UBK SMK Simpang

UBK SMK Simpang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UBK SMK Simpang, School, Taiping.

04/12/2025

PROGRAM PASCA UASA SESI PETANG - EMO MASK DESIGN. UNDIAN DI MEDIA SOSIAL.

Photos from UBK SMK Simpang's post 29/07/2025

PROGRAM MOTIVASI - MINDA SIHAT , KERJASAMA ERAT , INSPIRASI HEBAT - Pada 28 Julai 2025 program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Simpang dengan Kerjasama Unit Pembimbing Rakan Sebaya . Ketua PRS Nur Iman dan Puteri Khairunnisa Eryna telah memimpin ajk PRS bagi menjayakan program yang telah dirancang. Seramai 156 murid tingkatan 1 dan Peralihan telah menjadi peserta program. seramai 16 PRS tingkatan 2, 3 dan 4 terlibat sebagai fasilitator program.

Photos from UBK SMK Simpang's post 17/07/2025

PROGRAM LAWATAN KERJAYA KE TARUMT KAMPAR

Pada tarikh 16 Julai 2025 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Simpang telah mengadakan lawatan Kerjaya dalam Bidang Kulinari dan Fotografi di Universiti Tunku Abdul Rahman Kampar . Terima kasih tak terhingga buat pihak pengurusan universiti yang sangat mengalu-alukan kehadiran kami. Layanan mesra dan terbuka sangat memberikan impak kepada murid yang menyertai program
Terima kasih tidak terhingga buat
1. Mr Hong Kok Pan ( Student Counsellor)
2. Chef Nur Liana Binti Ahmad (DSSH Lecturer (Culinary Workshop)
3. Cik Julie Yap Lai Khuan (Assosiate Dean , DSSH)
4. En. Mohamad Yusob Bin Ismail , Programme Leader DSSH (Photography Workshop)
5. Encik Ganessa Nambiar A/L Gopal Krishnan (Administration and Sport Executive )
semua pegawai-pegawai TARUMT
dan pelajar-pelajar TARUMT (culinary class year 2)

Dalam lawatan ringkas ini , pelajar dapat meneroka bidang kerjaya dan laluan pendidikan selepas SPM dalam bidang berkaitan dan boleh berinteraksi terus dengan pensyarah bagi mengajukan soalan-soalan berkaitan peluang kerja dalam bidang berkaitan .

Pelajar juga diberi peluang untuk menjalankan aktiviti secara "hands on" semasa di dapur dengan menggunakan peralatan dan dapur sebenar di industri perhotelan semasa taklimat kulinari . terima kasih kepada chef Nur Liana kerana menyediakan resepi yang sangat enak dan mudah .

Semasa taklimat Fotografi juga pelajar berpeluang menggunakan kamera DSLR dengan lens yang pelbagai . satu peluang yang jarang dapat diperoleh oleh murid. Daripada bengkel murid dapat mengetahui tentang asas fotografi . Terima kasih kepada En. Yusob atas peluang ini.

Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang . Terima kasih TARUMT di hati.

26/04/2025

Bengkel Deklamasi puisi...

Photos from UBK SMK Simpang's post 26/04/2025

26 April 2025 - Tiba di Unisza .... bersua muka dengan Dato Lim Swee Tim dan Cikgu Awang Abdullah.....

Photos from UBK SMK Simpang's post 26/04/2025

Misi mencari ilmu di UniSZA 25 April 2025

Photos from UBK SMK Simpang's post 25/04/2025

Pada 23 dan 24 April , 3 orang PRS SMK Simpang iaitu Nur Iman , Dea dan Natasha telah terlibat dalam Program PRS Bongsu Peringkat Daerah.bertempat di Pusat Koreksional Kamunting. Sebagai ahli PRS Councill Daerah mereka telah ditugaskan menjadi fasilitator program dibawah bimbingan guru Kaunseling Sekolah Rendah. Tahniah diucapkan kepada ketiga2 pelajar ini.

Photos from UBK SMK Simpang's post 11/04/2025

KURSUS PRS MUDA DAERAH LMS TAHUN 2025
Tahniah kepada Nur Iman dan Puteri Khairunnisa kerana terpilih mempengerusikan Majlis dan Tahniah juga kepada Dea kerana menjadi pemenang kategori video bakat dan puteri khairunnisa pemenang kategori pengucapan Awam PRS........alhamdulillah

Want your school to be the top-listed School/college in Taiping?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Taiping
34700