14/07/2026
MAKAN SECARA SIHAT BERMULA DENGAN MEMILIH PREMIS MAKANAN YANG BERSIH
Keselamatan makanan bukan hanya bergantung kepada pilihan menu, tetapi juga kebersihan premis dan cara makanan dikendalikan. Memilih premis makanan yang mengutamakan kebersihan dapat membantu mengurangkan risiko pencemaran makanan dan penyakit bawaan makanan.
Semasa memilih premis makanan, pastikan:
✔️ Pengendali makanan berpakaian bersih serta memakai apron dan penutup kepala.
✔️ Makanan yang telah dimasak disimpan dalam keadaan bertutup.
✔️ Premis mempunyai persekitaran yang bersih dan selamat.
✔️ Terdapat kemudahan seperti singki, tong sampah bertutup dan tandas yang bersih.
✔️ Peralatan makan yang disediakan bersih.
✔️ Premis mengamalkan larangan merokok serta menggunakan penyepit makanan ketika mengendalikan makanan.
Jadilah pengguna yang bijak dengan memilih premis makanan yang mengutamakan kebersihan dan keselamatan. Langkah kecil ini mampu melindungi kesihatan anda dan keluarga daripada risiko penyakit bawaan makanan.
Rujuk infografik di bawah untuk panduan memilih premis makanan yang bersih.