Institut Latihan Kesihatan AT Kem Terendak Melaka

Institut Latihan Kesihatan AT Kem Terendak Melaka Institut Latihan Kesihatan AT merupakan pusat latihan akademik bagi Kor Kesihatan Diraja dalam progr

02/09/2025
MELAKA, 2 September 2025 -  Pada 27 Ogos 25 jam 10.00 malam, bapa kepada Pbt Thomson Law Young Shen yang merupakan salah...
02/09/2025

MELAKA, 2 September 2025 - Pada 27 Ogos 25 jam 10.00 malam, bapa kepada Pbt Thomson Law Young Shen yang merupakan salah seorang penuntut Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan Siri 8/2024 telah meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak.

Mendiang sebelum ini mengalami masalah kesihatan Fluid Overload dengan penyakit End Stage Renal Failure (ESRF) serta Heart Failure with Reduced Ejection Fraction (HFrEF). Penuntut berkenaan berasal dari Rumah Irene, Kampung Engkeriring, Kanowit, Sibu, Sarawak.

Majlis pengebumian telah disempurnakan pada 29 Ogos 2025 sekitar jam 9.00 pagi di Tanah Perkuburan Cina, Kanowit, Sarawak dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan warga kampung.
Bagi pihak Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT), Kapt (Dr) Tharvin dan Lt (Dr) Izzat Zakwan dari 803 RSAT dan 624 PGAT turut hadir. Lt (Dr) Izzat Zakwan telah menyampaikan sumbangan khairat kematian bagi pihak INSAN AT kepada penuntut.

Kol (Dr) Mohd Fadzly bin Hj Miswan, selaku Komandan INSAN AT serta seluruh warga institut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penuntut serta mendoakan agar mereka tabah dan diberi kekuatan menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang.

Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT

MELAKA, 20 OGOS 2025 - Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Komandan Akademik Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera ...
02/09/2025

MELAKA, 20 OGOS 2025 - Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Komandan Akademik Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT) telah diadakan di auditorium pasukan. Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas di antara Kapt (Dr) Muhammad Amiruddin bin Rosdi, Pemangku Timbalan Komandan Akademik dengan Lt Kol (Dr) Muhamad Arham bin Hashim telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Kolonel (Dr) Mohd Fadzly bin Hj Miswan, Komandan Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera.

Lt Kol (Dr) Muhamad Arham Bin Hashim telah bertukar masuk dari Markas ATM Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ke pasukan ini pada 31 Jul 25 bagi menjawat jawatan sebagai Timbalan Komandan Akademik INSAN AT.

Komandan dan seluruh warga INSAN AT mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran Lt Kol (Dr) Muhamad Arham bin Hashim, Timbalan Komandan Akademik yang baru ke pasukan ini.

Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT

MELAKA, 19 Ogos 2025 -  Karnival Sukan Peringkat INSAN AT anjuran Majlis Perwakilan Pelajar penuntut kursus diploma tela...
02/09/2025

MELAKA, 19 Ogos 2025 - Karnival Sukan Peringkat INSAN AT anjuran Majlis Perwakilan Pelajar penuntut kursus diploma telah berjaya dilaksanakan. Sukan yang dipertandingkan adalah pertandingan bola jaring, bola tampar, acara balapan dan ping pong. Pertandingan ini telah disertai oleh semua warga INSAN iaitu dalam kalangan staf tentera, awam dan penuntut.

Objektif perlaksanaan sukan ini bertujuan untuk memupuk ukhwah dan silaturrahim di antara staf-staf INSAN AT dengan penuntut serta meningkatkan stamina dan kecergasan fizikal semua peringkat pegawai, anggota LLP, staf awam serta penuntut agar sentiasa berada di tahap tertinggi sebilang masa.

Pembukaan karnival sukan ini telah dirasmikan oleh Leftenan Kolonel Zulkarnain bin Rajiun, Timbalan Komandan Pentadbiran, INSAN AT manakala penutup karnival sukan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Kolonel (Dr) Mohd Fadzly bin Hj Miswan, Komandan INSAN AT.

Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68 TAHUN 2025Dengan penuh semangat patriotik, marilah kita menghayati Hari Kebangsa...
31/08/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68 TAHUN 2025

Dengan penuh semangat patriotik, marilah kita menghayati Hari Kebangsaan 2025 ini dengan menjaga perpaduan dan kedaulatan negara.




MELAKA, 22 Ogos 2025 - Sel Agama INSAN AT telah melaksanakan Seminar Keluarga Mawaddah bertempat di Auditorium INSAN AT....
26/08/2025

MELAKA, 22 Ogos 2025 - Sel Agama INSAN AT telah melaksanakan Seminar Keluarga Mawaddah bertempat di Auditorium INSAN AT. Seminar ini bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan dengan menitikberatkan ilmu pengurusan keluarga serta motivasi diri bagi mencapai misi dan visi dalam membentuk keluarga sakinah.

Usaha ini menumpukan kepada pendidikan, sokongan dan kefahaman yang mendalam dengan menerapkan ajaran Islam di samping mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia.

Seminar ini telah dibahagikan kepada 3 slot iaitu slot yang pertama bertajuk Undang-undang Kekeluargaan yang telah disampaikan oleh Leftenan Kolonel Hishamuddin bin Hashim, Pegawai Staf Satu Agama Markas ATM manakala slot yang kedua bertajuk Pengurusan Kesihatan Keluarga yang telah disampaikan oleh Encik Azlizan bin Muhamad Ali, Pensyarah Program Diploma INSAN AT dan slot yang ketiga bertajuk Sunnah Rasulullah SAW Dalam Keluarga yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akmal bin Ismail, Imam Satu, Pegawai Syarak Masjid Sultan Ibrahim, Masjid Tanah, Melaka.

Seminar ini telah di akhiri dengan pemberian cenderahati kepada penceramah yang telah disampaikan oleh Mejar Nor Roslinda binti Rozali, Pegawai Pendidikan Satu INSAN AT.

Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT

MELAKA, 18 Ogos 2025 -  INSAN AT telah melaksanakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) Penggal Kedua bertempat di padang kawad ...
19/08/2025

MELAKA, 18 Ogos 2025 - INSAN AT telah melaksanakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) Penggal Kedua bertempat di padang kawad INSAN AT. Seramai 38 staf dan 263 penuntut Program Diploma INSAN AT, penuntut Kursus Peningkatan Paramedik Kelas 1 Siri 14/2025, penuntut Kursus Perubatan Ketenteraan Kelas 1 Siri 17/2025 dan penuntut Kursus Paramedik Kelas 1 Siri 95/2025 telah terlibat dalam ujian ini.

Objektif perlaksanaan UKA adalah untuk menguji, menilai dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mental semua peringkat pegawai dan anggota serta penuntut agar sentiasa berada di tahap tertinggi sebilang masa sebagaimana yang ditetapkan oleh perkhidmatan.

Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT

MELAKA, 15 Ogos 2025 -  Komandan Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT) telah menerima kunjungan dari En...
18/08/2025

MELAKA, 15 Ogos 2025 - Komandan Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT) telah menerima kunjungan dari Encik Ja’afar bin Haji Hamdan, Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia ke INSAN AT sebagai perbincangan awal perolehan manuskrip bertemakan ketenteraan bagi tujuan untuk membina kerangka taklimat penulisan dan bengkel pembinaan judul. Perbincangan tersebut juga turut melibatkan Puan Shuhailey binti Mahamad, Editor Kanan Bahagian Buku Sastera (DBP) dan Pegawai Pendidikan INSAN AT serta staf perpustakaan pasukan.

Sesi perbincangan tersebut telah di akhiri dengan sesi lawatan ke perpustakaan dan auditorium pasukan dalam usaha mengenalpasti fasilitas dan kemudahan yang terdapat di INSAN AT.

Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT

MELAKA, 11 OGOS 2025 – Perbarisan Penghargaan Pegawai Kanan Kor Kesihatan Diraja telah dilaksanakan di Padang Kawad INSA...
13/08/2025

MELAKA, 11 OGOS 2025 – Perbarisan Penghargaan Pegawai Kanan Kor Kesihatan Diraja telah dilaksanakan di Padang Kawad INSAN AT yang melibatkan seramai 12 Pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat. Perbarisan ini diketuai oleh Lt Kol (Dr) Md Ariff bin Md Yusof dari 96 Hospital Angkatan Tentera. Pegawai-pegawai kanan yang diraikan ialah Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan (Dr) T. Thavachelvi a/p S. Tangarajah, Brigedier Jeneral (Dr) Izzuniddin bin Mohd Yusof dan Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Mohmad Aliruddin bin Ali.

Perbarisan yang bertujuan untuk memberi penghormatan kepada pegawai-pegawai kanan yang bakal menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Timbalan Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Pengerusi Kor Kesihatan Diraja, dan tetamu-tetamu jemputan lain.

Timbalan Panglima Tentera Darat yang hadir bagi mewakili Panglima Tentera Darat dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada pegawai-pegawai kanan yang diraikan atas segala jasa dan keringat yang telah dicurahkan dalam bidang kepakaran masing-masing. Sesungguhnya persaraan pegawai-pegawai kanan yang diraikan ini bukan sahaja merupakan kehilangan yang amat dirasai oleh warga Kor Kesihatan Diraja khasnya tetapi juga Angkatan Tentera Malaysia amnya.

Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Pbt Nurul Hasna binti Ishak

MELAKA, 13 Ogos 2025 -  Komandan Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT) mengucapkan tahniah dan syabas k...
13/08/2025

MELAKA, 13 Ogos 2025 - Komandan Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT) mengucapkan tahniah dan syabas kepada 1176837 Sarjan Muhamad Azrul Hazim bin Muhamad Adnan kerana telah berjaya merangkul gelaran Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Pegawai Tidak Tauliah Kanan Siri 1/2025 yang telah di anjurkan oleh Divisyen Kawad dan Pengurusan, Kolej Pegawai Tidak Tauliah selama 10 minggu mulai 17 Mac 2025 hingga 23 Mei 2025.

Upacara penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Mohd Kamil bin Hj Abdul Latif bertempat di Padang Kawad Kolej Pegawai Tidak Tauliah, Kem Haig Lines pada 20 Mei 2025 yang lalu.

PTT Kanan tersebut juga telah menerima sijil pengiktirafan daripada Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan.

Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT

MELAKA, 28 Jul 2025  – Tim Inspektorat Dokumentasi (ID) daripada Jabatan Arah Rekod dan Pencen yang diketuai oleh Mej Ro...
08/08/2025

MELAKA, 28 Jul 2025 – Tim Inspektorat Dokumentasi (ID) daripada Jabatan Arah Rekod dan Pencen yang diketuai oleh Mej Rodziyati binti Mustapha selaku Pegawai Staf 2 Inspektorat Dokumentasi dan 12 orang auditor telah melaksanakan Pemeriksaan Dokumentasi Tahunan bermula 28 Jul 25 hingga 1 Ogos 25 bertempat di Dewan Shamsuddin, INSAN AT.

Pemeriksaan ini perlu dilaksanakan mengikut kitaran audit yang telah dijadualkan dan merupakan platform korektif yang efektif dalam memberi khidmat nasihat berkaitan dalam pengurusan rekod di pasukan. Pemeriksaan ini dilakukan secara tiga fasa iaitu fasa pertama pembentangan taklimat berkaitan perjawatan, fasa kedua pemeriksaan secara teliti ke atas semua jenis dokumen dan sumber rujukan yang digunakan dan fasa terakhir adalah exit confrence mengenai tahap pencapaian dan penemuan yang perlu diambil tindakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tim Inspektorat Dokumentasi dan semua pihak pengurusan pentadbiran INSAN AT dalam memastikan audit yang dilaksanakan ini dengan lancar. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Komandan INSAN AT, Kol (Dr) Mohd Fadzly bin Hj Miswan.

Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT

Address

Kem Terendak
Sungai Udang
76200

Telephone

+6063573201

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Kesihatan AT Kem Terendak Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Latihan Kesihatan AT Kem Terendak Melaka:

Shortcuts

Share

Category