13/07/2024
Kekuatan
Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Ada dikalangan murid yang kreatif yang dapat menghasilkan gambar yang menakjubkan. Pada hari tersebut saya telah menggunakan satu contoh gambar sebagai panduan murid. Terdapat 4 orang murid yang berjaya menghasilkan gambar yang menarik dengan menggunakan teknik gosokan.
Kelemahan dan cara mengatasinya
Tidak terdapat kelemahan yang ketara semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid yang cerdas dapat menghasilkan gambar mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang pantas. Tetapi perkara tersebut dapat diatasi dengan mengarahkan murid mempelbagaikan jenis permukaan bagi menghasilkan hasil gambar yang lebih menarik.