17/08/2026
MASTERCLASS & SHOWCASE VOCAL ANJURAN THE HOUSE OF MUSIC ARTS ๐ค๐ถ
Satu lagi program istimewa yang berjaya menghimpunkan peminat, pelajar dan penggiat seni suara di Tambunan!
Buat julung kalinya, Masterclass & Showcase Vocal berkonsepkan klasik kontemporari dianjurkan di Tambunan โ sebuah kawasan pedalaman yang kebiasaannya tidak menjadi lokasi utama bagi program seumpama ini.
Namun, sambutan yang diberikan oleh masyarakat Tambunan amat menggalakkan dan membuktikan bahawa minat terhadap ilmu serta seni muzik tidak mengenal sempadan lokasi. โค๏ธ๐ถ
Para peserta berpeluang memperkayakan ilmu dan kemahiran vokal melalui sesi masterclass bersama barisan penceramah undangan yang berpengalaman:
๐ค Encik Gui Foo ChenโจMaster of Arts, University of Iowa, USA
๐ค Encik Kenny David YuntalaโจMaster of Music Education, UiTM
๐ค Cik Avelyn Chua Poh ZhenโจSarjana Muda Muzik, UMS
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik dan ilmu vokal, malah menjadi platform untuk para peserta mendapatkan inspirasi, membina keyakinan serta mengenali dunia persembahan vokal dengan lebih dekat.
Turut hadir bagi menyempurnakan Showcase Vokal pada sebelah petang ialah Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Sekolah Menengah dan Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah, Encik Redzam Laugan, yang mewakili Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Puan Suzie Tuning.
Terima kasih kepada semua penceramah, peserta, ibu bapa, guru-guru serta masyarakat Tambunan yang telah memberikan sokongan dan menjadikan program ini satu pengalaman yang bermakna. ๐ฟ๐ถ
Dari Tambunan, untuk dunia muzik.โจThe House of Music Arts โ nurturing talents, inspiring communities. ๐ตโจ