SM Sains Raja Tun Azlan Shah

SM Sains Raja Tun Azlan Shah Berdisiplin, Berilmu, Berbakti

PROGRAM JALINAN KEM MATEMATIK INSPEM UPM–SERATAS 2026 🧮Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Jalinan K...
23/08/2026

PROGRAM JALINAN KEM MATEMATIK INSPEM UPM–SERATAS 2026 🧮

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Jalinan Kem Matematik INSPEM UPM– SERATAS pada 21 hingga 23 Ogos 2026 melibatkan 40 orang murid Tingkatan 4 yang mendapat sekurang2nya 70 markah bagi subjek Matematik dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026.

Program kali ini menjurus kepada aplikasi sains matematik dalam konteks masa kini dan masa hadapan, serta memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif seperti LDK, permainan matematik, dan aktiviti penerokaan. Pendekatan ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran insaniah pelajar seperti pemikiran logik, komunikasi, kerjasama, dan keyakinan diri

Program ini merupakan hasil jalinan kerjasama antara Institut Penyelidikan Matematik-INSPEM dengan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) dalam usaha menyemarakkan minat serta meningkatkan penguasaan murid dalam bidang Matematik.
Pelbagai aktiviti menarik, perkongsian ilmu dan pengalaman pembelajaran telah disediakan sepanjang program. Semoga program ini memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus mencintai Matematik dan melangkah lebih yakin menuju kecemerlangan. 🌟📐

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama INSPEM UPM–SERATAS terus kukuh dan berkembang pada masa akan datang. 🤝💚

Matematik mencorak pemikiran, ilmu membina masa depan! 💡


UPM



✨ KEM LAMBAIAN KAABAH 2026 ✨Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kem Lambaian Kaabah 2026 yang melibatkan semua muri...
23/08/2026

✨ KEM LAMBAIAN KAABAH 2026 ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kem Lambaian Kaabah 2026 yang melibatkan semua murid Tingkatan 5, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah anjuran panitia pendidikan islam.

📅 22 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 Masjid As-Syakirin Seratas & Padang Seratas
⏰ 7.30 pagi – 1.00 petang

Program ini telah diisi dengan ceramah teori bab Haji, praktikal pemakaian ihram serta praktikal ibadah Hajiseperti wuquf, melontar jamrah, tahallul, tawaf dan saie.
Semua murid turut menyertai aktiviti LDK, refleksi dan rumusan sebagai pengukuhan ilmu bagi program tersebut.

Semoga program ini memberi ilmu, pengalaman dan penghayatan yang bermakna kepada semua murid tingkatan 5 dalam memahami ibadah Haji. 🕋

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya! 🌙✨



Satu detik membanggakan buat Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) apabila diberi kepercayaan sebagai  tu...
20/08/2026

Satu detik membanggakan buat Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) apabila diberi kepercayaan sebagai tuan rumah Majlis Penganugerahan Eco-Schools 2026 anjuran Green Growth Asia Foundation (GGAF) dengan kerjasama Yayasan Axiata.

Majlis yang berlangsung pada 18 Ogos 2026 ini bukan sekadar sebuah majlis penganugerahan, malah menjadi wadah untuk meraikan usaha, komitmen dan pencapaian sekolah-sekolah dalam membudayakan kelestarian alam sekitar melalui Program Eco-Schools. 🌱🌏

Penganjuran ini juga mencerminkan komitmen berterusan warga pendidik dalam membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut cakna terhadap alam sekitar dengan mengamalkan gaya hidup lestari dan menjadi agen perubahan untuk masa hadapan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada 6 buah sekolah SBP yg terlibat dengan menggabungkan 3 negeri iaitu Perak, Pahang dan Pulau Pinang. Sekalung penghargaan kepada GGAF, Yayasan Axiata, semua sekolah yang terpilih menerima pengiktirafan tersebut serta seluruh warga SERATAS yang telah bersama-sama menjayakan majlis penuh bermakna ini.

🌱 Hari ini kita menanam kesedaran, esok kita menuai masa depan yang lebih lestari. 🌍💚







🎓✨ TAHNIAH SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH!✨🎓Syukur dan setinggi-tinggi penghargaan kerana SM Sains Raja Tun Azlan Shah tel...
20/08/2026

🎓✨ TAHNIAH SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH!✨🎓

Syukur dan setinggi-tinggi penghargaan kerana SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah terpilih menyertai Program Pemerkasaan Kecemerlangan Anak Perak dan Bantuan Kit Peperiksaan SPM 2026 anjuran Education Malaysia Global Services (EMGS).

Lebih membanggakan, pihak sekolah telah menerima **sumbangan berjumlah RM4,000.00 bagi menyokong persediaan dan kecemerlangan anak-anak Perak yang bakal menduduki SPM 2026.

Sumbangan ini pastinya menjadi suntikan semangat kepada semua untuk terus berusaha, memperkukuh persediaan serta melakar kejayaan yang lebih gemilang dalam peperiksaan SPM.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Education Malaysia Global Services (EMGS), Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta Yayasan Bina Upaya atas keprihatinan dan sokongan dalam memperkasa pendidikan serta kecemerlangan anak-anak Perak.

Semoga bantuan yang disalurkan ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada kejayaan calon SPM 2026.

Teruskan melangkah, teruskan berusaha dan buktikan kecemerlangan!💪📖🏆

🌟 Anak Perak, Pemangkin Masa Depan!🌟






MAJLIS PELUNCURAN KERANGKA ANTIBULI SEKOLAH UNTUK PEMERKASAAN (SAFE)🚫 Bersama Hentikan Buli, Wujudkan Sekolah Selamat da...
20/08/2026

MAJLIS PELUNCURAN KERANGKA ANTIBULI SEKOLAH UNTUK PEMERKASAAN (SAFE)

🚫 Bersama Hentikan Buli, Wujudkan Sekolah Selamat dan Berkualiti!

SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah melaksanakan Majlis Peluncuran Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan (SAFE) atau
School Anti-Bullying Framework for Empowerment.

📅 19 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 8.00 pagi
📍 Dewan Besar

Program ini menjadi satu langkah penting dalam memperkukuh usaha membanteras gejala buli serta membudayakan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera.

Marilah kita bersama-sama membina generasi yang berakhlak, berilmu dan berdaya saing dengan mengamalkan nilai:

🤝 **HORMATI**
💪 **BERTANGGUNGJAWAB**
💙 **BEREMPATI**

Buli adalah jenayah. Hentikan buli, lindungi warga sekolah!
Bersama kita wujudkan sekolah yang selamat dan berkualiti. 🛡️✨






🇲🇾 PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Dengan penuh semangat patriotik dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, Majlis ...
20/08/2026

🇲🇾 PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

Dengan penuh semangat patriotik dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan Kali Ke-69 telah diadakan SM Sains Raja Tun Azlan Shah sebagai tanda kecintaan kita kepada tanah air tercinta. ❤️

📅 17 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 7.30 pagi
📍 Dewan Besar
🎨 Tema: Warna Kebangsaan
🇲🇾 “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan menghayati erti kebebasan, memupuk semangat perpaduan serta memperkukuh keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Bersatu kita teguh, meraikan kebebasan dan keharmonian tanah air tercinta.🇲🇾✨

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat patriotisme dan bersama-sama menjadikan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini lebih bermakna! ❤️






Program Online Cultural Exchange with Students in JapanPada 4 Ogos 2026, seramai 30 orang murid Tingkatan 3 dan Tingkata...
07/08/2026

Program Online Cultural Exchange with Students in Japan

Pada 4 Ogos 2026, seramai 30 orang murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) telah menyertai Program Online Cultural Exchange with Students in Japan yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini dianjurkan oleh World Tour from Our Classroom (WTOC), sebuah NGO dari Jepun, dengan penyertaan beberapa buah sekolah menengah di Kyoto, Jepun.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada murid mempraktikkan kemahiran Bahasa Jepun, berkomunikasi secara langsung dengan pelajar Jepun, meningkatkan keyakinan diri, memupuk kefahaman budaya serta menggalakkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

Bertemakan "Let's Create a New Dish by Combining Each Other's Food Cultures!", murid terlibat dalam aktiviti pengenalan diri, pembentangan makanan tradisional Malaysia dan Jepun, perbincangan kumpulan untuk mencipta hidangan gabungan kedua-dua budaya, pembentangan hasil perbincangan dan sesi refleksi.

Program ini berjaya mencapai objektifnya serta memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para peserta.

Sekalung TahniahSeluruh warga SM Sains Raja Tun Azlan Shah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Wan Muh...
23/07/2026

Sekalung Tahniah

Seluruh warga SM Sains Raja Tun Azlan Shah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Wan Muhammad Najib bin Wan Sulaiman atas pelantikan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), berkuat kuasa mulai 20 Julai 2026.

Semoga dengan amanah dan tanggungjawab baharu ini, beliau dipermudahkan segala urusan dalam memimpin dan memperkasakan kecemerlangan sekolah.

Selamat menjalankan amanah cikgu. Semoga SM Sains Raja Tun Azlan Shah terus melakar lebih banyak kejayaan di bawah kepimpinan yang berwibawa.

Tahniah dan selamat maju jaya!

Lawatan sambil belajar anjuran panitia geografi Tarikh: 20/6/2026Tempat: kilang Spritzer Masa: 10pg-2 petangBilangan per...
21/07/2026

Lawatan sambil belajar anjuran panitia geografi

Tarikh: 20/6/2026
Tempat: kilang Spritzer
Masa: 10pg-2 petang
Bilangan perserta: 30 orang murid tingkatan 1,2&3

Guru terlibat:
1. Cik Shuhaimah
2. En azha
3. En hafiz

Objektif:
1. Meraikan murid terbaik subjek geografi
2. Mengetahui proses pengeluaran air Spritzer

🌿 Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Pada 16 Julai 2026, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) te...
20/07/2026

🌿
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Pada 16 Julai 2026, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) telah melakar satu kejayaan apabila berjaya menerima *Anugerah Green Flag*, iaitu pengiktirafan tertinggi di bawah Program Eco-Schools Malaysia.

Pengiktirafan berprestij ini diterima selepas sesi Audit *Anugerah Green Flag (Bendera Hijau)* yang telah dijalankan di SERATAS oleh barisan panel juruaudit berikut:

Panel Juruaudit

1. Encik Mohd Fikri Mohd Bakri.
Presiden, Eijau Millennium Explorer, Kuala Lumpur.

2. Dr. Lilawati binti Ab. Wahab
Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Turut hadir Penyelaras pelaksanaan audit ialah wakil daripada Green Growth Asia Foundation, iaitu:

1. Cik Nur Syafinaz binti Mohd Kamal
Eksekutif Program Pendidikan Hijau.

2. Cik Nor Alya Khairina binti Mustafa Anuar
Eksekutif Program Young Reporters for the Environment (YRE) dan Komunikasi Media.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi seluruh warga SERATAS dalam membudayakan amalan kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan pelbagai program serta inisiatif hijau yang dilaksanakan secara berterusan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada SERATAS untuk terus unggul sebagai sebuah institusi pendidikan yang membudayakan kelestarian alam sekitar serta melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan bumi.

🌱 "Semoga kecemerlangan ini terus dikekalkan dan menjadi inspirasi kepada semua." 🌱

Address

Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Raja Tun Azlan Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SM Sains Raja Tun Azlan Shah:

Share

Category