Kelas Masakan Online Daneen

Kelas Masakan Online Daneen nak yang terbaik di mata keluarga? jom join pelbagai kelas Masakan Online ni

Kek sarang semut tanpa perap, Ok ni resepinya :KEK SARANG SEMUT🐜Bahan² : (kaknis guna acuan 7inci)1 cawan gula1/2 cawan ...
26/07/2022

Kek sarang semut tanpa perap,
Ok ni resepinya :
KEK SARANG SEMUT🐜

Bahan² : (kaknis guna acuan 7inci)
1 cawan gula
1/2 cawan butter/marjerin
1 cawan air panas
4 biji telur gred A/B
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat

Cara² :
Masak gula sampai keperangan(guna api yg kecil) kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit(hati² ye masa ni)
Kacau sehingga larut, kemudian masukkan butter dan kacau sampai sebati. Biarkan sejuk, ketepikan dulu.

Bekas lain, pukul telur dan campurkan susu pekat kacau sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Kacau sebati lagi ye kaknis guna whisk je. Lepas tu campurkan gula hangus tadi (guna penapis) ke dalam adunan ni. Kacau rata sebati.

Dah siap adunan tu, tuang lah adunan ke dalam loyang atau acuan yang sudah pun di oles dengan mentega/ola spray. Siap untuk dikukus. Kukus sehingga masak lbh kurang 1/2 jam. Tak masak tmbhkan masa ye.
Nk tau masak cucuk dgn lidi. Kalau dah masak kek tu tak melekat kat lidi tu.

Kredit resepi: Anis Awanis

S**a makan mcm ni..Jemput2 udang bersama telur rebus,kentang,tauhu goreng,taugeh& timun..Di siram kuah kacang yg pedas2 ...
25/07/2022

S**a makan mcm ni..
Jemput2 udang bersama telur rebus,kentang,tauhu goreng,taugeh& timun..
Di siram kuah kacang yg pedas2 manis.
Alhamdulillah ..

Resepi kuah kacang

1/2 kilo kcg tanah disangai tanpa minyak. buang kulit dan kisar halus dan sebahagiaan kisar kasar.

bhn utk di kisar*
20 tangkai cili kering(rebus dulu)*
2 biji bwg besar*
5 ulas bwg putih*
3 batang serai*
1 sudu udang kering(rendam sekejap dgn air panas)*
2 biji buah keras.*
3 kpg biskut lemak@ marie*

Air Asam jawa.
Gula pasir@ merah(pilihan..boleh campur kedua2 gula)
Garam& aji(ikut pada keperluaan rasa)
Air secukupnya
Susu cair dlm 1/2 cwn
Sedikit minyak utk menumis.

Cara-
sedia kan periuk.masukkan minyak.
tumis bhn yg telah d kisar tadi sampai agak garing.
masuk kan kacang yg telah di kisar td,masukkan air secukupnya.kacau
biarkan mengelegak,masukkan air asam jawa,susu cair, gula pasir,gula merah,garam,aji.renehkan sampai terbit minyak.dan dpt kan kepekatan yg di kehendaki.kalau pekat sgt tmbh je air panas.
Kuah kcg biar sedang2 jgn cair atau pekat.
rasa kuah kcg mesti balance pedas manis.
kalau nk letak santan pun boleh dlm kuah kcg.ikut citarasa selera msg2.

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

KUIH CARA BERLAUK DAGING Bahan:-Tepung Gandum 2 cwn-Telur 2 biji-Air 2 cwn-Minyak 1 sb-Secubit garam-Sedikit pewarna kun...
24/07/2022

KUIH CARA BERLAUK DAGING

Bahan:
-Tepung Gandum 2 cwn
-Telur 2 biji
-Air 2 cwn
-Minyak 1 sb
-Secubit garam
-Sedikit pewarna kuning
Blend dan tapis

Bahan untuk inti:
-daging kisar/daging burger(hancurkn sikit)
(saya guna..daging kisar..)..kalau nk guna daging ayam pn boleh...
-Bawang besar sebiji potong dadu
-Bawang putih dua ulas..potong dadu
-sedikit halia-tumbuk
-Rempah kari daging 2/3 sb
-sedikit lada kisar..agak2lah ya..
-Garam,perasa,gula secukupnya

Caranya:
-Panaskan minyak sedikit sahaja..
-Tumis bawang,bawang putih..halia...hingga naik bau..
-Masuk lada kisar,rempah..kacau rata..dan hingga sedikit garing..
-Masukkan daging tadi..gaul.rata
-Perasakan secukupnya
-Masak hingga kering sedikit
-Angkat dan toskan

Hiaskan dengan daun sup dan cili merah /hijau secukupnya
Panaskan acuan cara..lengser minyak

CARA MEMBUATNYA👇
-Masukkan 3/4 bancuhan tepung
-Tutup dgn tudung sekejap
-Kemudian letakkan inti daging
-Daun sup..cili..
-Tutup semula..
-Masak hingga kekuningan dan garing sedikit sebelah bawah
ok ..siapp..

Kredit : Sabariah Mehat

Sambal daging cili apiResepinya..**Daging batang pinang di hiris nipis dan di gaul bersama serbuk kunyit dan garam, kemu...
23/07/2022

Sambal daging cili api

Resepinya..
**Daging batang pinang di hiris nipis dan di gaul bersama serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng - ketepikan ( jgn goreng terlalu lama nanti keras x sedap)

Bhn kisar A
Cili api 15 - 20 ulas
Bwg putih 4-5 ulas
1 biji bwg bsr

Bhn B
2" halia di hiris
1sdb kicap pekat manis
1sdb sos tiram
2sdb sos tomato
6-8sdb sos cili
Garam
Gula

Bhn C
Daging yg telah di goreng

Bhn D
Cili bsr merah dan hijau di hiris
1 biji bwg bsr di hiris
Kacang panjang

bhn A hgga pecah myk, kemudian masukkan bhn B, msk sambalnya hgga agak pekat n naik myk...kemudian masukkan daging kacau sebati agar bersalut bersama sambal dan akhir sekali masukkan bhn D.

credit : Ziera Xiera

Taugeh ala 🐔 rice shoppp.Resepi:-1. Celur taugeh separuh masak..toskan & bubuh dlm pinggan.2. Sediakan 1 cwn air.  Msukk...
22/07/2022

Taugeh ala 🐔 rice shoppp.

Resepi:-

1. Celur taugeh separuh masak..toskan & bubuh dlm pinggan.
2. Sediakan 1 cwn air. Msukkan 1 sudu kicap, sos tiram, minyak bijan & 1kiub pati ayam ke dlm cwn berisi air td. Kacau bg sebati.
3. Sementara itu tumiskan seulas dua bwg putih yg tlh dicincang hingga naik bau.
4. Kemudian curahkan bancuhan air td ke dlm tumisan dan biarkn mendidih skjp.
5. Lastly siramkan kuah tsbt ke atas taugeh yg tlh dihiaskan dgn daun bwg, hirisan cili dan bwg goreng. Siapp 😍.

Kredit: nurul asyikin

Resepi ikan bakarBhn2✅KUNYIT HIDUP✅GARAM/SECUKUP RASACara2nya ✅Tumbuk lumat bhn2 di atas...✅Gaul ikan dengan bhn tumbuk....
21/07/2022

Resepi ikan bakar
Bhn2
✅KUNYIT HIDUP
✅GARAM/SECUKUP RASA
Cara2nya
✅Tumbuk lumat bhn2 di atas...
✅Gaul ikan dengan bhn tumbuk...
✅Nak perap sekejap pn bole...xperap pn xpa
✅Nanti bila letak kt pemanggang sapu minyak
sedikit ye...minyak tu cmpur ngan bwg putih
yg diketuk dlu...
✅Guna serai sbgai alat utk renjis/sapu
minyak pd ikan...
Resepi air asam kicap
Bhn2
Bhn2 tumbuk
✅Cabai besar merah (sebijik ja)
✅Cabai kecik ( 3 @ 5 bjik ja)
✅Bawang besar (separuh ja)
✅Belacan (bkr dlu)
Bhn2 hiris
✅Bawang besar
✅Cabai besar merah
✅Cabai kecik
✅Tomato
✅Limau kasturi/limau nipis
Cara2nya
✅Campurkn bhn2 tumbuk dan bhn2 hiris
dlm satu bekas kecuali limau
✅Masukkn kicap...
✅Sy guna kicap lemak manis ( JALEN )
✅Perah air limau kasturi/limau nipis...
✅Siapppp...
💚Nak air asam kicap sedap...
💚Perah air limau kasturi bnyk kit ye...
💚Bokpa??supaya xmelugai masa mkn
ngan ikan bakar bnyk kli...
😍Selamat mencuba muma...
😍Simple ja menu...
😍Kalau muma nak tambah apa2..silakan

20/07/2022

*Tips nak tau adunan tu kembang ke belum* ha ramai yang buat kek selalu tanya kan..sahur ni cikgu sue kongsikan sket..

1) warna aduan kuning telur tukar jadi putih gebu
2) saiz adunan naik 3kali ganda dari asal
3) sengetkan bowl adunan xmeleleh
4) angkat pemutar adunan x menitik2
5) angkat pemutar ada bentuk tanduk pada pemutar.

Ni kalau keadaan normal sejuk tau..kalau cuaca panas mmg doh ssh nak naik..

Adunan panas ada 2 sebab
1) cuaca dalam rumah mmg oanas..kalau rumah xda aircond elakkan buat kek waktu tghri or ptg..buat malam atau awal pagi

2) bile mixer tu da panas pun doh xnk kembang..

3) masukkan pemutar n bowl mixer dlam peti sejuk sekejap 5-10 dalam peti ais nak bgi adunan diputar dalam bowl sejuk *( wajib kalau nak mix adunan siang)*

Ha best ke BEST dapat tips ni...

Kek paling sedap, jom try 😍😍 Kek pilih kasih 16 oz mentega 1 cwn gula halusTelur 11 biji ( gred C ) ( xda jumpa gred A)H...
20/07/2022

Kek paling sedap, jom try 😍😍

Kek pilih kasih
16 oz mentega
1 cwn gula halus
Telur 11 biji ( gred C ) ( xda jumpa gred A)
Horlick 200 gram ( plastik kecil )
Milo 6 sudu makan
3 sudu makan browning sugar
1 sudu makan paste coklat
2 cawan tepung merie
2 cawan kacang kisar
1 sd esen vanilla
1/2 cawan tepung hong kong
1 tin kaya
1/2 tin kecil susu pekat
300 gram bijan ( disangai dahulu )

19/07/2022

DOH FROZEN

Keistimewaan doh frozen:

1) Mudah & Cepat
Bila setiap kali ada order banyak. Kami akan sediakan awal sehari. Keesokan harinya kami hanya memberi tumpuan kepada proses pembentukkan doh sahaja. Kita sudah jimat masa menguli di dalam mixer.

2) Doh cepat naik
Apabila kita membuat doh frozen. Yis akan senyap di dalam freezer.Bila di keluarkan doh dari freezer. Barulah yis akan mula aktif dengan cepat.
Kerana itulah doh yang menggunakan doh frozen ini akan cepat naik.

3) Roti lagi lembut dan besar
Saya s**a menggunakan doh frozen kerana roti lagi besar dan lembut berbanding direct doh.

Cara menyediakan doh frozen:

1) Selepas menguli terus packing..

2) Terus masukkan ke dalam freezer.

3) Sementara doh hendak mengeras. Kita kena selalu check doh frozen 5 minit sekali. Kena picit-picit plastik doh frozen.

Sebab yis masih lagi aktif. Jika tak buat macam tu, alamatnya plastik doh akan terbuka di sebabkan yis mula mengembang di dalam plastik.

4) Bila doh frozen mula mengeras. Barulah 10 minit sekali kita picit-picit plastik doh frozen.

5) Sehinggalah doh sudah mengeras. Tidak perlulah kita picit-picit lagi plastik doh frozen.

Tips lain:

1) Doh frozen juga boleh di campur dengan doh baru.

BERMAKNA;

2) Selepas kita selesai memasukkan bahan-bahan ke dalam bowl.

3) Terus kita masukkan doh frozen sedikit dan mulakan proses menguli.

( Tiada s**atan bagi doh frozen yang akan di masukkan ke dalam doh baru. Kita boleh agak-agak saja ).

Hasil yang kita perolehi:

Doh yang di campur dengan doh frozen akan cepat naik, lebih besar dan lagi lembut.

Peringatan:

1) Doh frozen tahan setahun dalam freezer.

TETAPI;

2) Doh frozen hanya cantik di uli 3 hari sahaja. Pada hari ke 4 doh mula melekit- lekit di tangan. Sehinggakan menyukarkan proses membentuk doh.

3) Jadi, selepas hari ke 4 doh frozen tersebut perlulah di campur dengan doh baru.

4) Doh frozen yang berusia 1 hari hingga 3 hari tidak perlu di mix sekali lagi di dalam mixer.

Keluarkan dari freezer dan boleh mula defrost. Agak-agak kita boleh guntingkan doh untuk mulakan proses menimbang.

Bermakna doh tersebut ready untuk di gunakan walaupun ada ais-ais sedikit. Biarkan, nanti ia akan lembut kembali.

*Jangkamasa defrost bergantung kepada suhu bilik masing-masing.

Selamat Mencuba..!!

HOMEMADE PEKASAM IKAN SULTAN Bahan2nya:*Ikan sultan @ mana2 ikan sungai*Garam*Gula*BerasCara2nya:1.Cuci ikan sultan dahu...
19/07/2022

HOMEMADE PEKASAM IKAN SULTAN

Bahan2nya:
*Ikan sultan @ mana2 ikan sungai
*Garam
*Gula
*Beras
Cara2nya:
1.Cuci ikan sultan dahulu dan toskan.
2.Lepas ditoskan campur sesudu mkn gula pasir untuk menyuruh isinya tidak terlalu lembut atau pecah bila di masak.
3.Lepas dicampur dgn gula..campurkan p**a dgn garam..kalau boleh masin sedikit..ikut citarasa sendiri dan gaulkan..
4.Beras sebanyak secawan kecil di goreng dalam kuali tanpa guna minyak..
5.Goreng sampai warna bertukar kekuningan dan betukar aromanya spt bau beras hangus. Sekiranya dah kuning angkatkan supaya beras tersebut sejuk dan senang utk ditumbok.
6.Beras dah di goreng kemudian ditumbok sampainya hancur sedikt.
7.Air beras..kalau memasak nasi..beri lbih sedikit air nya..untuk dicampur dlm pekasam tadi.
8.Semua bahan spt ikan..gula..garam.. Air nasi dan beras yg ditumbok di campur dalam ikan sultan tadi.
9.Sedap dimakan bersama nasi yg masih panas atau sejuk.

18/07/2022

*FUNGSI Bahan Penaik*

Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder).Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat p**a sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Soda bicarbonate menurunkan kadar asid di dalam kek yang menggunakan bahan seperti pisang, buah-buahan campuran, epal dan lain-lain. Baking soda berfungsi dalam menggebu dan menggembangkan kek. Manakala baking powder p**a adalah sama seperti serbuk penaik.
Pada umumnya 1 sudu kecil baking powder nisbah 1 cawan (200 - 250g) tepung, 1 cawan cecair, 1 biji telur
Anda dinasihatkan mengurangkan jumlah baking powder dalam adunan berasid tinggi (jus limau, buttermilk dan madu) kerana jika berlebihan akan sebabkan kek/skon/muffin/biskut rasa kurang enak, selain dari itu ia akan naik dengan cepat dan akan mendap/jatuh lepas dibakar atau akan terlalu merekah. Untuk elakkannya dari terjadi perlu tambahkan soda bicarbonat dalam bancuhan.

Contohnya :
1 cawan tepung + 1 biji telur + 1 cawan buttermilk hanya perlukan ½ sudu kecil baking powder + ½ sudu kecil soda

Untuk menguji samaada baking powder masih elok atau tidak : Campurkan 5gm/1 sudu kecil baking powder dengan 120ml air panas. Jika berbuih serta merta, tandanya ia masih elok.
Pastikan ianya diayak bersama tepung untuk memudahkan kerja pencampuran bahan kalau buat sebarang masakan yang menggunakan bahan-bahan ini.

Dah 5kali buat sambal ni..ketagih dah 😋Resepi👇👇Bahan ACili padiCili bsrTomatoBwg bsrBelacanBwg merahGoreng bahan A denga...
18/07/2022

Dah 5kali buat sambal ni..ketagih dah 😋

Resepi👇👇

Bahan A
Cili padi
Cili bsr
Tomato
Bwg bsr
Belacan
Bwg merah

Goreng bahan A dengan minyak yang banyak sampai layu.kemudian blend .bg perisa gula n garam.bila dah siap blend..tumis sekajp hingga naik myk..kalau nak lg sedap.sebelum makan leh perah limau skit.

Sumber : Sara Homemade

Address

No 5 Kampung SC Jalan Menderang
Sungkai
35600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Masakan Online Daneen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelas Masakan Online Daneen:

Shortcuts

Share

Category