Pusat Islam USM

Pusat Islam USM Selamat datang ke Pusat Islam USM. Sebuah Pusat Pentadbiran Hal Ehwal Islam Universiti Sains Malaysia

Misi Pusat Islam ialah mendidik dan memimpin umat manusia dengan cara terbaik bagi mencapai matlamat murni insan sebagai hamba dan khalifah Allah melalui penyebaran ilmu yang benar-benar berteraskan adab, kualiti, kecemerlangan dan usaha menggerakkan dan menginovasi ke arah umat terbaik "khaira ummah".

SESI TEMUDUGA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (S5) PUSAT ISLAM USM Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) ...
08/05/2026

SESI TEMUDUGA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (S5) PUSAT ISLAM USM
Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan sesi temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S5) pada 7 Mei 2026 bertempat di Dewan Muzakarah dan Bilik Mesyuarat, Pusat Islam USM.
Sesi temuduga yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang ini bertujuan memilih calon yang berkelayakan serta berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan. Proses temuduga dijalankan secara teratur melibatkan panel penemuduga yang terdiri daripada pegawai dan wakil pengurusan berkaitan.
Calon-calon yang hadir telah melalui beberapa penilaian termasuk aspek pengetahuan, kemahiran komunikasi, pengalaman kerja serta kefahaman berkaitan hal ehwal Islam dan pentadbiran.
Penganjuran sesi temuduga ini diharapkan dapat membantu memperkukuhkan lagi peranan dan fungsi Pusat Islam USM dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada warga universiti.

✨ PENYERTAAN IBADAH QURBAN & AQIQAH 1447H/2026M ✨Anjuran Pusat Islam Universiti Sains MalaysiaAssalamualaikum WBT,Alhamd...
04/05/2026

✨ PENYERTAAN IBADAH QURBAN & AQIQAH 1447H/2026M ✨
Anjuran Pusat Islam Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, Pusat Islam USM membuka penyertaan Ibadah Qurban & Aqiqah 1447H/2026M kepada warga USM dan masyarakat umum yang akan dianjurkan pada *27 Mei 2025/10 Zulhijjah 1447H* di Anjung Qurban Pusat Islam USM.

π™ˆπ˜Όπ™†π™‡π™π™ˆπ˜Όπ™ π™‹π™€π™‰π™”π™€π™π™π˜Όπ˜Όπ™‰:

πŸ„ Lembu – RM900 / 1 bahagian (RM6,100 seekor)
πŸƒ Kerbau (Slot Khas) – RM850 / 1 bahagian

πŸ“… Tarikh tutup penyertaan: 19 Mei 2026

π™‹π™€π™‰π˜Ώπ˜Όπ™π™π˜Όπ™π˜Όπ™‰:

Bagi yang berminat, boleh dapatkan Borang Wakalah Ibadah Qurban & Aqiqah di Pejabat Am, Pusat Islam USM ATAU dapatkan melalui pautan berikut : https://tinyurl.com/korbanusm2026

π™‹π™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™”π˜Όπ™π˜Όπ™‰

Pembayaran adalah secara DALAM TALIAN/ONLINE SAHAJA ke akaun berikut:

JAWATANKUASA QARYAH MASJID AL-MALIK KHALID
0702 0000 2787 18 (BANK MUAMALAT)
π™π™π™…π™π™†π˜Όπ™‰: π™Œπ™π™π˜½π˜Όπ™‰π™π™Žπ™ˆ2026

πŸ“ž Maklumat lanjut sila hubungi:

Pejabat Am: 04-653 3753
Ustaz Iswandi: 010-462 2468
Ustaz Amirul: 013-744 4214

πŸ“Œ Setiap peserta diwajibkan mengisi borang wakalah dan diserahkan kembali beserta resit bayaran ke Pejabat Am ATAU hantar kepada 012-432 5025.

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026 🌟Menghargai setiap keringat, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan demi memakmurkan orga...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026 🌟

Menghargai setiap keringat, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan demi memakmurkan organisasi, masyarakat dan negara.

Semoga setiap usaha yang dilaksanakan terus diberkati dan menjadi asbab kepada kemajuan ummah.

✨ β€œSesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah yang kuat lagi amanah.” (Surah Al-Qasas: 26)

"Pekerja MADANI, KESUMA Bangsa"

Ikhlas daripada
Pengarah dan seluruh warga
Pusat Islam Universiti Sains Malaysia

BENGKEL PEROLEHAN KEWANGAN DAN PENGURUSAN ASET & KENDERAAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) Pada 29 April 202...
29/04/2026

BENGKEL PEROLEHAN KEWANGAN DAN PENGURUSAN ASET & KENDERAAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Pada 29 April 2026 (Rabu), telah berlangsung Bengkel Perolehan Kewangan dan Pengurusan Aset & Kenderaan anjuran Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Islam USM.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kecekapan pegawai serta kakitangan dalam aspek pengurusan kewangan, tatacara perolehan, serta pengurusan aset dan kenderaan selaras dengan garis panduan dan peraturan semasa.
Sepanjang bengkel ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik penting termasuk prosedur perolehan yang betul, pengurusan rekod kewangan yang sistematik, serta kaedah penyelenggaraan dan pemantauan aset dan kenderaan secara berkesan.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, HEBAHAN PROGRAM "NOTA USTAZAH UNTUK WANITA": SIRI MINGGUAN HELWA JUMAAT 9/2026:...
24/04/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

HEBAHAN PROGRAM "NOTA USTAZAH UNTUK WANITA": SIRI MINGGUAN HELWA JUMAAT 9/2026:

"APAKAH NASIHAT ATAU CARA TERBAIK UNTUK ANAK YANG 'LIAT' ATAU 'MELENGAH-LENGAHKAN' SOLAT SUBUH?"

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat semua.


Pulau Pinang, 23 April 2026 – Jabatan Keselamatan dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Universiti Sains M...
23/04/2026

Pulau Pinang, 23 April 2026 – Jabatan Keselamatan dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan sesi lawatan kawad kebakaran serta pertunjukan binatang berbisa di Tadika, KAFA, Pusat dan Pentadbiran Pusat Islam USM.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan kanak-kanak, warga pendidik serta kakitangan pentadbiran mengenai tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan kebakaran, di samping memberi pendedahan tentang bahaya haiwan berbisa.
Program diteruskan dengan pertunjukan binatang berbisa yang dikendalikan oleh pihak berkepakaran. Antara haiwan yang dipamerkan termasuk ular dan beberapa spesies berbisa lain. Penerangan turut diberikan mengenai ciri-ciri haiwan, habitat serta langkah keselamatan sekiranya berhadapan dengan situasi berisiko. Peserta juga diingatkan agar tidak menyentuh atau mengganggu haiwan liar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Menurut pihak penganjur, program ini merupakan inisiatif berterusan dalam memupuk budaya keselamatan di peringkat awal serta meningkatkan kesiapsiagaan komuniti kampus terhadap sebarang kemungkinan kecemasan.

✨ PENYERTAAN IBADAH QURBAN & AQIQAH 1447H/2026M ✨Anjuran Pusat Islam Universiti Sains MalaysiaAssalamualaikum WBT,Alhamd...
23/04/2026

✨ PENYERTAAN IBADAH QURBAN & AQIQAH 1447H/2026M ✨
Anjuran Pusat Islam Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, Pusat Islam USM membuka penyertaan Ibadah Qurban & Aqiqah 1447H/2026M kepada warga USM dan masyarakat umum yang akan dianjurkan pada 27 Mei 2026/10 Zulhijjah 1447H di Anjung Qurban Pusat Islam USM.

π™ˆπ˜Όπ™†π™‡π™π™ˆπ˜Όπ™ π™‹π™€π™‰π™”π™€π™π™π˜Όπ˜Όπ™‰:

πŸ„ Lembu – RM900 / 1 bahagian (RM6,100 seekor)
πŸƒ Kerbau (Slot Khas) – RM850 / 1 bahagian

πŸ“… Tarikh tutup penyertaan: 19 Mei 2026

π™‹π™€π™‰π˜Ώπ˜Όπ™π™π˜Όπ™π˜Όπ™‰:

Bagi yang berminat, boleh dapatkan Borang Wakalah Ibadah Qurban & Aqiqah di Pejabat Am, Pusat Islam USM ATAU dapatkan melalui pautan berikut : https://tinyurl.com/korbanusm2026

π™‹π™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™”π˜Όπ™π˜Όπ™‰

Pembayaran adalah secara DALAM TALIAN/ONLINE SAHAJA ke akaun berikut:

JAWATANKUASA QARYAH MASJID AL-MALIK KHALID
0702 0000 2787 18 (BANK MUAMALAT)
π™π™π™…π™π™†π˜Όπ™‰: π™Œπ™π™π˜½π˜Όπ™‰π™π™Žπ™ˆ2026

πŸ“ž Maklumat lanjut sila hubungi:

Pejabat Am: 04-653 3753
Ustaz Iswandi: 010-462 2468
Ustaz Amirul: 013-744 4214

πŸ“Œ Setiap peserta diwajibkan mengisi borang wakalah dan diserahkan kembali beserta resit bayaran ke Pejabat Am ATAU hantar kepada 012-432 5025.

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan mengurnia...
21/04/2026

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Dalam gambar, Ustaz Zayd bin Zhari Pengarah Pusat Islam USM dan Ustaz Fadzlee bin Daei, Guru Besar KAFA Darul Quran Pusat Islam USM.

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/1CvxrKX1Bx/

JUALAN RAHMAH MADANI @ MASJID USMHebahan kepada warga USM dan masyarakat sekitar Masjid Al-Malik Khalid. Jualan Rahmah M...
20/04/2026

JUALAN RAHMAH MADANI @ MASJID USM
Hebahan kepada warga USM dan masyarakat sekitar Masjid Al-Malik Khalid. Jualan Rahmah Madani di Perkarangan Masjid USM akan diadakan pada tetapan seperti berikut:
πŸ“… 22 April 2026 (Rabu)
⏰ 9:00 pagi
πŸ“ Perkarangan Masjid Al Malik Khalid USM

Mohon kongsi kepada semua agar bermanfaat.

πŸ”Ή Kepada yang merancang untuk membeli minyak masak jangan lupa muat turun aplikasi eCOSS

"NOTA USTAZAH UNTUK WANITA": SIRI MINGGUAN HELWA JUMAAT 8/2026 – KALAU SEMASA KITA SUJUD TIBA-TIBA KAIN TELEKUNG TERANGK...
17/04/2026

"NOTA USTAZAH UNTUK WANITA": SIRI MINGGUAN HELWA JUMAAT 8/2026 – KALAU SEMASA KITA SUJUD TIBA-TIBA KAIN TELEKUNG TERANGKAT / MENUTUP KAWASAN KITA SUJUD. ADAKAH SOLAT KITA SAH?

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat semua.

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID AL-MALIK KHALID USMUSM, 14 April 2026 – Suasana penuh kemeriahan dan kesyukuran mewar...
15/04/2026

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID AL-MALIK KHALID USM

USM, 14 April 2026 – Suasana penuh kemeriahan dan kesyukuran mewarnai penganjuran Jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid Al-Malik Khalid, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsungdi Dataran Masjid Al-Malik Khalid.

Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu telah menghimpunkan warga kampus termasuk staf, pelajar serta komuniti setempat dalam suasana penuh ukhwah dan kebersamaan sempena Syawal yang mulia.

Program pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran β€œhujan rahmat” yang turun sepanjang majlis berlangsung. Namun, ia tidak menghalang para tetamu untuk terus hadir dan memeriahkan sambutan.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim, memupuk nilai kebersamaan serta menyemarakkan lagi semangat Aidilfitri dalam suasana kampus yang harmoni.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Address

Jalan Masjid
Sungei Nibong

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6046533753

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Islam USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Islam USM:

Shortcuts

Share