KAFA Daerah Tambunan

KAFA Daerah Tambunan Aktiviti KAFA Daerah Tambunan

19/01/2026
18/01/2026
Camping team kafa Tambunan.17&18 jan 2026Bertempat d nunuk kiporing keningau
18/01/2026

Camping team kafa Tambunan.
17&18 jan 2026
Bertempat d nunuk kiporing keningau

23/12/2025

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN GURU KAFA NEGERI SABAH TAHUN 2025

Keputusan temuduga pengambilan guru KAFA yang dilakukan sepanjang November dan Disember 2025 boleh disemak melalui laman sesawang berikut ⤵️
https://shorturl.at/tx2za

Cara membuat semakan:
1️⃣ Masukkan Nombor Kad Pengenalan
2️⃣ Tekan "Enter" atau "Go" atau ✅

Lantikan Guru KAFA adalah tertakluk kepada KEKOSONGAN di daerah yang dimohon

Tempoh sah laku calon simpanan adalah sehingga 30 DISEMBER 2026. Jika anda tidak dihubungi oleh Penyelia KAFA Daerah sehingga luput tempoh sah laku, anda boleh memohon semula pada 2027.

Bagi yang masih berminat untuk menjadi guru KAFA Negeri Sabah, anda boleh mendapatkan borang permohonan Guru KAFA dan hantar borang permohonan tersebut ke Pejabat Perhubungan KAFA Daerah yang dmohon atau terus kepada Penyelia KAFA Daerah.

Borang Permohonan Guru KAFA boleh dimuat turun d pautan berikut ⤵️
https://shorturl.at/D59VY

Semoga semua calon dipermudahkan & dikurniakan ketenangan dalam menjawab soalan UPKK sepanjang 4 hari ini 17 - 20 Novemb...
17/11/2025

Semoga semua calon dipermudahkan & dikurniakan ketenangan dalam menjawab soalan UPKK sepanjang 4 hari ini 17 - 20 November 2025..

Bittaufiq Wannajah ! 🤲🏻

15/11/2025

Selamat menduduki ujian kepada semua calon UPKK 2025.✨

Semoga dipermudahkan segala urusan dan beroleh kejayaan. 🤲🏻

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga JAKIM Sabah



15/11/2025

2 HARI LAGI!

Detik penting semakin hampir, calon-calon seluruh negara bakal melangkah ke medan ilmu dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (UPKK) 2025.

Mari kita doakan agar semua calon dipermudahkan, diberi ketenangan, dan dikurniakan kecemerlangan dunia & akhirat.




13/11/2025
Program Gerak Gempur tahun 5 UPKK KAFA Daerah Tambunan pada 7-8 November 2025 bertempat di Masjid Nurul Hidayah Kg. Kual...
09/11/2025

Program Gerak Gempur tahun 5 UPKK KAFA Daerah Tambunan pada 7-8 November 2025 bertempat di Masjid Nurul Hidayah Kg. Kuala Monsok, Tambunan

Tanniah kepada semua yang terlibat..
Syukur alhamdulillah sepanjang 2 hari 1 malam segalanya berjalan lancar..

Semoga berjaya calon UPKK 2025..
Mumtaz 9A! Aaamin 🤲

Program Tahsin Al-Quran KAFA Daerah Tambunan yang berlangsung pada 25 Oktober 2025 (Sabtu).Alhamdulillah semuanya berjal...
26/10/2025

Program Tahsin Al-Quran KAFA Daerah Tambunan yang berlangsung pada 25 Oktober 2025 (Sabtu).

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Terima kasih kepada penceramah ustaz Badrul Amin bin Kadiru atas segala perkongsian ilmu..

Semoga kita menjadi hamba Allah yang s**a mengajarkan Al-Quran dan dalam masa yang sama masih terus belajar memperbaiki & mempelajari ilmu Al-Quran yang sangat luas...

22/10/2025

📢 JAWATAN KOSONG: GURU KAFA (SABAH)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negeri Sabah. 🌙📖

🕌 Maklumat Jawatan:
🔹 Jawatan: Guru KAFA (Kontrak Tidak Berskim)
🔹 Elaun: RM1,100.00 (36 jam sebulan)
🔹 Kekosongan: 200

📋 Syarat Permohonan:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 18–40 tahun
✅ SPM sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu
✅ SPM sekurang-kurangnya Gred C dalam Pendidikan Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
✅ Lulus Bahasa Arab

📍 Hantar Borang Ke:
JAKIM Cawangan Sabah, Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
(U.P: Unit Pengurusan KAFA)

🗓️ Tarikh Tutup Permohonan: 15 November 2025

📲 Muat turun borang permohonan melalui imbasan kod QR pada poster ini dan sertakan dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan.

💫 Sertailah barisan pendidik KAFA yang berdedikasi dalam mendidik generasi celik Al-Quran dan berakhlak mulia!

Address

KAFA TAMBUNAN D/A JHEAINS TAMBUNAN
Tambunan
89650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Daerah Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category