Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit terletak di persimpangan jalan menuju ke Felda Sungai Klah.Letaknya lebih kurang 2 kilometer dari Pekan Sungkai.Pada peringkat awal, kawasan ini merupakan kawasan pertanian.Kawasan ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik di tepi jalan raya utama yang menghubungkan Pekan Sungkai dengan Tanjong Malim. Projek pembinaannya telah dijalankan pada tahun 199
3 di atas tapak seluas 15 ekar dan telah selesai sepenuhnya pada tahun 1995 dengan kos pembinaannya dianggarkan sekitar RM 4.4 juta.Sekolah ini mula beroperasi sebagai sekolah yang ke 17 di daerah Batang Padang pada 4 Disember 1995 apabila Tuan Haji Md. Di antara staf akademik yang awal melaporkan diri ke sekolah ini ialah Puan Rohaini Subari dan Encik Idris Johari. Sebagai peneroka sekolah ini mereka bukan sahaja membuat perancangan untuk menerima guru dan pelajar tetapi terpaksa juga melakukan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang pada kebiasaannya dilakukan oleh kakitangan pejabat atau staf sokongan yang lain.Kemasukan pelajar buat kali pertama ke sekolah ini ialah pada 4 Disember 1995 iaitu seramai 425 orang yang dipilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai dan juga dari “feeder scholl”. Jumlah keseluruhan pelajar yang memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ialah seramai 674 orang. Sohut 1995 1997
2. Kamarun Bin Kilau 1997 2000
3. Hjh Norma Binti Abd. Kadir 2000 2007
4. Mior Ahmad Bin Ri 2007 2008
5. Hjh Rohani Bt Abd. Hamid 2008 2009
6. Natasya Chew Bt Abdullah 2009 -
Misi Sekolah
Mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM. Menggalakkan penglibatan 100% pelajar dalam kokurikulum. Mendidik pelajar supaya berdisiplin, berhemah tinggi dan berwawasan. Mengekalkan pengurusan yang cekap, tepat dan kepimpinan yang baik serta dapat diteladani. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi menjamin suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memberangsangkan. Visi Sekolah
Memacu kecemerlangan pendidikan dan kepimpinan menjelang 2015. Piagam Sekolah
Kami warga SMK SG KRUIT sentiasa mengutamakan kepentingan serta komitmen terhadap profesion perguruan, kepentingan pelajar serta pihak-pihak lain yang berurusan dengan sekolah. Maka kami akan:
Sentiasa meningkatkan kualiti khidmat kerja dan tahap profesionalisme seiring dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Perak dengan cekap, cepat dan tepat. Sentiasa komited dan berdaya usaha demi meninggikan tahap keilmuan serta kepakaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terancang, berkualiti dan pelajar mendapat pendidikan sebaik mungkin. Sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme perguruan dan kerjasama di antara rakan sejawat dalam apa jua bidang demi memastikan Falsafah Pendidikan Negara tercapai. Sentiasa berhubung rapat dan bertoleransi dengan ibu bapa dalam urusan persekolahan agar dapat merealisasikan Wawasan Pendidikan. Cogan Kata Sekolah
“Berilmu Untuk Berbakti”
Merupakan slogan kearah mewujudkan masyarakat pelajar yang berilmu dan mengamalkannya kearah kebaikan. Adalah menjadi matlamat sekolah untuk mewujudkan suatu masyarakat pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam semua aspek. Dengan ilmu sahaja dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keperibadian serta peradaban yang tinggi. Harapan supaya sekolah bukan sekadar melahirkan masyarakat pelajar yang berilmu tetapi dapat memanfaatkan ilmu untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.