05/07/2016
PERIHAL TAKBIR HARI RAYA...
Takbir raya : Sedih atau gembira?
Umat Islam khususnya yang berada diperantauan pastinya akan berasa sedih dan pilu apabila mendengar takbir raya berkumandang.
Terus wajah ibu, ayah, kaum keluarga dan rakan taulan di kampung halaman terpancar di benak fikiran.
Tambah p**a takbir yang dialunkan mendayu2 khususnya di malam raya.
TAKBIR RAYA ADALAH TAKBIR KEMENANGAN DAN BUKANNYA TAKBIR KESEDIHAN
Asal usul takbir raya adalah retetan kemenangan Rasulullah dan para sahabat ketika perang Ahzab (sekutu) di mana para suku2 Arab telah bersekutu untuk menghancurkan Islam.
Dalam perang itu juga, Rasulullah dan para sahabat telah menggali parit yang lebar dan dalam sehingga kuda musuh tidak boleh melepasinya. Perang tersebut turut dinamakan perang khandak, ertinya parit.
Tentera Islam akhirnya menang apabila Allah datangkan angin yang kuat meranapkan pengepungan tentera musuh. Kemenangan itu di sambut dengan takbir dan itulah asal usul takbir raya.
Dalam konteks hari ini, kita hendaklah meraikan kemenangan dalam kejayaan kita memerangi hawa nafsu ketika sebulan kita berpuasa. Peperangan ini lebih hebat dari peperangan dengan orang kafir kerana kita berperang dengan diri kita sendiri.
Oleh itu, apabila tiba hari raya, marilah kita bertakbir dengan penuh semangat bagi meraikan kemenangan kita dan bukannya masih dibayangi kenangan pilu, hiba dan sedih.