Alumni SMK Tamparuli

Alumni SMK Tamparuli Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli Sekolah Menengah Harian Biasa
XEE4401
Pengetua: Puan Hajjah Naelah Bt. Mustaffa
PK Kurikulum: Dr. Sarkauvi B.

Maseri
PK HEM:
PK Ko-kurikulum:
PK Petang:

Located at 6° 8' 37.48" N 116° 15' 35.87" E

Good sharing...
10/05/2017

Good sharing...

KENAPA PIHAK SEKOLAH TIDAK HANTAR TERUS MURID YANG SAKIT KE KLINIK / HOSPITAL TETAPI MEMANGGIL IBU BAPA UNTUK TINDAKAN?

Ada friend dekat Facebook ni beritahu pagi tadi cikgu call suruh ambil anak dia di sekolah sebab anak dia jatuh. Ada luka sikit. Jadi, dia tanya dan minta pencerahan kenapa pihak sekolah tak boleh hantar sendiri pelajar ke klinik / hospital. Bagus soalan dia ni sebab ramai tak tahu prosedur.

Sesungguhnya, pihak sekolah tak boleh hantar sendiri pelajar yang sakit atau cedera ke hospital. Jika ada pelajar mengadu demam, pening, atau sakit, pihak sekolah tak boleh beri ubat. Misalnya paracetamol. (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 dan Bil: 1/1995)

Bukan pihak sekolah nak lepas tangan. Walaupun insiden jatuh / luka / kemalangan terjadi pada waktu persekolahan, pelajar itu tetap di bawah tanggungjawab ibu bapa. Ini ialah prosedur.

Jika sebelum ini ada kes pihak sekolah hantar terus pelajar ke hospital, ia dibuat atas dasar TIMBANG RASA atau melibatkan kes KECEMASAN. Misalnya sawan atau sakit jantung. Tapi ibu bapa tetap dimaklumkan dalam perjalanan ke hospital dan guru akan minta kebenaran (lisan atau bertulis).

Benda macam ni bukan benda runcit-runcit. Semua tindakan guru kepada pelajar memerlukan kebenaran bertulis dari ibu bapa. Tujuannya adalah untuk mengelakkan isu berbangkit di kemudian hari.

Cuma, isu yang boleh dibangkitkan ialah keberadaan guru semasa insiden itu berlaku. Ada dua istilah penting iaitu 'kemalangan' dan 'kecuaian'. Jika guru ada semasa kejadian, ia kemalangan. Jika guru tiada semasa kejadian, ia kecuaian. Sebab tu kita cikgu-cikgu tak boleh lewat masuk kelas hatta 10 saat sekalipun. Risau jadi benda macam ini.

Kesimp**annya, anak anda tanggungjawab anda. Pihak sekolah hanya boleh bawa ke hospital dengan kebenaran ibu bapa. Kedengaran seperti mementingkan diri tetapi itulah kebenarannya. Perlu diketahui juga setiap pelajar dilindungi skim insuran takaful (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995).

* Gambar Sekadar Hiasan

* Kredit : FB Mohd Zailee

26/04/2017

Chill chill dlu bah.. 😂

Tahniah sekali lagi  ... Maju terus... Ke arah Kejayaan!
07/03/2017

Tahniah sekali lagi ... Maju terus... Ke arah Kejayaan!

Komitmen Kepemimpinan, Perkhidmatan, Pelayanan dan Perjuangan Tuaran MP, memacu kecemerlangan pendidikan PPD Tuaran yang berterusan.....




Tahniah buat SMK Tamparuli, SMK Badin, SMK Tenghilan dan SMK Seri Nangka kerna memperolehi 100% kelulusan dan gred purata STPM terbaik di Sabah.

Tahniah juga buat PPD Tuaran yang diterajui oleh Puan Tah Nia kerna telah mencemerlangkan pendidikan di daerah Tuaran.


06/03/2017


7 Sindiket Penipuan Wang Yang Sering Memerangkap Rakyat Malaysia

Menurut satu kaji selidik dari syarikat telekomunikasi Telenor Group, rakyat Malaysia amat mudah diperangkap sindiket penipuan. Hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenai rakyat Malaysia ditipu hampir ratusan ribu Ringgit terpapar. Jadi, kami senaraikan antara sindiket penipuan yang kerap memerangkap rakyat Malaysia untuk memudahkan anda waspada tentang ciri-ciri sindket tersebut dan modus operandi yang sering digunakan.

Sindiket Pakej Pelancongan
Berhati-hati jika anda ditawarkan pakej pelancongan dengan harga yang terlampau murah, terutamanya melalui media sosial. Sindiket ini semakin kerap berlaku, dan taktik yang biasa digunakan ialah:

Iklan melalui media sosial (Facebook, Instagram)
Pakej yang disediakan ke lokasi pelancongan pop**ar (i.e. Pulu Redang, Pulau Perhentian)
Lebih murah dari harga pasaran iaitu RM 200 – RM 250 untuk pakej 3 malam.
“Ejen” tiba-tiba tidak dapat dihubungi selepas pembayaran dilakukan.
Kebelakangan ini, antara sindiket yang sering berlaku ialah sindiket penipuan pakej Umrah dan Haji.

Salah satu cara mudah untuk anda mengenalpasti sindiket penipuan adalah melalui harga yang ditawarkan. Untuk kes Umrah contohnya, harga pakej yang kurang dari RM 5000 hendaklah diselidik dengan teliti terlebih dahulu. Ini kerana pakej Umrah biasanya akan meliputi 12 – 14 hari, dan tidak logik ejen boleh menjana keuntungan dengan pakej semurah itu. Bagi pakej menunaikan Haji p**a, kami sarankan agar anda memohon melalui Tabung Haji untuk mengelak risiko ditipu.

Jika anda ingin mencari pakej pelancongan yang murah, anda boleh dapatkanya di ekspo pelancongan seperti MATTA Fair (bakal dianjurkan pada 17-19 Mac di PWTC, KL). Agensi pelancongan yang membuat pameran disana telah melalui saringan oleh MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agents), jadi anda tidak perlu risau tentang risiko ditipu.

Tip tambahan: Periksa melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk mengesahkan status ejen pelancongan.

Sindiket Visa Pelancongan
Sindiket penipuan Visa Australia merupakan antara yang paling pop**ar. Modus Operandi adalah dengan membuat tawaran untuk penjimatan masa dan wang dengan menggunakan servis mereka. Malangnya, penipuan tersebut bakal menyebabkan wang mangsa ‘hangus’, dan terkandas tanpa visa.

Tip: Berurus melalui saluran yang disahkan (kedutaan atau agensi pelancongan yang berlesen). Untuk Visa Australia, anda boleh membuat permohonan melalui Australian Visa Application Centre di VFS Global.

Anda juga perlu berhati-hati dengan tawaran Visa untuk bekerja di Australia, terutamanya untuk pekerjaan pemetik buah. Bukan semua Visa membenarkan anda untuk bekerja disana. Jika anda bekerja di Australia tanpa Visa yang sah, anda boleh ditahan dan dilarang untuk memasuki Australia untuk tempoh hampir 3 tahun.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai sindiket penipuan visa Australia, anda boleh menghubungi Pesuruhjaya TInggi Australia melalui email [email protected]. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut tentang visa Australia di laman web Australian High Commission.

my_blog_scams_3-jpg

Sindiket Penipuan Hartanah
Sebelum membeli tanah, pastikan anda telah melakukan kaji selidik dengan teliti terlebih dahulu. Sindiket penipuan hartanah di Malaysia kebiasaannya akan menawarkan hartanah yang lebih murah dari harga pasaran.Malangnya, selepas membuat bayaran, mangsa baru sedar geran tanah yang telah dipalsukan dan tanah tersebut telah berdaftar dibawah nama orang lain.

Untuk melindungi diri anda dari sindiket ini, pastikan semua perjanjian dibuat dengan jelas. Jangan lupa untuk menggunakan khidmat peguam bagi melindungi anda, terutamanya jika anda tidak mahir tentang proses pembelian hartanah.

Pastikan hartanah yang anda ingin beli dibawah geran individu. Jangan terpedaya dengan helah lawatan tapak ke lokasi hartanah tersebut. Minta salinan geran individu hartanah tersebut dan periksa di pejabat pengarah tanah.
Periksa kawasan tanah tersebut. Jika anda membeli tanah dengan niat untuk membina rumah, pastikan ianya di kawasan perumahan. Contohnya jika tanah tersebut di kawasan perindustrian, hasrat anda akan terhalang.
Gunakan khidmat peguam sewaktu urusan jualbeli bagi melindungi hak anda. Jangan bergantung kepada khidmat peguam yang disediakan penjual, kerana terdapat risiko yang peguam tersebut akan lebih berat sebelah ke pihak penjual.
JANGAN sesekali menurunkan tandatangan ke atas perjanjian atau dokumen sebelum membacanya dengan teliti dan mendapatkan penjelasan dari peguam anda.
Selain itu, jangan lakukan sebarang pembayaran deposit jika anda boleh mendapatkan dokumen dan belum lakukan pemeriksaan. Walaupun pihak penjual mungkin memaksa anda untuk menyegerakan urusan dengan mengatakan anda boleh terlepas peluang untuk memiliki hartanah tersebut, beritahu bahawa anda mahu melalui proses yang betul.

Sindiket penipuan loteri
Jika anda perfikiran bahawa rakyat Malaysia tidak lagi terperdaya dengan sindiket penipuan loteri, seorang lelaki telah kehilangan RM120,000 duit simpananya setelah terpedaya sindikit loteri.

Anggota sindiket akan memaklumkan anda telah memenangi cabutan bertuah, atau mempelawa anda untuk mencuba cabutan loteri mereka. Kebiasaannya, anggota sindiket akan bergerak dalam satu kump**an. Anda biasanya akan diberitahu telah memenangi hadiah bernilai (pakej pelancongan, barangan elektronik, telefon pintar dan lain-lain), tetapi anda perlu membuat bayaran terlebih dahulu untuk dapatkan hadiah anda. Seperti kes diatas, anggota sindiket juga boleh berpura-pura meminta pertolongan mangsa untuk menuntut hadiah, dengan menjanjikan sebahagian dari hadiah tersebut dengan syarat mangsa memberi sejumlah wang sebagai cagaran. Selepas memberikan wang tersebut, anggota sindiket terus menghilangkan diri.

Tip: Jika anda benar-benar memenangi cabutan bertuah atau hadiah, anda tidak perlu membuat sebarang bayaran deposit. Jika anda diminta untuk berbuat sedemikian, terus beredar dari situ dan supaya anda tidak terjebak dengan sindiket seperti ini.

my_blog_scams_2-jpg

Sindiket Penipuan Afrika
Laporan pada awal 2016 telah menunjukkan rakyat Malaysia kerugian hampir RM 44 juta oleh kerana sindiket penipuan Afrika. Baru-baru ini, pihak polis telah menahan 44 anggota sindiket Afrika ini. Apa yang menyedihkan, walaupun laporan berita mengenai sindiket ini sering tersebar, masih ramai yang terpedaya, dengan 90% dari mangsa terdiri daripada golongan wanita.

Berikut merupakan taktik yang biasa digunakan sindiket ini:

Berkenalan melalui media sosial dan menggoda mangsa untuk menjalin hubungan. Sering menggunakan gambar lelaki berkulit putih.
Enggan untuk berjumpan, komunikasi terbatas hanya melalui email, panggilan telefon, atau mesej.
Anggota sindiket akan memberitahu mangsa yang mereka telah menghantar hadiah atau wang kepada mangsa tetapi menghadapi masalah di Jabatan Kastam, Imigresen atau bank.
Individu yang menyamar menjadi pihak berkuasa akan menghubungi mangsa dan meminta agar wang tersebut boleh didepositkan ke akaun bank peribadi mangsa.
‘Pihak berkuasa’ tersebut akan meminta sejumlah wang cagaran bagi proses tersebut.
Apabila cagaran telah dibayar, ‘pihak berkuasa’ dan kenalan mangsa tidak dapat dihubungi.
Sindiket ini sukar dibendung kerana selain mengambil kesempatan terhadap sikap rakyat Malaysia yang murah hati, anggota sindiket masuk ke Malaysia dengan menyamar menjadi pelajar di kolej-kolej swasta.

my_blog_scams_1-jpg

Sindiket penyamaran bank
Jika anda menerima panggilan dari individu yang mendakwa sebagai pegawai bank atau wakil Bank Negara Malaysia, kemudian meminta maklumat peribadi anda untuk pengesahan kad kredit atau debit, tamatkan panggilan dengan segera.

Biasanya, mereka akan mengatakan maklumat peribadi anda terjejas dan kad anda mungkin telah digunakan. Sejumlah wang p**a diminta sebagai jaminan penyiasatan. Taktik lain yang digunakan ialah dengan meminta maklumat peribadi yang sensitif seperti nombor kad, maklumat kad pengenalan, ataupun nombor CVV. Selepas itu, tanpa disedari akaun bank mangsa telah digunakan.

Tip: JANGAN berikan sebarang maklumat peibadi dan perbankan anda melalui telefon. Ingat bahawa pihak bank atau BNM tidak akan meminta maklumat tersebut melaui telefon, SMS atau email. Hubungi bank anda segera sekiranya kejadian ini berlaku.

Sindiket Penipuan Pelaburan
Mendapat keuntungan yang banyak untuk wang yang anda laburkan mungkin berbunyi seperti tawaran menarik, tetapi jangan cepat terpedaya.

Sindiket seperti tersebut menggunakan taktik menjanjikan keuntungan beripat kali ganda dalam masa yang singkat untuk mengambil kesempatan sikap rakyat Malaysia yang ingin keuntungan secara cepat dan mudah.

Antara sindiket pelaburan yang pernah menggemparkan Malaysia:

Sindiket Macau Scam: Mangsa biasanya dihubungi seseorang yang menyamar sebagai polis atau wakil bank dan memaklumkan mangsa dikehendaki untuk jenayah seperti penipuan wang dan bakal ditahan. Taktik menakutkan ini digunakan bagi mengugut mangsa untuk mendeposit sejumlah wang bagi membersihkan rekod jenayah tersebut. Jangan takut, sebaliknya hubungi pihak polis, Bank Negara atau bank, dan jangan menggunakan nombor yang diberi pemanggil tersebut.
Sindiket Mecca Investment: Sindiket yang menarik mangsa untuk melabur dibawah pelaburan ‘Patuh Syariah’ di Mekah dengan p**angan keuntungan sehingga 360% setahun. Juga dikenali sebagai Mecca Fund Global.
Sindiket Chicago Bond: Sindiket penipuan pelaburan yang beroperasi dibawah nama Federal Reserve Chicago Bond. Menjanjikan p**angan tinggi untuk pelaburan. Seramai 7600 individu telah menjadi mangsa, dengan kerugian sehingga RM 90 juta.
Oleh itu, jika anda ditawarkan pelaburan dengan keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat, kebarangkalian yang tinggi bahawa pelaburan tersebut merupakan satu penipuan.

Ingat, berhati-hati dalam pengurusan wang dan maklumat peribadi anda. Jika anda mendapat tawaran dengan ganjaran yang terlampau tinggi, ia biasanya perangkap sindiket yang mencari mangsa.

04/03/2017

Copy & Paste article. Xdpt disahkan kesahihan cerita tapi tak salah admin share sebagai langkah berjaga2 & pengajaran.
________________________________________________

Pagi ni saya dikejutkan dengan satu cerita yang menakutkan terjadi pada jiran betul2 sebelah rumah. . Bukan diambil dari mak sedara, abang ipar mahupun kawan baik. Ini betul2 terjadi depan mata saya.

Subuh tadi..lazimnya bila lepas kejut anak bangun tidur utk bersiap ke sekolah saya akan turun ke bawah untuk siapkan sarapan dan bekal sementara tunggu mereka mandi. Saya biasanya akan buka pintu rumah untuk nikmati suasana subuh yang dingin dan tenang.

Tetapi pagi ini agak berbeza dari pagi2 sebelumnya apabila van sekolah berhenti di depan rumah jiran saya. Bila saya tgk jam..6.20am. Hati saya cuma terdetik.."awalnya van sekolah dia dtg pagi ni. Selalunya 6.40am". Tapi saya teruskan kerja saya didapur. Kemudian saya dengar suara bising di luar. Saya ke depan utk jenguk.

Saya dengar driver van sedang bising2.. saya tak faham. Sebab mereka cakap bahasa cina. Bila jiran saya seorang lagi keluar..van sekolah pun beredar.

Saya pun tanya pada Ah Pek tu apa yang terjadi. Kata Ah Pek tu, van sekolah dtg nak ambil cucunya. Tapi van tu awal 20 minit. Dia tanya driver kenapa awal. Katanya driver tak tau..boss suruh ambil awal. Van sekolah masih kosong. Selalunya van sudah penuh.

Sebab cucu nya trip yang terakhir. Driver van pun muka lain. Dia rasa tak sedap hati..Jadi dia suruh driver ambik budak lain dulu..sebab cucunya belum siap. Driver tak mahu. Dia takmahu patah balik. Dia kata kalau tak mahu patah balik..takpelah dia akan hantar cucunya ke sekolah. Driver kata dia menyusahkan.. dia kata nak buat mcm mana..cucunya belum siap. Mcm mana nak suruh naik van. Driver terus marah dia. Sampailah Albert (jiran kami) keluar. Van pun pergi cepat2

Saya cuma angguk kepala. Pkl 6.40am..van sekolah pun sampai. Saya yang sedang duduk tunggu anak saya sarapan..menjenguk keluar. Saya nampak cucunya naik van tersebut. Dan dengar ah pek itu bercakap dgn dri ver van. Saya diamkan saja. Kemudian saya hantar anak saya ke sekolah. Balik dari hantar anak..saya menyapu di luar. Ah Pek datang depan rumah saya.

"Aiya!! U tau ka..tadi saya tanya driver van yang selalu ambik saya punya cucu..dia ada hantar olang ambik ka..dia kata tarak. Kalau ada..dia akan bagitau satu hari awal. Dia kata itu olang mau kidnap saya punya cucu wo. Dia kata sekalang..olang guna van sekolah utk kidnap budak! Haiyaa".

Saya beliakkan mata. Saya tengok orang tua ini tak habis2 geleng kepala sambil menadah tangannya yang penuh urat dan tinggal tulang itu ke langit. Ya Allah.. nasib Allah beri orang tua ini akal. Kalau tidak...

Pada mereka yang hantar anak2 menaiki van..pastikan nombor van, waktu dan pemandunya adalah sama setiap hari. Mungkin ini adalah modus operandi mereka yang terbaru untuk menculik kanak2.

Ya Allah..peliharalah anak kami

Copy and paste.. hati2 kpd yg ada anak2...

03/03/2017



KAKITANGAN AWAM

Kerajaan akan menguatkuasakan Seksyen 19 Akta Pencen 1980, di mana, mana-mana kakitangan awam yang akan bersara tetapi masih mempunyai hutang dengan kerajaan termasuklah hutang pinjaman perumahan Perbendaharaan Malaysia atau LPPSA, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA GANJARAN PERSARAAN YANG BAKAL DITERIMA.

Jika masih tidak mencukupi untuk menampung hutang, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA BAYARAN PENCEN BULANAN SEHINGGA SELESAI.

Nampaknya selepas ini pesara kerajaan kena bersedia untuk cari pekerjaan lain selepas bersara bagi menampung kehidupan, selepas semua wang ganjaran pencen dan pencen bulanan menjadi "sifar".

Penjawat awam perlu menyelesaikan segala hutang dengan kerajaan sebelum pencen termasuk hutang pinjaman perumahan.

Kalau dulu penjawat awam boleh pencen dengan ganjaran pencen, gratuiti dan cuti ganti. Sekarang penjawat awam perlu melunaskan dengan bonus tersebut jika tidak dapat melunaskan sebelum pencen.

Lebih malang jika masih terdapat baki hutang, duit tersebut ditolak dari pencen bulanan penuh.
Tidak terlepas juga pesara sedia ada.

Sekarang, penjawat awam perlu merancang dana persaraan bermula sekarang untuk mengelakkan supaya bonus pencen dan pencen bulanan yang diidamkan tidak dipotong 100%.

Penjawat awam sekarang lebih kurang sama seperti pekerja swasta kerana masih perlu memikirkan hari pencen mereka dari sekarang.

Jaminan pencen ada tapi dapat merasa duit pencen masih 50-50 jika anda tidak merancang kewangan anda.

Mulakan merancang masa depan anda dari sekarang. Untuk menambahkan simpanan anda menjadi 2x ganda utk persaraan anda lebih bermakna dan bahagia sehingga akhir hayat anda.

27/02/2017

Selamat sejahtera!
Ini adalah info yg sgt penting utk kita tahu dan memberitahu kpd anak2 kita..

Tolong diingatkan kembali kpd anak2 dan cucu kita agar TIDAK bermain dgn cara menarik bangku ketika anak lain akan duduk...
Ada pelajar siswi seminggu yg lalu ketika hendak duduk, kerusinya ditarik oleh kawannya seorang lelaki, sehingga dia jatuh terduduk dan dia langsung terdiam dan hanya mengeluarkan air mata. Pihak sekolah terus membawanya ke klinik. Sampai saat ini pelajar tersebut menderita kelumpuhan dan tidak boleh bercakap.

Menurut Doktor, dia jatuh terkena tulang ekornya...

Marilah kita sama2 mengingatkan kembali kepada putra putri/cucu/anak didik semua agar TIDAK terjadi lagi peristiwa yg kelihatannya hanya mainan tetapi dapat merosakkan Masa Depan Putra Putri Tercinta Kita...

Selamat pagi dan salam sejahtera! Berita semalam@kelmarin, seorang suspek berkenaan kes rogol dan/atau samun sedang dibu...
27/02/2017

Selamat pagi dan salam sejahtera! Berita semalam@kelmarin, seorang suspek berkenaan kes rogol dan/atau samun sedang diburu polis. Jadi, warga SMKT, sila berjaga2 dan waspada sekiranya mengesan suspek ini, terus hubungi polis berhampiran.

Tarikh berita: 26.02.2017

27/11/2016

Diharap xda generasi SMKT yg kurang diajar seperti budak2 mcm ni...

Reunion SPM 1996 with 20 ex-teachers and 84 ex-students at Rasaria Resort Tuaran on 27 December 2015
29/12/2015

Reunion SPM 1996 with 20 ex-teachers and 84 ex-students at Rasaria Resort Tuaran on 27 December 2015

08/12/2015

Selamat pagi.

Undian Online telah dibuka & boleh mula kempen utk sekolah SK Koporingan Tamparuli.

1. Like FB pertandingan.
2. Like video sekolah SK Koporingan Tamparuli.

Kiraan undian online hanya dikira dlm FB Rasmi pertandingan muzik kreatif.

www.facebook.com/pertandinganmuzikkreatif

PMK2016/17

04/03/2013

Sabah Tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda-Pemudi semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah neg'ri merdeka
~ Mari bersatu dalam DOA UNTUK SABAH!

Address

KM 2, Jalan Tamparuli, W. D. T. 70
Tamparuli
89259

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni SMK Tamparuli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share