozek dan karpet serta kelengkapan yang lain.
Jika berkesempatan boleh la singgah ke Masjid Pondok Al-Ulum Al-Qamariyyah di alamat berikut;

📍 Lot 175A,kg Batu 10,Lorong Haji Affandi , Tanah Merah, Malaysia

Jom bersama hidupkan Hari Arafah dengan banyakkan berdoa
08/07/2022

Jom bersama hidupkan Hari Arafah dengan banyakkan berdoa

Address

Lot 175A, Kg Batu 10, Lorong Haji Affandi
Tanah Merah
17510

Telephone

+601140201370

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Al-Ulum Al-Qamariyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pondok Al-Ulum Al-Qamariyyah:

Shortcuts

Share

Category