SK Seri Besout

Directions Website Contact the school

SK Seri Besout SK Seri Besout ialah sebuah sekolah kebangsaan di Felda Besout 1 dan Felda Besout 2 Kelas-kelas cawangan ini ditadbir oleh En. Mohamad b Majilah PJK.

Bermula sebagai sebuah sekolah cawangan bagi Sekolah Kebangsaan Kuala Slim, Slim River pada tahun 1981. Sekolah cawangan yang bertempat di Besout 1 ini adalah bagi menampung pelajar-palajar yang terdiri daripada anak-anak peneroka Besout 1, 2, dan 3, anak-anak kaki tangan dan anak-anak pekerja perbadanan kilang sawit Besout. Sekolah yang baru dibangunkan ini menghadapi serba kekurangan terutama berhubung dengan kemudahan asas seperti bangunan, bekalan air, elektrik dan jalan. Dewan dan rumah peneroka terpaksa digunakan sebagai bilik darjah bagi menampung sejumlah 264 murid. Menjelang Januari 1983, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Besout dengan kodnya ABA 0120 dan terpaksa menampung seramai 1050 murid . jumah yang bertambah secara mendadak ini sudah tentu memerlukan lebih banyak kemudahan. Bilik-bilik darjah yang digunakan adalah projek kilat /blok kilat 6 bilik ,rumah kilang 12 buah , rumah peneroka yang diubahsuai 5 buah dan rumah peroka asal sebuah. Manakala perabotnya dipinjam daripada sekolah-sekolah berdekatan. . bekalan air hanya dinikmati pada 23 september 1985 dan dilikuti pula bekalan elektrik empat tahun kemudian iaitu 11ogos 1989

Pada September 1984 , projek pembinaan bangunan kekal yang tersergam sekarang ini dimulakan dengan perbelanjaan 1.6 juta. Projek ini menggunakan kaedah “pasang siap” dan merupakan projek sekolah yang pertama seumpamanya di Negeri Perak. Bangunan kekal ini terdiri daripada 2 blok tiga tingkat dengan 18 bilik dan sebuah kantin.

22 April 1985 bangunan telah digunakan bagi sessi pagi sahaja dan bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Besout. Majlis perasmian bangunan oleh YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia pada 13 November 1986. Sejak tarikh bersejarah itu sekolah ini dikenali sebagai

Sekolah Kebangsaan Seri Besout,
35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan.

23/09/2026
Tahniah dan syabas. Keyakinan disemai sedari awal, bagi mencipta kejayaan lebih gemilang di masa akan datang. Kejayaan h...
12/09/2026

Tahniah dan syabas. Keyakinan disemai sedari awal, bagi mencipta kejayaan lebih gemilang di masa akan datang. Kejayaan hari ini, kegemilangan masa depan.
Syabas para guru, ibu bapa dan murid Prasekolah SKSB.

Guru Besar SKSB

29/08/2026
Doakan semoga adik Izz Hadeef terus berjuang demi negeri Perak dan beroleh kejuaraan.
27/08/2026

Doakan semoga adik Izz Hadeef terus berjuang demi negeri Perak dan beroleh kejuaraan.

Address

Felda Gunung Besout 1
Sungkai
35600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Besout posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Seri Besout:

Shortcuts

Share

Category