Terjemahan Sahih Muslim

Terjemahan Sahih Muslim TERJEMAHAN HADIS DARI SAHIH MUSLIM, LENGKAP DENGAN SANAD DAN MATAN

17/11/2022

KITAB SOLAT: Jarak Tabir atau Pancang atau Sutrah.

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ كَانَ بَيْنَ مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ الْجِدَارِ مَمَرُّ الشَّاةِ.

Dari Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi r.anhu, dia berkata, "Jarak antara tempat Solat Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam dengan dinding adalah seukuran laluan kambing."

KITAB SOLAT: Orang Yang Solat (di tempat laluan) disunatkan memasang penghalang atau tabir atau pancang. Pancang (Sutrah...
17/11/2022

KITAB SOLAT: Orang Yang Solat (di tempat laluan) disunatkan memasang penghalang atau tabir atau pancang.

Pancang (Sutrah) juga boleh digunakan dengan apa sahaja sehingga dapat membuatkan sesorang yang sedang solat di jauhi atau terpisah dari sesuatu yang mahu melintasnya.

Syaitan biasa menjelma dalam bentuk anjing hitam.

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي فَإِنَّهُ يَسْتُرُهُ إِذَا كَانَ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ فَإِذَا لَمْ يَكُنْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ فَإِنَّهُ يَقْطَعُ صَلَاتَهُ الْحِمَارُ وَالْمَرْأَةُ وَالْكَلْبُ الْأَسْوَدُ قُلْتُ يَا أَبَا ذَرٍّ مَا بَالُ الْكَلْبِ الْأَسْوَدِ مِنْ الْكَلْبِ الْأَحْمَرِ مِنْ الْكَلْبِ الْأَصْفَرِ قَالَ يَا ابْنَ أَخِي سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا سَأَلْتَنِي فَقَالَ الْكَلْبُ الْأَسْوَدُ شَيْطَانٌ

Dari Abu Dzarr r.anhu, dia berkata, "Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda, "Apabila salah seorang dari kamu berdiri melakukan solat, maka hendaklah memasang tabir sejenis pancang di hadapannya, kerana jika tidak, dikhuwatirkan solatnya terputus oleh Himar, orang perempuan dan anjing hitam." Saya bertanya, "Hai Abu Dzarr! apa bezanya anjing hitam dengan anjing merah dan anjing kuning?" Dia menjawab, "Hai putera saudaraku! Aku telah menanyakan hal ini kepada Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam, sebagaimana yang kamu tanyakan kepadaku, lalu beliau bersabda, "Anjing hitam adalah syaitan."

17/11/2022

KITAB SOLAT: Bumi Dijadikan Untukku {Nabi} Sebagai Tempat Solat dan Alat Bersuci (Tayammun).

Hadits juga menceritakan tentang kelebihan Nabi.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فُضِّلْتُ عَلَى الْأَنْبِيَاءِ بِسِتٍّ أُعْطِيتُ جَوَامِعَ الْكَلِمِ وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ وَأُحِلَّتْ لِيَ الْغَنَائِمُ وَجُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ طَهُورًا وَمَسْجِدًا وَأُرْسِلْتُ إِلَى الْخَلْقِ كَافَّةً وَخُتِمَ بِيَ النَّبِيُّونَ

Dari Abu Hurairah r.anhu, bahawasanya Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda, "Aku diberi enam kelebihan di atas para Nabi;
1. Aku diberi kitab suci yang paling lengkap.
2. Aku diberi kemenangan dengan diberikan rasa takut dalam diri musuh.
3. Dihalalkan untukku harta rampasan perang.
4. Bumi dijadikan untukku sebagai tempat bersujud dan alat bersuci.
5. Aku diutus kepada semua makhluk, dan aku dijadikan sebagai penutup para Nabi."

17/11/2022

KITAB SOLAT: Larangan Membangun Masjid di Atas Kuburan

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ أُمَّ حَبِيبَةَ وَأُمَّ سَلَمَةَ ذَكَرَتَا كَنِيسَةً رَأَيْنَهَا بِالْحَبَشَةِ فِيهَا تَصَاوِيرُ فَذَكَرَتَا للنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ أُولَئِكَ إِذَا كَانَ فِيهِمْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ فَمَاتَ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا وَصَوَّرُوا فِيهِ تِيكَ الصُّوَرَ أُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Aisyah r.anha, bahawasanya Ummu Habibah dan Ummu Salamah r.anha menceritakan kepada Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam sebuah gereja yang pernah mereka lihat di Habasyah, yang di dalamnya terdapat gambar-gambar, maka Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya mereka itu apabila ada orang yang solih di kalangan mereka mati, maka mereka membangun masjid {tempat Solat} di atas kuburnya. lalu mereka meletakkan di dalamnya gambar-gambar itu. Mereka itulah makhluk yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat."

17/11/2022

KITAB SOLAT: Larangan Menjadikan Kuburan sebagai Masjid

أَنَّ عَائِشَةَ وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ قَالَا لَمَّا نُزِلَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَفِقَ يَطْرَحُ خَمِيصَةً لَهُ عَلَى وَجْهِهِ فَإِذَا اغْتَمَّ كَشَفَهَا عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ وَهُوَ كَذَلِكَ (لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ) يُحَذِّرُ مِثْلَ مَا صَنَعُوا

Dari Aisyah dan Abdullah bin Abbas r.anhu, keduanya berkata, "Ketika ada seorang datang kepada Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam beliau mengusapkan bajunya pada wajahnya, lalu beliau membuka wajahnya, lalu {dalam keadaan begitu} beliau bersabda, "Laknat Allah atas orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kuburan Nabi-nabi mereka sebagai tempat Solat." Beliau mengingatkan terhadap yang diperbuat oleh mereka.

17/11/2022

KITAB SOLAT: Larangan Mencari Barang Hilang di Masjid.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قال قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لَا رَدَّهَا اللَّهُ عَلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا

Dari Abu Hurairah r.anhu, ia berkata, "Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda, "Barang siapa mendengar seseorang yang mencari barang hilang di masjid, maka katakanlah, 'Semoga Allah tidak mengembalikan barang yang hilang itu kepadamu, kerana masjid tidak dibangun untuk hal itu."

Catatan: Jika terjumpa barang hilang dimasjid, Imam atau AJK masjid tidak perlu membuat pengumuman.

17/11/2022

KITAB SOLAT: Anjuran Mengeluarkan Orang yang Berbau Bawang Merah dan Bawang Putih dari Masjid

Pelantikan khalifah pengganti Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam, adalah ilham daripada Allah.

عَنْ مَعْدَانَ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ خَطَبَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَذَكَرَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَكَرَ أَبَا بَكْرٍ قَالَ إِنِّي رَأَيْتُ كَأَنَّ دِيكًا نَقَرَنِي ثَلَاثَ نَقَرَاتٍ وَإِنِّي لَا أُرَاهُ إِلَّا حُضُورَ أَجَلِي وَإِنَّ أَقْوَامًا يَأْمُرُونَنِي أَنْ أَسْتَخْلِفَ وَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُنْ لِيُضَيِّعَ دِينَهُ وَلَا خِلَافَتَهُ وَلَا الَّذِي بَعَثَ بِهِ نَبِيَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنْ عَجِلَ بِي أَمْرٌ فَالْخِلَافَةُ شُورَى بَيْنَ هَؤُلَاءِ السِّتَّةِ الَّذِينَ تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَنْهُمْ رَاضٍ وَإِنِّي قَدْ عَلِمْتُ أَنَّ أَقْوَامًا يَطْعَنُونَ فِي هَذَا الْأَمْرِ أَنَا ضَرَبْتُهُمْ بِيَدِي هَذِهِ عَلَى الْإِسْلَامِ فَإِنْ فَعَلُوا ذَلِكَ فَأُولَئِكَ أَعْدَاءُ اللَّهِ الْكَفَرَةُ الضُّلَّالُ ثُمَّ إِنِّي لَا أَدَعُ بَعْدِي شَيْئًا أَهَمَّ عِنْدِي مِنْ الْكَلَالَةِ مَا رَاجَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَيْءٍ مَا رَاجَعْتُهُ فِي الْكَلَالَةِ وَمَا أَغْلَظَ لِي فِي شَيْءٍ مَا أَغْلَظَ لِي فِيهِ حَتَّى طَعَنَ بِإِصْبَعِهِ فِي صَدْرِي فَقَالَ يَا عُمَرُ أَلَا تَكْفِيكَ آيَةُ الصَّيْفِ الَّتِي فِي آخِرِ سُورَةِ النِّسَاءِ وَإِنِّي إِنْ أَعِشْ أَقْضِ فِيهَا بِقَضِيَّةٍ يَقْضِي بِهَا مَنْ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَمَنْ لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أُشْهِدُكَ عَلَى أُمَرَاءِ الْأَمْصَارِ وَإِنِّي إِنَّمَا بَعَثْتُهُمْ عَلَيْهِمْ لِيَعْدِلُوا عَلَيْهِمْ وَلِيُعَلِّمُوا النَّاسَ دِينَهُمْ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَقْسِمُوا فِيهِمْ فَيْئَهُمْ وَيَرْفَعُوا إِلَيَّ مَا أَشْكَلَ عَلَيْهِمْ مِنْ أَمْرِهِمْ ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ تَأْكُلُونَ شَجَرَتَيْنِ لَا أَرَاهُمَا إِلَّا خَبِيثَتَيْنِ هَذَا الْبَصَلَ وَالثُّومَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَجَدَ رِيحَهُمَا مِنْ الرَّجُلِ فِي الْمَسْجِدِ أَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ إِلَى الْبَقِيعِ فَمَنْ أَكَلَهُمَا فَلْيُمِتْهُمَا طَبْخًا

Dari Ma'dan bin Abu Thalhah, bahawasanya Umar bin Khaththab r.anhu berkhutbah pada hari Jumaat. Setelah menyebut Nabi sollallaahu alaihi wasallam dan Abu Bakar r.anhu. dia berkata, "Sesungguhnya saya seakan-akan melihat seekor ayam yang mematuk saya tiga kali. Saya tidak melihatnya melainkan itu adalah (firasat) datangnya ajal saya. Beberapa kaum meminta agar saya menunjuk pengganti khalifah. Sungguh Allah tidak akan pernah menyia-nyiakan agama-Nya dan risalah yang Dia turunkan kepada Nabi-Nya. Kalau sewaktu-waktu ajal saya tiba, maka jabatan khalifah di musyawarahkan di antara enam orang yang diredhai oleh Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam ketika beliau wafat. Sungguh saya tahu bahawa beberapa kaum ingin menumbangkan persoalan khalifah ini. Saya kalahkan mereka demi Islam. Jika mereka berbuat demikian, maka mereka adalah musuh-musuh Allah yang kafir dan sesat." "Kemudian saya tidak membiarkan sepeninggalan saya sesuatu yang menurut saya lebih penting daripada persoalan kalalah. Saya tidak pernah bertanya terlalu jauh kepada Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam seperti masalah kalalah, dan betapa berat masalah ini bagi saya, sehingga beliau menusukkan dua jarinya di dada saya lalu berkata, "Hai Umar! Tidaklah cukup bagimu ayat As-Saif yang ada di akhir surah An-Nisa'?" "Sungguh jika saya masih hidup, maka saya akan menghukumi kalalah sebagaimana masalah yang diputuskan oleh orang yang memahami Al Qur'an maupun yang tidak memahami." Kemudian Umar mengatakan, "Ya Allah sungguh saya mempersaksikan kepada-Mu tentang para pentadbir di setiap daerah. Sungguh saya mengutus mereka untuk berbuat adil terhadap rakyat, untuk mengajarkan agama dan Sunnah Nabi kepada umat manusia, untuk membahagi-bahagikan rampasan perang kepada rakyat, dan untuk menampung kesulitan yang diadukan oleh rakyat untuk di sampaikan kepada saya.Kemudiaan saudara-saudara! Sungguh kalian makan dua tumbuhan yang saya pandang kotor, iaitu bawang merah dan bawang putih. Saya pernah melihat Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila beliau menemukan orang di masjid yang berbau bawang merah dan bawang putih, beliau menyuruh untuk mengeluarkan orang itu ke Baqi'. Barang siapa memakan bawang merah dan bawang putih, maka matikanlah dapurnya."

(Catatan: Kalalah adalah orang yang mati dan meninggalkan saudara saja)

17/11/2022

KITAB SOLAT: Menghindari Masjid kerana Habis Makan Bawang Merah, Bawang Bakung, dan Bawang Putih.

عن جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَكَلَ ثُومًا أَوْ بَصَلًا فَلْيَعْتَزِلْنَا أَوْ لِيَعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا وَلْيَقْعُدْ فِي بَيْتِهِ وَإِنَّهُ أُتِيَ بِقِدْرٍ فِيهِ خَضِرَاتٌ مِنْ بُقُولٍ فَوَجَدَ لَهَا رِيحًا فَسَأَلَ فَأُخْبِرَ بِمَا فِيهَا مِنْ الْبُقُولِ فَقَالَ قَرِّبُوهَا إِلَى بَعْضِ أَصْحَابِهِ فَلَمَّا رَآهُ كَرِهَ أَكْلَهَا قَالَ كُلْ فَإِنِّي أُنَاجِي مَنْ لَا تُنَاجِي

Dari Jabir bin Abdullah r.anhu, bahawasanya Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam telah bersabda, "Barang siapa yang baru memakan bawang putih atau bawang merah, hendaklah menjauh dari kami atau menjauh dari masjid kami dan duduk saja di rumah." Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam pernah dihidangi satu periuk berisi sayur bawang, lalu beliau mencium baunya, lalu bertanya. Kemudian beliau diberitahu tentang sayur bawang di dalam periuk itu, lalu beliau berkata kepada sebahagian sahabatnya, '"Bawalah kepada sahabat-sahabatnya!". Maka ketika beliau melihatnya, beliau enggan memakannya, kemudian beliau bersabda, "Makanlah! Kerana aku selalu bermunajat kepada dzat (Allah) yang tidak seperti kamu bermunajat."

17/11/2022

KITAB SOLAT: Larangan Makan Bawang Putih Menjelang Pergi ke Masjid (Hukum Makruh)

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي غَزْوَةِ خَيْبَرَ مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ يَعْنِي الثُّومَ فَلَا يَأْتِيَنَّ الْمَسَاجِدَ

Dari Ibnu Umar r.anhu, bahawasanya Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda pada saat perang Khaibar, "Barang siapa yang baru saja memakan tumbuhan ini {bawang putih}, maka janganlah mendatangi masjid".

*Selain bawang putih, makanan yang berbau yang berbau busuk yang akan menyebabkan tidak selesa dan hilang kekhusyukan bagi jemaah solat yang lain juga dimakruhkan memakannya....seperti budu, durian, tempoyak, jering, petai dan sebagainya.

*Termasuk juga ketiak yang busuk, atau badan yang berbau. Oleh kerana itu disunatkan memakai wangian apabila mendatangi masjid atau solat berjamaah.

15/11/2022

KITAB SOLAT: Kaffarrah (Tebusan) Meludah di Masjid

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبُزَاقُ فِي الْمَسْجِدِ خَطِيئَةٌ وَكَفَّارَتُهَا دَفْنُهَا

Dari Anas bin Malik r.anhu, ia berkata, "Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda, "Meludah di masjid adalah perbuatan dosa, dan tebusannya adalah menimbun ludah tersebut."

15/11/2022

KITAB SOLAT: Larangan Keluar dari Masjid Setelah Azan

عَنْ أَبِي الشَّعْثَاءِ قَالَ كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ فَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ فَقَامَ رَجُلٌ مِنْ الْمَسْجِدِ يَمْشِي فَأَتْبَعَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ بَصَرَهُ حَتَّى خَرَجَ مِنْ الْمَسْجِدِ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ

Dari Abu Sya'tsa, dia berkata, "Kami pernah duduk-duduk di masjid bersama Abu Hurairah r.anhu, lalu Muadzin menyerukan azan, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri kemudian keluar dari masjid, maka Abu Hurairah mengikutinya sampai keluar dari masjid." Abu Hurairah berkata, "Orang ini telah melanggar {ajaran} Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam."

15/11/2022

KITAB SOLAT: Jika Masuk Jangan Terus Duduk Tapi Solatlah Dua Rakaat (Sunat Tahiyyatul Masjid)

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ صَاحِبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ النَّاسِ قَالَ فَجَلَسْتُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تَجْلِسَ قَالَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَأَيْتُكَ جَالِسًا وَالنَّاسُ جُلُوسٌ قَالَ فَإِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ

Dari Abu Qatadah radhiyullahu 'anhu. dia berkata, "Saya masuk ke masjid tatkala Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam sedang duduk di belakang orang ramai." Kata Abu Qatadah, "Maka saya duduk. kemudian Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bertanya. 'Apa yang menghalangi kamu untuk solat dua rakaat sebelum kamu duduk?' Saya menjawab. "Ya Rasulullah! Saya melihat engkau dan orang-orang sedang duduk." Beliau bersabda, 'Apabila salah seorang diantara kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk sebelum solat (sunat) dua rakaat".

* Jika diragui Bilal akan segera iqamah maka tunggulah sambil berdiri.

Address

Jalan Banggol Off Jalan Ismail Petra
Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terjemahan Sahih Muslim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category