SJKC Chung Hwa Tamparuli, Sabah

SJKC Chung Hwa Tamparuli, Sabah page rasmi SJK(C) Chung Hwa Tamparuli, Sabah

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga guru khususnya guru-guru SJK (C) Chung Hwa Tamparuli.Terima kasih atas se...
16/05/2026

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga guru khususnya guru-guru SJK (C) Chung Hwa Tamparuli.
Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.
Semoga semua guru sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan terus menjadi inspirasi kepada generasi masa depan.🌹 ❤️

6 MEI 2026Semalam telah berlangsung Kejohanan Ping Pong MSSD Tuaran bertempat di Dewan Gunasama SK/SMK Pekan Telipok. Se...
07/05/2026

6 MEI 2026

Semalam telah berlangsung Kejohanan Ping Pong MSSD Tuaran bertempat di Dewan Gunasama SK/SMK Pekan Telipok. Seramai 18 orang murid dari SJK (C) Chung Hwa Tamparuli telah menyertai kejohanan ini.

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

4 orang murid akan mewakili daerah Tuaran ke Kejohanan Ping Pong MSS Negeri Sabah pada bulan Julai nanti.

Sama-sama kita doakan kejayaan anak-anak CHT di peringkat seterusnya.
🏓

6 Mei PING PONG MSSD TUARAN 2026。。SYABAS DAN TAHNIAH。。
07/05/2026

6 Mei PING PONG MSSD TUARAN 2026。。SYABAS DAN TAHNIAH。。

2 Mei 2026Penyertaan wakil murid dari SJK (C) Chung Hwa Tamparuli, adik Ailee Nicolette binti Baharuddin dalam Pertandin...
02/05/2026

2 Mei 2026

Penyertaan wakil murid dari SJK (C) Chung Hwa Tamparuli, adik Ailee Nicolette binti Baharuddin dalam Pertandingan Khat Sekolah Rendah (Perempuan) sempena Program Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah-sekolah KPM JPN Sabah (PEMANIS) Peringkat Daerah Tuaran Tahun 2026 yang telah berlangsung di SMK / SK Pekan Telipok.

Adik Ailee telah mendapat Tempat ke-5 dalam pertandingan ini.
Syabas dan tahniah. Teruskan usaha dan semoga terus berjaya pada masa akan datang.

📖 停下忙碌,一起看书吧!昨天,担波罗里中华学校的全体师生都积极响应并参与了全国同步进行的 ‘’Jom Baca Bersama 10 Minit”活动。在活动的那十分钟里,校园变得特别安静。大家暂时放下手中的工作与课本,静静地享受阅读的乐...
24/04/2026

📖 停下忙碌,一起看书吧!
昨天,担波罗里中华学校的全体师生都积极响应并参与了全国同步进行的 ‘’Jom Baca Bersama 10 Minit”活动。
在活动的那十分钟里,校园变得特别安静。大家暂时放下手中的工作与课本,静静地享受阅读的乐趣。虽然只有短短的十分钟,但我们希望通过这个小小的举动,让同学们发现阅读的魅力,让书本成为大家最好的朋友。
阅读,从现在开始;成长,从每一页开始。

📖 Jom Berhenti Sekejap, Mari Membaca!
Semalam, seluruh warga SJK (C) Tamparuli telah menyertai program peringkat kebangsaan iaitu “Jom Baca Bersama 10 Minit” dengan penuh semangat.
Dalam tempoh 10 minit tersebut, suasana sekolah menjadi sangat tenang. Semua guru dan murid berhenti seketika daripada rutin harian untuk menikmati buku kegemaran masing-masing. Walaupun hanya 10 minit, kami berharap aktiviti ini dapat memupuk minat membaca dan menjadikan buku sebagai kawan baik kita.
Mari kita jadikan amalan membaca sebagai budaya hidup!

#担波罗里中华学校 #爱上阅读

18/04/2026
🏆 KEPUTUSAN RASMI MSSZ TAMPARULI KE-50 🏆(15 - 16 APRIL 2026)Misi tercapai! Sekolah kita berjaya dinobatkan sebagai JUARA...
16/04/2026

🏆 KEPUTUSAN RASMI MSSZ TAMPARULI KE-50 🏆
(15 - 16 APRIL 2026)

Misi tercapai! Sekolah kita berjaya dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN! 🥇

Syabas dan tahniah kepada semua atlet dan terima kasih atas sokongan padu semua pihak.
Berikut adalah senarai penuh pencapaian atlet CHT tahun ini:

HARI PERTAMA (15/4)
🥇 Lompat Jauh (P12)
🥇 80m Lari Berpagar (P12)
🥇 80m Lari Berpagar (L12) [REKOD BARU] ⚡
🥇 Relay 4x200m (P12)
🥈 80m Lari Berpagar (P12)
🥈 100m (P12)
🥈 100m (L12)
🥈 Relay 4x200m (L12)
🥉 100m (L12)

HARI KEDUA (16/4)
🥇 Relay 4x100m (L12)
🥈 Lontar Peluru (P12)
🥈 200m (P12)
🥈 Relay 4x100m (P12)
🥉 Lontar Peluru (P12)
🥉 Lompat Tinggi (L12)
🥉 Lompat Jauh (L12)
🥉 200m (L12)

📊 RUMUSAN PINGAT
🥇 EMAS: 5
🥈 PERAK: 7
🥉 GANGSA: 5
🏆 KEDUDUKAN: JUARA KESELURUHAN

Tahniah sekali lagi kepada wira dan wirawati sekolah kita. Teruskan kecemerlangan ini! 🎉💪

28/09/2025

28 September 2025

SJK (C) Chung Hwa Tamparuli telah terlibat dalam Sambutan Hari Sungai Sedunia anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P170 Tuaran dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran ( PPD) dan Pejabat Daerah Tuaran.

Sempena sambutan kali ini, pihak sekolah diamanahkan untuk menanam 150 pokok tangkol di sepanjang Sungai Mangkaladoi/Sungai Rambai di Tamparuli.

Terima kasih kepada semua guru, Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG, Alumni, pekerja pembersihan sekolah, pengawal sekolah dan Ketua Kg. Rambai atas sumbangan masa dan tenaga menjayakan program ini.

Sungai Kita: Dari Hulu ke Hilir Amanah yang Mengalir

Impian kini jadi kenyataan.Terima kasih Nurfirdaus Mushroom Village atas bimbingan pelaksanaan projek ini. Projek ini di...
08/09/2025

Impian kini jadi kenyataan.

Terima kasih Nurfirdaus Mushroom Village atas bimbingan pelaksanaan projek ini.

Projek ini diketuai oleh Puan Lydia Clement Augustine bersama PK HEM Puan Ruby Lee Yen Loo dengan sokongan padu oleh Guru Besar, Encik Koh Chin Leung, Lembaga Pengurusan Sekolah yang diterajui oleh Puan Tan Chew Lee dan PIBG sekolah yang diketuai oleh Datuk George Teo An Lun.

Semoga projek ini berjaya dan memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah khususnya buat murid-murid.

01/07/2025

Address

Jalan Padang
Tamparuli
89257

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SJKC Chung Hwa Tamparuli, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SJKC Chung Hwa Tamparuli, Sabah:

Shortcuts

Share

Category