SK DR SULAIMAN

Directions Contact the school

SK DR SULAIMAN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK DR SULAIMAN, School, Tampin.

🌟TAHNIAH & SYABAS!🌟Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada IFWAT ATHIF RIZQI BIN ABDUL HAKIM tahun 6 Ce...
29/09/2026

🌟TAHNIAH & SYABAS!🌟

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada IFWAT ATHIF RIZQI BIN ABDUL HAKIM tahun 6 Cerdik, atas kejayaan meraih Johan dalam PERTANDINGAN IKON PENGAWAS PUSAT SUMBER PERINGKAT DAERAH TAMPIN BAGI TAHUN 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada guru pengiring, Ustazah Fatimah Zahraa’ Binti Ishak, atas bimbingan, komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang persiapan pertandingan.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta membuktikan komitmen, keyakinan, kepimpinan dan kesungguhan dalam menggalas amanah sebagai Pengawas Pusat Sumber.

Semoga terus melangkah dengan penuh yakin, membawa nama SK Dr. Sulaiman dengan cemerlang dan memberikan yang terbaik di peringkat negeri kelak.

Seluruh warga SK Dr. Sulaiman mendoakan kejayaan dan mengiringi perjuanganmu.

🌟 Dari Pusat Sumber ke Persada Negeri, Melakar Inspirasi, Menjana Potensi.β€πŸŒŸ

SELAMAT BERTANDING & SEMOGA BERJAYA!

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan buat seluruh warga SKDS - murid, guru, ibu bapa serta seluruh komuniti sekolah.Semoga...
29/09/2026

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan buat seluruh warga SKDS - murid, guru, ibu bapa serta seluruh komuniti sekolah.

Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada negara terus subur dalam diri anak-anak kita, kerana merekalah generasi yang akan mewarnai masa depan Malaysia.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2026Semarak patriotisme, kukuh ...

Sekitar Program Anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling 😊 Semoga SK DR SULAIMAN bebas Dari gejala Buli Dan Gangguan Seksua...
07/09/2026

Sekitar Program Anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling 😊 Semoga SK DR SULAIMAN bebas Dari gejala Buli Dan Gangguan Seksual

Jelajah Sekolah Bebas Buli Dan Gangguan Seksual
Lokasi : Dewan C
Masa : 11am sehingga 1 petang
Tarikh : 7 September 2026
Penceramah : Encik Nazmi Zain

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman terutama Kru TVPSS SKDS E...
20/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman terutama Kru TVPSS SKDS EduStudio yang telah mencipta kejayaan yang membanggakan dalam Pertandingan Video Kreatif TVPSS peringkat kebangsaan 2026.

🎬 *NUR HASYA ARISSA BINTI MOHAMMAD HAZWAN*
SK Dr. Sulaiman
πŸ… TEMPAT KELIMA – Pertandingan Video Kreatif TVPSS Peringkat Kebangsaan, Kategori Sekolah Rendah

Berikut disertakan pautan video Saluran Channel YouTube SKDS EduStudio, Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman, Tampin, Negeri Sembilan.

Sebuah drama pendek hasil lakonan murid-murid Sekolah Kebangsaan Dr...

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman terutama Kru TVPSS SKDS E...
20/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman terutama Kru TVPSS SKDS EduStudio yang telah mencipta kejayaan yang membanggakan dalam Pertandingan Video Kreatif TVPSS peringkat kebangsaan 2026.

🎬 *NUR HASYA ARISSA BINTI MOHAMMAD HAZWAN*
SK Dr. Sulaiman
πŸ… TEMPAT KELIMA – Pertandingan Video Kreatif TVPSS Peringkat Kebangsaan, Kategori Sekolah Rendah

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga warga sekolah untuk terus memperkasa budaya membaca, menyemarakkan literasi dan melahirkan generasi yang berilmu, berketerampilan, kreatif serta berdaya saing.

15 & 16 JUN 2026 - KEJOHANAN BOLA JARING MSSD TAMPINTahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SKDS kerana telah meran...
17/06/2026

15 & 16 JUN 2026 - KEJOHANAN BOLA JARING MSSD TAMPIN

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SKDS kerana telah merangkul JOHAN bagi Kejohanan Bola Jaring MSSD Tampin yang berlangsung di Dewan Serbaguna, SMK Gemas.

Ini merupakan kejayaan yang julung kali diraih dan semoga menjadi pemangkin semangat kepada semua warga SKDS terutamanya untuk meningkatkan potensi diri dan menjulang nama SKDS unggul di daerah Tampin.



#2026

17/06/2026

πŸ† KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN BOLA JARING (BAWAH 12 TAHUN) MSSD TAMPIN 2026 πŸ†

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan aksi yang luar biasa sepanjang kejohanan berlangsung!

Berikut merupakan keputusan penuh kedudukan sekolah-sekolah yang bertanding:

πŸ₯‡ JOHAN: SK DR. SULAIMAN
πŸ₯ˆ NAIB JOHAN: SK BUKIT ROKAN UTARA
πŸ₯‰ KE-3 BERSAMA: SK TENGKU ZAINUN
πŸ₯‰ KE-3 BERSAMA: SK DATUK ABDULLAH
πŸ… KE-4 BERSAMA: SK SUNGAI KELAMAH
πŸ… KE-4 BERSAMA: SK (F) PASIR BESAR
πŸ… KE-5 BERSAMA: SK JELAI 1
πŸ… KE-5 BERSAMA: SK KEM SYED SIRAJUDDIN

πŸ“ Tempat: Dewan Serba Guna SMK Gemas
πŸ“… Tarikh: 15 - 16 Jun 2026

Syabas kepada para pemenang dan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur, para guru, jurulatih, serta seluruh jawatankuasa yang menjayakan kejohanan ini. Semoga mutu sukan bola jaring daerah Tampin terus cemerlang dan melahirkan lebih ramai bakat muda yang berpotensi tinggi! 🌟🏐

05/06/2026
https://youtu.be/y9FYw22rxqUSebuah drama pendek hasil lakonan murid-murid Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman.Kisah penuh pen...
05/06/2026

https://youtu.be/y9FYw22rxqU

Sebuah drama pendek hasil lakonan murid-murid Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman.

Kisah penuh pengajaran tentang nilai ilmu yang semakin dilupakan…

Saksikan usaha, bakat dan kreativiti mereka dalam karya ini πŸ’«
Jangan lupa like πŸ‘, komen πŸ’¬ dan share untuk beri sokongan!


*DAFTAR SEKARANG❗❗**TBS CENTURY RUN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026*Anjuran: Unit Kokurikulum dan PIBG SK Tunku Besar Ta...
23/05/2026

*DAFTAR SEKARANG❗❗*

*TBS CENTURY RUN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026*
Anjuran: Unit Kokurikulum dan PIBG SK Tunku Besar Tampin, N. Sembilan

πŸ”° 4KM Fun Run | 2KM Fun Walk
πŸ”° 27 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ”° Flag Off - 8:15 pagi
πŸ”° Kompleks Arena Dataran Tampin, N. Sembilan
πŸ”° Terbuka kepada Murid-murid Sekolah 7-17 Tahun, Ibu Bapa dan Komuniti dari N. Sembilan, Melaka, Johor, Selangor, KL, Putrajaya dan Pahang

Portal Pendaftaran:
www.tcr2026.com (*Tutup 1 Jun 2026*)
πŸ’°πŸ’°*EARLY BIRD 20% Diskaun untuk 500 Pembeli Terawal Pakej A ❗❗*

*πŸ₯‡Pakej A - RM45 (T-shirt, Cabutan Bertuah, Medal, No Bib, E-sijil, Kupon Tampin Water Park)
πŸ₯‡Pakej B - RM25 (Medal, No Bib, E-Sijil, Kupon Tampin Water Park)

Serahan Kit Larian:
*18-19 Jun 2026*

Pertanyaan lanjut, hubungi:
Cikgu Ashraff 0193684583
Cikgu Akmar 0133090044
Cikgu Mazanita 01115117804 (Pendaftaran)
Cikgu Syamimi 01110969776 (Pendaftaran)





Address

Tampin
73000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK DR SULAIMAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK DR SULAIMAN:

Shortcuts

Share

Category