Tarekat Ghazaliyah

Directions

Tarekat Ghazaliyah Ghazaliya Sufi Order
Tarbiyah & Dakwah Jalan al-Imam Al-Ghazali

Sebelum kita berijazah dan berbai'ah pada minggu akan datang, kita akan mengadakan satu sesi penerangan tentang Tarekat ...
27/09/2026

Sebelum kita berijazah dan berbai'ah pada minggu akan datang, kita akan mengadakan satu sesi penerangan tentang Tarekat Ghazaliyah lebih dahulu. Biasanya sesi penerangan percuma ini berlangsung sekitar dua jam– sama ada dilaksanakan secara secara talaqqi berhadapan, atau pun secara maya. Dalam masa dua jam itu, kita akan menerangkan secara singkat tentang dasar-dasar Tarekat Ghazaliyah dari segi sejarahnya, sanad2nya, adab2nya, dan amal2nya. Namun hal2 yang mendalam dan yang tinggi2 tidak dibentangkan dalm tempoh sesingkat itu.

Setelah mendengarkan penjelasan dan merasa puas hati, lalu masih ingin diijazahkan serta ingin berbai'ah, maka barulah pengijazahan dan bai'ah akan diteruskan. Tetapi jika setelah mendengarkan penjelasan, anda tidak berminat untuk diijazahkan dan berbai'ah, tidak mengapa. Hal itu bukan satu kesalahan. Itu hal yang biasa2 sahaja - normal.

Berdasarkan pengalaman2 kita yang lalu :
- Ada orang2 yang selepas mengikuti penjelasan selama dua jam, mereka mahu diijazahkan dan mahu berbai’ah.
- Ada orang2 yang selepas majlis penjelasan, mereka hanya mahu diijazahkan tanpa mahu berbai’ah. Boleh sahaja.
- Ada p**a orang2 yang selepas mendengar penjelasan, kedua2nya pun mereka tidak mahu. Juga boleh sahaja. Tidak ada paksaan, dan tidak ada berkecil hati.

Kita tidak buat penjelasan sekedar 10-20 minit, kerana kita mahu orang berpuas hati, faham dan jelas tentang apa yang mahu dipelajari dan diamalkan ini, selesakah dengan kandungannya, syarat2nya, adab2nya…

Antara hal-hal yang dijelaskan secara singkat dalam sesi penjelasan Tarekat Ghazaliyah ini adalah tentang sanad-sanad Tarekat Ghazaliyah. Namun sekarang, kita dapat mengurangkan waktu dua jam tersebut kerana kita sudah memiliki rakaman kuliah penjelasan tentang sanad2 Tarekat Ghazaliyah. Dan yang lebih menguntungkan lagi adalah… penjelasan dalam rakaman2 tersebut cukup terperinci, bukan sekadar ringkasan. Ada 4 rakaman yang kalian kena ikuti di Youtube.

Oleh kerana itu, sebelum kita mengadakan sesi penjelasan online, kalian yang berminat untuk mengambil Tarekat Ghazaliyah, hendaklah terlebih dahulu mengikuti rakaman2 penjelasan tentang sanad TG itu. Sehingga pada sesi penjelasan Tarekat Ghazaliyah secara online itu nanti, kita tidak akan membicarakan tentang sanad2 lagi. Lalu, sesi penjelasan itu nanti dapat kita kurangkan masanya jadi sekadar 1 jam sahaja.

Dan sebenarnya, dengan mengikuti 4 rakaman itu, ada banyak juga persoalan2 yang akan terjawab (sedari awal lagi).

- Petikan daripada Taklimat Awal Majlis Pengijazahan & Bai’ah Tarekat Ghazaliyah Secara Atas Talian 2026, 19 September oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari

*Gambar sekadar janaan. Tidak sampai 50% sama dengan ikhwan sebenar.

27/09/2026

Messenger Fb Tarekat Ghazaliyah ni slalu hang. Klau ada perlu... admin Fb Abu Zulfiqar Sufyan akan pm bakal2 ikhwan Ghazaliyah melalui Messnger sana

Send a message to learn more

26/09/2026

Imam al-Ghazali mewujudkan Tarekat Ghazaliyah ini untuk seluruh umat. Itulah sebabnya tarekat ini dapat diamalkankan walaupun tanpa melalui proses pengijazahan dan bai’ah. Sesiapa sahaja yang mendapat tahu akan amalan2 Tarekat Ghazaliyah ini, dan memahami amalan2 tersebut, boleh terus mengamalkannya. Ia sudah siap2 diniatkan sebagai diijazahkan kepada seluruh umat. Hal ini kerana Imam al-Ghazali memang bermaksud/ bermatlamat agar Tarekat Ghazaliyah ini boleh diamalkan oleh setiap anggota ummah asalkan mahu dan tahu cara2 mengamalkannya.

Proses pengijazahan dan bai’ah secara rasmi ini hanya perlu dilalui oleh individu atau orang-orang yang akan memikul tanggung jawab dalam tarekat ini. Misalnya, mereka yang akan menjadi wakil ijazah & bai’ah (biasa orang menyebutnya sebagai wakil talkin), atau yang bakal menjadi mu’allim, calon murabbi, calon mursyid, calon syaikh atau yang seumpama dengannya. Yang itu sahaja.

Namun, bagi mereka yang mahu juga melalui proses ijazah dan bai’at, hal itu sangatlah dialu2kan, amat disambut baik. Terutama bagi mereka yang sangat mementingkan soal ijazah, bai’ah, sanad, berkat (barokah) dll, biasanya mereka tetap mahu diijazahkan dan berbai’at secara rasmi meskipun hal itu tidak diwajibkan. Lalu, mereka tetap meminta agar acara ijazah dan bai’ah diadakan. Secara ringkasnya, ijazah dan bai’ah tidak wajib, tidak dimestikan. Tetapi sangat disambut baik jika ada yang mau.

Tarekat ini tidak bertujuan untuk membanyakkan anggota kerana tariqah ini diciptakan oleh Imam al-Ghazali untuk semua orang. Tarekat Ghazaliyah adalah untuk semua. Oleh itu, orang-orang dari tarekat lain pun boleh sahaja mengambil dan mengamalkan Tarekat Ghazaliyah ini. Orang-orang yang mengamalkan Tarekat Ghazaliyah ini juga boleh juga belajar tarekat lain. Ajaran Imam al-Ghazali, khususnya tariqah ini, tidak bertentangan dengan tarekat2 lain atau aliran2 kesufian lainnya.

Pada sesuatu zaman atau generasi, dalam tariqah ini sudah cukup sekiranya ada satu orang guru dan satu orang murid. Tujuannya adalah agar tariqah ini berlanjutan ke generasi berikutnya. Tetapi jika ada lebih dari satu murid, itu adalah lebih baik kerana kita juga khuatir sesuatu yang tidak terduga akan terjadi yang emenyebabkan tariqah ini akan terputus daripad rantaian sanadnya.

Oleh kerana itulah Tarekat Ghazaliyah ini tidak ramai orang2nya. Sudah menjadi budaya dalam Tarekat Ghazaliyah ini, kita tidak mengajak orang2 lain untuk bertarekat Ghazaliyah. Melainkan jika mereka yang mahu sendiri, mereka yang buka mulut sendiri - maka kita akan menyambutnya dengan s**acita. Matlamat Trekat Ghazaliyah bukan untuk meramaikan anggota, tetapi untuk menyebarkan ilmu2 dan amal2nya kepada seluruh umat.

- Petikan daripada Taklimat Awal Majlis Pengijazahan & Bai’ah Tarekat Ghazaliyah Secara Atas Talian 2026, 19 September oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari
sumber : blog Debunga Teratai

Send a message to learn more

25/09/2026

Apa alasannya atau apa rasionalnya Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali memberikan syarat2 yang seperti itu?
Sebenarnya, saya sendiri pun tidak tahu. Saya ada bertanya, tetapi TGMS hanya menyatakan “Nanti kamu akan tahu sendiri.”. Mengapa selepas 10 tahun, ruang pertemuannya hendaklah dihadkan sekadar 1 kali atau 1 hari sahaja dalam setahun? Buakankah lebih baik dibuka sehingga 80 kali, 100 kali, atau sebagainya?

Cuma yang terlintas dalam pikiran saya… mungkin tujuannya agar kita tidak merasa sombong, tidak merasa besar diri, tinggi diri, hebat diri - kerana jika kita selalu dikunjungi, selalu diraikan, selalu bersama tamu2 lebih2 lagi yang punya kedudukan, yang punya nama - boleh jadi perasaan2 mazmumah itu akan wujud lalu membesar dalam diri.

Sememangnya jiak mengikut kehendak hawa nafsu kita, sangat seronok jika sering dikunjungi, banyak tetamu, lebih2 lagi jika yang mengunjungi kita itu “seseorang” (yang hebat), apalagi jika diambil gambar bersekali, diupload ke media sosial – sangat diinginkan. Berasa diri bagaikan jaguhan (sangat hebat). Serat mempunyai banyak murid, ramai pelajar, banyak pendokong, terkenal di sana sini… tetapi, itu kan semuanya berisiko kepada hati? Semua itu nantinya akan keluar juga menjadi perbuatan diri.

Tetapi jika kita kurang dikunjungi, kita lebih cenderung merasa diri kita ini bukan siapa-siapa, rendah hati, lebih tenang, lebih terkawal, lebih rasional, lebih tahu menghargai…

Dalam urusan2 agama, sememangnya kita perlu dikenal tetapi tidak perlu terkenal. (Perlu dikenal atau perlu dketahui itu) kerana sifat agama ini (ibaratnya) - kita tidak boleh makan kuih tanpa mengetahui orang yang membuatnya. Itulah sebabnya ada rantaian sanad pengajian, kitab, dan ajaran2. Agama ini mesti jelas dari mana tempat ambilnya, siapa personalnya? Jika tidak, ad-diin ini akan rosak binasa.

Yang kedua, disyaratkan sebegitu rupa kernaa Tarekat Ghazaliyah ini tidak bermatlamat untuk meramaikan anggota. Nanti sebentar lagi akan dijelaskan lebih lanjut.

Dan yang ketiga, boleh jadi juga, tuan guru khuatir kalau2 Tarekat Ghazaliyah ini disalah guna. Wallahua’lam.

- Petikan daripada Taklimat Awal Majlis Pengijazahan & Bai’ah Tarekat Ghazaliyah Secara Atas Talian 2026, 19 September oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari

Mengapakah akhir2 ini hanya satu kali sahaja dalam setahun dilangsungkan majlis pengijazahan dan bai’ah TG?Kerana itu me...
24/09/2026

Mengapakah akhir2 ini hanya satu kali sahaja dalam setahun dilangsungkan majlis pengijazahan dan bai’ah TG?
Kerana itu memang pesan atau amanat daripada arwah mursyid saya iaitu Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali. Dulu pada tahun 1999, TGMS berkata kepada saya, lebih kurang katanya: “Pada suatu hari nanti, ada satu orang yang akan datang dan bertanya (ertinya untuk belajar Tarekat Ghazaliyah). Pada saat itulah baru kamu menyampaikan Tarekat Ghazaliyah ini.” Jadi, saya tidak mengajarkan Tarekat Ghazaliyah ini kepada sesiapa jua pun kecuali kepada keluarga saya iaitu isteri dan anak-anak.

Pada tahun 2012, dengan ketentutan Allah SWT, ternyata memang ada satu orang hamba Allah yang bertanya kepada saya cara untuk jadi pengamal Tarekat Ghazaliyah. Maksudnya baru ketika itulah sampai as-sa’ahnya, baru saat itulah waktunya bagi saya untuk mulai menyampaikan Tarekat Ghazaliyah.

Hanya selepas 13 tahun, baru datang ketikanya. Saya pernah terfiikir…. seandainya saya meninggal dunia atau kehilangan akal sihat (hilang akal, koma, hilng kewarasan dsb) dalam tempoh waktu 13 tahun itu, maka Tarekat Ghazaliyah ini akan terputus ada. Tetapi guru saya itu menyampaikan amanatnya itu dengan nada yang selamba aja, tiada kekhuatiran, seolah2 dia tahu bahawa hari itu pasti akan tiba. Mungkin dia sudah mendapatkan alamat2 atau gerak2 tertentu daripada Allah ‘Azza wa Jalla. Wallahua’lam.

Selain pesan yang itu, ada pesan yang lainnya juga - Jika pengijazahan dan bai'ah Tarekat Ghazaliyah sudah dibuka nanti, maka pada setiap tahunnya hendaklah dibuka sekitar 40 kali pertemuan. Ertinya menerima kunjungan, atau menerima tamu untuk urusan2 berkaitan Tarekat Ghazaliyah. Maka bagi orang yang dapat tahu tentang Tarekat Ghazaliyah lalu ingin mengambilnya, pada setiap tahunnya akan ada 40 kali peluang pertemuan, termasukklah pertemuan untuk hal-hal lain seperti ziarah/ kunjungan, bertukar2 fikiran, dsd. Dan pertemuan 40 kali setiap tahunnya itu hendaklah dilanjutkan selama 10 tahun.

Namun, setelah tamat tempoh 10 tahun itu, hanya boleh dibuka satu kali sahaja dalam satu tahun untuk kunjungan, melainkan ada urusan2 yang benar-benar perlu atau kita sebut sebagai darurah.

Jadi pada setiap tahunnya, kami bersedia menerima tamu kurang lebih 40 hari/kali. Kebetulan pada waktu itu saya sedang mensyarahkan kitab Ihya' ‘Ulumuddin. Kajian atau pengajian kitab Ihya' ini diadakan satu kali satu minggu. Maksudnya dalam satu tahun, setelah ditolak bulan Ramadhan, hari cuti, dan hari-hari yang saya punya urusan atau aktiviti lainnya, kena ada lebih kurang ada 40 kali dibuka kunjungannya. Maka pada setiap kali majlis pengajian kitab Ihya’, kita buka kunjungannya. Itu belum termasuk kunjungan yang kita buka pada hari2 cuti.

Dari tahun 2012 sampai ke tahun 2021, sepatutnya ada 400 kali dibuka kunjungan. Namun, pada tahun 2020 dan 2021 itu, terjadi beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) atau lockdown kerana wabak. Jadi, pada tahun2 berkenaan, kita tidak dapat membuka sampai 40 kali pertemuan.

Lalu kemudiannya, berdasarkan ijtihad saya sendiri, kami memperpanjangkan tempoh tersebut. Ideanya adalah untuk tetap mengadakan beberapa pertemuan setiap tahun hinggalah tahun 2024. Barulah cukup lebih kurang 400 kali dibuka kunjungann. Hanya mulai tahun 2025, barulah ditetapkan satu kunjungan sahaja dalam setahun.

Untuk tahun 2026 ini, kita sudah membuka kunjungannya iaitu majlis pengijazahan dan bai’h beberapa bulan yang lalu. Sepatutnya tahun akan datang barulah akan dilangsungkan majlis yang seterusnya. Tetapi mengingatkan orang-orang dari jauh, yang punya kesulitan2 untuk hadir secara berhadapan muka, maka kami di sini merancang untuk mengadakan atau melangsungkan satu majlis pengijazahan dan bai’ah secara maya sahaja.

- Petikan daripada Taklimat Awal Majlis Pengijazahan & Bai’ah Tarekat Ghazaliyah Secara Atas Talian 2026, 19 September oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Asmyari

21/09/2026

Punca2 Dengki
PERTAMA : Kerana permusuhan. Dengki jenis ini hanya akan berkurangan atau hilang apabila dia berjaya melakukan sesuatu yang dapat merugikan pihak yang didengkinya. Selagi pihak yang didengkinya itu tidak mengalami kerugian, dia tidak akan berpuas hati. Oleh itu, dia akan selalu merancang-rancang dan berusaha melakukan sesuatu yang tidak baik. Jenis ini jenoh hendak dihadap. Selagi dia tidak berpuas hati, selagi itulah dia tidak akan berhenti.
KEDUA : Kerana tidak mahu orang lain mendapat lebih daripada dirinya. Dia berprasangka buruk, kerana dia menyangka apabila orang lain melebihinya, orang lain itu akan sombong kepadanya.
KETIGA : Kerana sombong. Orang yang sombong itu memandang rendah orang lain dan mahu orang lain berada di bawahnya dengan mengikut segala perintah dan larangannya. Apabila orang lain itu mendapat sesuatu nikmat atau kelebihan, si sombong itu khuatir yang orang lain itu tidak lagi akan berada di bawah pengaruhnya dan tidak lagi menurut telunjuknya. Orang jenis ini tidak boleh menerima jika orang lain yang dipandangnya rendah selama hari ini tiba-tiba mahu menyamai atau melebihi dirinya p**a. Dia tidak redha sama sekali hal itu berlaku.
KEEMPAT : Kerana ta’ajub (takjub) akan diri sendiri (hairan akan kelebihan diri).
KELIMA : Kerana takut kerugian dalam kepentingan-kepentingan tertentu. Menurut Imam Al-Ghazali, contohnya berdengki-dengkian antara sesama wanita yang bermadu dalam berebut perhatian suami, berdengki-dengkian sesama adik-beradik dalam berebut perhatian ibu bapa, berdengki-dengkian antara murid-murid kerana berebut perhatian guru, dan sebagainya.
KEENAM : Kerana mahu menjadi yang terbaik dan berasa dirinyalah yang terbaik. Jika diketahuinya ada orang lain yang setanding atau melebihinya dalam sesuatu bidang, dia tidak rela. Seboleh-bolehnya dia mahu kelebihan orang lain itu hilang, agar tidak menyamai atau melebihinya. Contohnya dari segi keberanian, ilmu pengetahuan, ibadah, perniagaan, kecantikan, kekayaan dan sebagainya.
KETUJUH : Kerana sifatnya memang s**a orang lain mengalami kerugian. Apabila orang lain mendapat sesuatu, seolah-olah orang lain itu mengambil haknya p**a. Padahal dia sendiri tidak memiliki semua itu pun. Orang dapat kerja, dia dengki, seolah2 sepatutnya dia yang dapat kerja itu. Orang dapat hadiah, dia dengki, seolaha2 sepatutnya dia yang dapat hadiah itu. Orang dapat pergi haji, dia dengki, seolah2 sepatutnya dia yang dapat pergi haji. Orang dapat beli motosikal baharu, dia dengki, seolah2 sepatutnya dia yang berhak mendapat motosikal itu.
- KUliah Abu Zulfiqar al-Amsyari, Channel Tele : Ilmu2 Imam Al-Ghazali

20/09/2026

Majlis Pengijazahan & Bai’ah Tariqah Ghazaliyah (online, jarak jauh, antara negara, daring)

Selesaikan (lengkapkan) kesemua langkah yang disenaraikan di bawah dengan jayanya :

Mula2 ikuti TAKLIMAT AWAL MAJLIS PENGIJAZAHAN & BAI’AH TAREKAT GHAZALIYAH
https://youtu.be/Ld_jfpmH20o

Kemudian selesaikan 3 LANGKAH di bawah ini:

LANGKAH PERTAMA : : Silakan pm (tulis pesan pribadi - Messenger di FB), nyatakan butiran atau detail berikut, baik melalui Facebook Tarekat Ghazaliyah mau pun FB Abu Zulfiqar Sufyan :

i) NAMA ASLI : (akan digunakan secara resmi pada saat acara pengijazahan & bai'at, juga sebagai rekod bahwa anda resmi bergabung dengan TG dan resmi menjadi praktisi TG)

ii) NAMA KOTA & NEGARA RESIDENSI : (contoh : Tasikmalaya, Indonesia atau Sai Buri, Thailand atau Kota Kinabalu, Malaysia dsb)

iii) TORIQAH YANG PERNAH DIPRAKTEKKAN & SEDANG DIPRAKTEKKAN:

LANGKAH KEDUA : Ikuti kesemua kuliah khas tentang sanad2 Tarekat Ghazaliyah (bagi yang belum mengikutinya) :

i) SANAD2 TAREKAT GHAZALIYAH (siri 1)
https://youtu.be/eJR-qJKG5WU?si=mnUmVC3wiBr10B8I

ii) SANAD2 TAREKAT GHAZALIYAH (siri 2)
https://youtu.be/VW-fiWxRUlA?si=h0C3ollJmWakHAYH

iii) SANAD2 TAREKAT GHAZALIYAH (siri 3 - akhir)
https://youtu.be/cofvaJ39j8k?si=lDk-HqbqbMfkTtJk

iv) HIMPUNAN SOAL JAWAB SANAD TAREKAT GHAZALIYAH
https://youtu.be/cFo9v5gOGbQ?si=6V_lb2OQvZUAb_yz

LANGKAH KETIGA : Mohon tunggu sampai anda dihubungi melalui pm (pesan pribadi) di FB. Setelah kami berpuas hati, nanti anda akan dimaklumkan tentang LANGKAH KEEMPAT (persediaan, serta tarikh & masa Majlis Penerangan), LANGKAH KELIMA (mengikuti Majlis Penerangan) & LANGKAH TERAKHIR (Majlis Pengijazahan & Bai’ah Tariqah Ghazaliyah).

- Team Majlis Pengijazahan & Bai’ah

Send a message to learn more

Pautan ke rakamannya ada dalam ruangan komen
19/09/2026

Pautan ke rakamannya ada dalam ruangan komen

Address

RTPA
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tarekat Ghazaliyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share