SK Sungkai

Call Directions Website Contact the school

SK Sungkai SK SUNGKAI menyediakan :
➡️3 kelas perdana bagi tahun 1 hingga 6
➡️3 kelas ppki
➡️2 kelas prasekolah

TAHNIAH SK SUNGKAI!
16/09/2026

TAHNIAH SK SUNGKAI!

HARI INTERAKSI PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2026Hari : JumaatTarikh : 7 Ogos 2026Ma...
07/08/2026

HARI INTERAKSI
PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2026

Hari : Jumaat
Tarikh : 7 Ogos 2026
Masa : 10:30 a.m - 11.50 a.m
Tempat : Kelas

Alhamdulillah, Hari Interaksi telah berlangsung dengan lancar. Terima Kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir dan sentiasa bersama-sama pihak sekolah dalam membantu perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak.


Selamat bertugas di sekolah baharu, Ustaz Naimi.Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan bakti yang telah dicurahk...
26/07/2026

Selamat bertugas di sekolah baharu, Ustaz Naimi.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SK Sungkai. Kehadiran ustaz bukan sekadar mendidik dengan ilmu, tetapi turut menyemai adab, akhlak dan nilai-nilai murni yang akan terus mekar dalam ingatan warga sekolah.

Semoga setiap langkah di tempat baharu dipermudahkan, setiap usaha diberkati, dan segala kebaikan yang pernah disemai di SK Sungkai menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Walau berpisah tempat, kenangan dan persaudaraan tetap terpahat di hati.

Selamat melangkah ke lembaran baharu. Semoga terus cemerlang, dipelihara Allah SWT dan sentiasa menjadi insan yang membawa manfaat kepada ummah.

Selamat berjuang buat Pasukan Bola Sepak SK Sungkai di MSSD Bola Sepak B12 bermula Rabu 24 Jun 2026. Bermain dengan hati...
23/06/2026

Selamat berjuang buat Pasukan Bola Sepak SK Sungkai di MSSD Bola Sepak B12 bermula Rabu 24 Jun 2026. Bermain dengan hati, berjuang dengan disiplin, menang dengan mentaliti juara. 🐯⚽️💙🧡

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGKAI KALI KE 53 KHAMIS30 APRIL 2026PADANG AWAM SUNGKAI Terima kasih kepada semua yang terl...
07/05/2026

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGKAI KALI KE 53

KHAMIS
30 APRIL 2026
PADANG AWAM SUNGKAI

Terima kasih kepada semua yang terlibat
Tahniah dan syabas!

Majulah sukan untuk negara!

SUKAN MINI SK SUNGKAI 2026Jumaat24 April 2026Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!
07/05/2026

SUKAN MINI SK SUNGKAI 2026

Jumaat
24 April 2026

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!

PROGRAM PEMIMPIN MUDA BERINTEGRITI PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG Tarikh    : 11 April 2026Masa     : 7.30 pagi - 1.30 t...
12/04/2026

PROGRAM PEMIMPIN MUDA BERINTEGRITI PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG

Tarikh : 11 April 2026
Masa : 7.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Sigma (Institut Latihan Statistik Malaysia)

Anjuran : Unit Hem & Unit Bimbingan dan Kaunseling

Program Pemimpin Muda Berintegriti peringkat daerah ini diadakan bagi memberi pendedahan serta menguji kebolehan murid dalam pertandingan simulasi pengendalian majlis, di samping membentuk kepimpinan, komunikasi dan jati diri yang berintegriti.

Semoga para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari serta membentuk jati diri sebagai pemimpin muda yang berintegriti, berkeyakinan dan berwibawa.

Makluman Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM Sesi Akademik 2027. Permohonan hanya dalam talian sahaja di https://eprasek...
06/04/2026

Makluman Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM Sesi Akademik 2027. Permohonan hanya dalam talian sahaja di https://eprasekolah.moe.gov.my. Tiada borang manual disediakan. Selepas mohon, cetak dan hantar ke sekolah berserta dokumen sokongan (disahkan)yang disenaraikan dengan SEGERA . Harap maklum dan terima kasih🌹

KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATANG PADANG 2026📅 Tarikh : 1 April 2026 (Rabu)📍 Tempat : SK Trolak...
03/04/2026

KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATANG PADANG 2026

📅 Tarikh : 1 April 2026 (Rabu)

📍 Tempat : SK Trolak Selatan

⏰ Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

🏉 Pencapaian Membanggakan
Sekolah Kebangsaan Sungkai telah berjaya merangkul JOHAN (CUP) dalam Kejohanan Ragbi Bawah 12 Majlis Sukan Sekolah Daerah Batang Padang Tahun 2026 sekaligus mengekalkan kejuaraan 2 tahun berturut-turut 👏🏻

🏆 Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, komitmen jurulatih serta sokongan padu daripada pihak sekolah dan ibu bapa.

Teruskan usaha, kekalkan semangat juang dan terus mengharumkan nama sekolah 💪🏻



MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM ANTI BULI & SALAH LAKU SEKSUAL Tarikh    : 9 Mac 2026Masa     : 7.30 pagi - 8.30 pagiTempat : ...
09/03/2026

MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM ANTI BULI & SALAH LAKU SEKSUAL

Tarikh : 9 Mac 2026
Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi
Tempat : Dataran Kejat (Sk Sungkai)

Anjuran : Unit HEM & Unit Bimbingan dan Kaunseling

Majlis Peluncuran ini telah dirasmikan oleh D/SM Mohd Azizul Bin Yahya (Pegawai Perhubungan Sekolah).

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang bahaya buli serta kepentingan menjaga keselamatan diri daripada sebarang bentuk salah laku seksual.

Diharapkan melalui program ini, seluruh warga sekolah dapat bersama-sama mewujudkan budaya sekolah yang selamat, penyayang dan bebas daripada gejala buli.





Address

Sekolah Kebangsaan Sungkai
Sungkai
35600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054388434

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungkai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sungkai:

Shortcuts

Share

Category