Maahad Al- Kautsar Tambunan

Maahad Al- Kautsar Tambunan nombor akaun Maahad Al-Kautsar : 8601364411 CIMB Bank, Official Website: http://maahadalkautsar.wordpress.com

Majlis kesyukuran Nisfu Syaa’ban dan sempena menyambut bulan Ramadhan 2026
05/02/2026

Majlis kesyukuran Nisfu Syaa’ban dan sempena menyambut bulan Ramadhan 2026

17/10/2025
https://www.facebook.com/share/p/177J4TSwAr/?mibextid=wwXIfr
15/10/2025

https://www.facebook.com/share/p/177J4TSwAr/?mibextid=wwXIfr

Kenyataan Media
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan
Pemindahan Sementara Pusat Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) Susulan Insiden Kebakaran Di Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambunan, Sabah

13 Oktober 2025M / 21 Rabiulakhir 1447H

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan bahawa suatu insiden kebakaran telah berlaku di Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambunan, Sabah pada 12 Oktober 2025 (Ahad) sekitar pukul 5.00 petang.

2. Alhamdulillah, tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran, dan laporan polis juga telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berkaitan insiden ini.

3. Berikutan insiden kebakaran ini, persiapan bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) yang dijadualkan turut diberikan perhatian khusus oleh JAKIM. Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambunan mempunyai seramai 179 orang murid daripada Tahun 1 hingga Tahun 6, serta 11 orang tenaga pengajar.�Sekolah ini turut berperanan sebagai Pusat Peperiksaan UPKK yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 20 November 2025.

4. Bagi memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan tersebut, pusat peperiksaan di SAN Tambunan akan dipindahkan sementara ke KAFA Maahad Al-Kautsar, Tambunan, Sabah bermula pada tarikh peperiksaan yang ditetapkan sehingga selesai. Pemindahan ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan serta keselesaan calon-calon yang terlibat.

5. Kerajaan MADANI melalui JAKIM, ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semua pihak yang terlibat atas tindakan pantas dan keprihatinan dalam mengurus situasi ini dengan penuh tanggungjawab.

6. JAKIM turut menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan kepada warga SAN Tambunan atas musibah yang menimpa. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pemulihan dan memberikan kekuatan kepada semua pihak. Seluruh warga JAKIM juga mendoakan agar peperiksaan UPKK dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat, teratur dan penuh keberkatan.

Sekian, terima kasih.

DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

14/10/2025

Semuanya menjadi saksi kejayaan san pekan tambunan dalam melahirkan anak bangsa. Roh tidak akan pernah padam

14/10/2025

Sui Pekan Tambunan melahirkan anak anak bangsa yang berguna dan berbakti kepada umat dan tanah air

https://www.facebook.com/share/p/1BASX6BG4T/?mibextid=wwXIfr
14/10/2025

https://www.facebook.com/share/p/1BASX6BG4T/?mibextid=wwXIfr

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, keputusan pemindahan itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan keselesaan calon UPKK yang dijadualkan menduduki peperiksaan pada 17 hingga 20 November 2025.

Berita penuh diruangan komen.





17/02/2025
Alhamdulillah sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Imam Shahmyll akan menggantikan Ustazah Percella bagi menyambung...
10/12/2024

Alhamdulillah sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Imam Shahmyll akan menggantikan Ustazah Percella bagi menyambung tugasan

Alhamdulillah terima kasih Ustazah Percella Shazeila di atas khidmat bakti di Maahad Al Kautsar. Semoga terus maju jaya....
06/12/2024

Alhamdulillah terima kasih Ustazah Percella Shazeila di atas khidmat bakti di Maahad Al Kautsar. Semoga terus maju jaya. Hari ini majlis kesyukuran khusus untuk Ustazah Percella. Terima kasih dari kami dan KAFA Daerah Tambunan.

Isnin, 26 Ogos 2024. Jam 2.00 petang. Ustazah Norfine Binti Sharifudin, Penyelia KAFA Daerah Tambunan melawat dan sekali...
26/08/2024

Isnin, 26 Ogos 2024. Jam 2.00 petang.

Ustazah Norfine Binti Sharifudin, Penyelia KAFA Daerah Tambunan melawat dan sekaligus memantau guru guru KAFA di Maahad Al Kautsar.

Address

Kampung Baru
Tambunan
89657

Opening Hours

Monday 14:00 - 17:30
Tuesday 14:00 - 17:30
Wednesday 14:00 - 17:30
Thursday 14:00 - 17:30
Friday 14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Al- Kautsar Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Al- Kautsar Tambunan:

Shortcuts

Share

Category