12/05/2014
Mulakan langkah pertama anda dalam bidang KEJURTERAAN TELEKOMUNIKASI di MULTIMEDIA COLLEGE.. Pendaftaran bagi kemasukan 1 Jun 2014 dibuka!! Rebut peluang anda untuk belajar dari kolej milik Telekom Malaysia Berhad, syarikat telekomunikasi terulung di Malaysia..
Di Malaysia, bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi terlibat secara langsung dalam bidang – bidang lain seperti bioteknologi, perkhidmatan perkongsian dan penyumberluaran, pembangunan kandungan digital, bioinformatik, e-dagang, perkhidmatan dan aplikasi, nanoteknologi, pengenalpastian frekuensi radio, teknologi tanpa wayar, sistem mikroelektromekanikal, fotonik dan robotik SEDANG MENGALAMI KEKURANGAN TENAGA MAHIR.
Permintaan bagi pekerja - pekerja ICT terdiri jurutera perkakasan, jurutera perisian, penganalisa sistem, pengatur cara komputer dan kakitangan sokongan teknikal meningkat daripada 88,160 dalam 1998 kepada 108,200 dalam 2000. Ini mewakili pertumbuhan 10.7 peratus setahun berbanding dengan keseluruhan pertumbuhan pekerjaan 3.7 peratus di sepanjang tempoh yang sama. Namun begitu, ini adalah semasa Malaysia baru sahaja memulakan MSC.
Jadi, bayangkan permintaannya pada masa kini, dengan perkembangan teknologi telekomunikasi yang pesat sekarang.....
Kami di Kolej Multimedia (Perak) mengalu - alukan anda untuk menceburi bidang ini dengan mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Telekomunikasi. Pengambilan Mac dibuka sehingga 31 Mac 2014. Ayuh mulakan langkah pertama anda di Kolej Multimedia (Perak), anak syarikat Multimedia University dan Telekom Malaysia Berhad.