10/08/2025
السلام عليكم و رحمة الله
Musim majlis ilmiah ALAM RIA PASTI seluruh Malaysia telah menjelma. Aksi dan keletah anak-anak PASTI seawal usia 4 tahun dalam mengalunkan Azan atau mentartilkan ayat demi ayat alQuran serta paduan suara yang lancar ketika Kalam Jamaie atau merdunya harmoni bernasyid tentunya sangat memukau. Begitu juga kepetahan bercerita, lantunan sajak yang menggetar jiwa, bicara tegas saat berkhutbah juga karisma yang dipamerkan saat berpidato akan menjadi sensasi di seantaro alam maya.
PASTI Kawasan Tampin akan menjayakan Alam Ria tahun ini pada hari Ahad, 24 Ogos 2025 di sebuah lokasi yang selesa di Gemas. Alam Ria ini melibatkan kehadiran sekitar 500 ratus orang termasuk 128 murid PASTI.
Untuk memastikan acara ini menjadi memori indah anak-anak, PASTI Kawasan Tampin berusaha dengan sedaya upaya untuk :-
1. Menyediakan lokasi pertandingan yang selesa untuk peserta, hakim dan ibu bapa.
2. Menyediakan khidmat hakim-hakim bertauliah, bebas dan profesional.
3. Menyediakan hadiah piala untuk semua peserta yang terlibat sebagai satu dorongan positif.
Justeru, kami memohon agar Tuan/Puan dapat bersama-sama kami menjayakan program ini dengan tajaan atau sumbangan wang ringgit.
Bagi tujuan tajaan, boleh berhubung terus dengan Pengarah Program ini iaitu :-
*Ustaz Mohd Hambali bin Shafie*
+60 19 962 6949
Manakala untuk sumbangan wang tunai, boleh disampaikan melalui guru-guru di PASTI dalam Kawasan Tampin *ATAU* secara atas talian melalui pautan ke gerbang bayaran ToyyibPay PASTI KAWASAN TAMPIN iaitu :
https://toyyibpay.com/AlamRia2025PASTIKawasanTampin
*ATAU*
Transfer ke akaun bank rasmi PASTI Kawasan Tampin
Bank Islam
05021 0100 32374
PASTI KAWASAN TAMPIN
Yang menjalankan tugas,
*MOHD HAMBALI BIN SHAFIE*
Pengerusi PASTI Kawasan Tampin Sesi 2025/2027
AlamRia2025PASTIKawasanTampin