26/04/2026
السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ
🗣️𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 1 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 2027 🗣️
Kepada semua penduduk warga Taman Dahlia. Johor Bahru.
📢 Pendaftaran Darjah Satu Tahun 2027 Sekolah Agama Taman Dahlia, Johor Bahru dibuka bermula 01 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026 .
📝 BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIAMBIL BERMULA 04 MEI 2026 (ISNIN).
📌𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗕𝗲𝗿𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 :
🔖 Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja.
🔖 Sesi petang : 2.30 ptg hingga 4.30 ptg sahaja.
(Hari persekolahan sahaja)
📑Sila dapatkan borang pendaftaran di pejabat sekolah.
👉🏻𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭-𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭:
✅Warganegara Malaysia
✅Bukan warganegara sila rujuk ke pejabat PPIDJB
✅ Dilahirkan pada tahun 02 Januari 2020 hingga 01 Januari 2021
✅ 3 salinan sijil kelahiran / surat beranak.
✅ 3 salinan sijil anak angkat (jika berkaitan)
✅ 2 salinan kad pengenalan ( ibu dan bapa / penjaga )
✅ 1 salinan sijil nikah, rujuk / cerai ibubapa.
✅ 2 salinan penyata gaji terkini ( ibu dan bapa) @ akuan pendapatan
✅ 1 bil elektrik dan bil air
✅ 2 keping gambar berukuran pasport (bertudung putih bagi perempuan dan bersongkok hitam bagi lelaki ).
𝘿𝙖𝙛𝙩𝙖𝙧 𝙎𝙚𝙜𝙚𝙧𝙖 𝙀𝙡𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙡𝙚𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣. 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙏𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙
Sekian untuk makluman.