28/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐ | ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Taiping, 28 Ogos 2026 โ ADTEC JTM Kampus Taiping telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan bagi bulan Ogos 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh semangat, ceria dan patriotik bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu JTM, diikuti dengan Ikrar Perkhidmatan Awam sebagai tanda komitmen warga kerja dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti.
Majlis diteruskan dengan beberapa hebahan penting, antaranya kenaikan pangkat Puan Ummu Salma binti Mohiddin ke gred DG12 (KUP) serta hebahan cuti belajar sepenuh masa (PhD) kepada Ts. Nik Mohd Azim bin Mohd Ghazali. Tahniah diucapkan atas pencapaian dan perkembangan kerjaya yang membanggakan.
Dalam perhimpunan ini turut diumumkan kejayaan ADTEC JTM Kampus Taiping dalam TVET Rating Tahun 2026. Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan warga ADTEC Taiping dalam memastikan kualiti pengurusan dan penyampaian latihan TVET sentiasa berada pada tahap terbaik.
Warga ADTEC Taiping turut disajikan dengan tayangan video rangkuman aktiviti sepanjang bulan Ogos, yang mengetengahkan pelbagai program, aktiviti dan pencapaian warga kampus.
Seterusnya, Taklimat Bahagian Penyelenggaraan dan Pengurusan Aset (BPPA) telah disampaikan oleh En. Mohd Anuar bin Junoh, sebelum majlis diteruskan dengan amanat Tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Taiping, Tuan Haji Jamil bin Yahya.
PENYAMPAIAN SIJIL TVET RATING 2026
Kemuncak majlis adalah penyampaian sijil TVET Rating 2026, dengan Bahagian Polimer dan Mekanikal Bahan berjaya memperoleh penarafan 5 Bintang , manakala bahagian-bahagian lain berjaya memperoleh penarafan 4 Bintang .
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Taiping atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan dan kualiti TVET pada masa akan datang.
BUSANA TERBAIK PERHIMPUNAN
Tidak lengkap kemeriahan Bulan Kebangsaan tanpa semangat patriotik melalui busana! Bagi kategori Busana Terbaik Perhimpunan, kemenangan menjadi milik Tuan Pengarah sendiri, Tuan Haji Jamil bin Yahya, dan Puan Rokiah. Tahniah atas penampilan yang menyerlahkan semangat patriotisme!
Majlis kemudiannya ditutup dengan sambutan hari lahir warga kerja yang dilahirkan pada bulan Ogos, sebelum warga ADTEC Taiping disajikan dengan tayangan video khas Kemerdekaan ADTEC Taiping sebagai penutup penuh semangat patriotik.
Semoga perhimpunan bulanan ini terus menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kekitaan, meningkatkan motivasi serta menyemarakkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Taiping.
๐ฒ๐พ ๐ด๐๐๐
๐๐๐! ๐ด๐๐๐
๐๐๐! ๐ด๐๐๐
๐๐๐!
TVET Pemacu Kemajuan, Kemahiran Tonggak Kemerdekaan.
JTM Mekar di Hatiku.
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฃ
Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping