Surau Ar-Raudhah SK Sungai Udang, Melaka

Surau Ar-Raudhah SK Sungai Udang, Melaka Page Rasmi Surau Ar-Raudhah SK Sungai Udang, Melaka

  Majlis pembukaan Piala Dunia pada awal pagi Isnin nanti akan dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh para Hafiz....
19/11/2022



Majlis pembukaan Piala Dunia pada awal pagi Isnin nanti akan dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh para Hafiz.
Respect 💯

*MUFLIS DI AKHIRAT*Nabi Muhammad SAW bertanya kepada para sahabatnya. "Tahukah kalian siapa orang yang muflis itu?''Mere...
17/11/2022

*MUFLIS DI AKHIRAT*

Nabi Muhammad SAW bertanya kepada para sahabatnya. "Tahukah kalian siapa orang yang muflis itu?''

Mereka menjawab, *"Menurut kami, yang muflis itu adalah orang yang tidak memiliki wang dan harta kekayaan.''*

Lalu Baginda bersabda, _"Sesungguhnya umatku yang muflis adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan membawa solat, puasa, dan zakat,_

*tetapi ia selalu mencaci-maki, menuduh, memakan harta, membunuh, dan menyakiti orang lain.*

Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang yang dianiayanya sampai habis, sementara tuntutan masih banyak yang belum terpenuhi.

*Lalu, sebagian dosa mereka dibebankan kepadanya hingga ia dilemparkan ke neraka.''* (HR Muslim).

Jika kamu berinfak kepada seseorang, berterima kasihlah kepada mereka. Kamu mungkin sudah membantu memperbaiki urusan dunia mereka.

Tetapi mereka juga memperbaiki urusan akhiratmu." Wallahualam semoga kita tidak menjadi orang yang muflis di akhirat kelak.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Qari dari Bahrain, AF. Syeikh Mohamed Sameer Mohamed Magahed dan Qariah dari negara ki...
25/10/2022

Sekalung tahniah diucapkan kepada Qari dari Bahrain, AF. Syeikh Mohamed Sameer Mohamed Magahed dan Qariah dari negara kita Malaysia, Puan Sofizah binti Mousin diiktiraf sebagai Johan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62.

الدنيا دار عمل والآخرة دار جزاء فمن لم يعمل هنا ندم هناك .Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat menerima...
04/10/2022

الدنيا دار عمل والآخرة دار جزاء فمن لم يعمل هنا ندم هناك .

Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat menerima balasan. Sesiapa yang tidak beramal di sini , dia pasti menyesal di sana .

Bintang di jalur gemilang
10/09/2022

Bintang di jalur gemilang

Siapa boleh selesaikan rahsia paling unik dalam dunia pada bendera Malaysia ni?Sekarang panas kan? Bantu kami infakkan unit penapis air kepada Maahad - maaha...

02/09/2022

Dari surah al-Baqarah, yang membawa maksud:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Surah al-Baqarah: 261

29/08/2022

*MELAKA BERSELAWAT AMBANG MERDEKA 2022🇲🇾🎇🎆*

Kerajaan Negeri Melaka Melalui Jabatan Agama Islam Melaka Dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Melaka Mempelawa Seluruh Muslimin dan Muslimat Untuk Menghadiri *"MELAKA BERSELAWAT AMBANG MERDEKA”* Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2022 Seperti Ketentuan Berikut :

*Tarikh : 30 Ogos 2022 (Selasa)*
*Masa : 9.00 Malam*
*Tempat : Perkarangan Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, Melaka*

*Menampilkan Kump**an Inteam, Ustaz Husaini, Lah Ahmad dan Ustaz Zul Ramli*

Mari Kita Sama-Sama Menyemarakkan Lagi Sambutan Hari Kebangsaan Ini Dengan Alunan Gema Selawat Ke Atas Nabi ﷺ

*Pakaian ; Lelaki - Jubah Putih/Bersesuaian | Wanita - Jubah Hitam/Bersesuaian*

*"Keluarga Malaysia Teguh Bersama"*

“𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐣𝐮 𝐉𝐚𝐲𝐚, 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐦𝐢𝐭 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚”
"𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝟐𝟎𝟑𝟎"
"𝐁𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚"

𝓓𝓪𝓱𝓾𝓵𝓾𝓲 𝓭𝓪𝓷 𝓓𝓲𝓲𝓴𝓾𝓽𝓲
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚

13/08/2022

من أعظم الحسرات يوم القيامة أن ترى حسناتك في ميزان غيرك.

Keburukan "MENGUMPAT"Di antara kerugian terbesar di hari kiamat dengan Kamu melihat pahala kamu berada pada mizan timbangan orang lain.

08/08/2022
Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama  menunaikan haji. Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang ...
31/07/2022

Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama menunaikan haji.

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 - 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada 2 pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 - 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk . Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Kata pemilik gambar :Hari ini saya naik teksi dan terperasan pemandu teksi melekatkan helaian al-Quran di stereng kereta...
28/07/2022

Kata pemilik gambar :

Hari ini saya naik teksi dan terperasan pemandu teksi melekatkan helaian al-Quran di stereng keretanya. Kemudian saya minta izin untuk ambil gambarnya tetapi dia halang dan berkata :

"Minta maaf tolonglah jangan sebarkan, saya takut jadi riak nanti."

Saya membalas :

"Pusing muka, saya akan ambil gambar dari belakang. Saya mahu anda jadi contoh untuk orang ramai".

Dia pun bersetuju.

Saya tanya dia :

"Saya nampak awak tak berhenti baca al-Quran dari tadi"

Jawabnya :

"Saya bukan baca, saya hafal. Setiap kali berhenti ketika lampu isyarat merah, saya akan mula hafal. Bila dah mula lampu hijau, saya akan mengulang ayat yang dihafal tadi.. Begitulah"

Allahuakbar sahabat sekalian. Bila baca kisah ini, teringat firman Allah swt betapa mulianya ahli al-Quran.

‎{ رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ }

"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." (An-Nur, 37)

Address

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Batu 11 1/2, Jalan Sungai Udang, Melaka
Sungai Udang
76300

Telephone

+6063512164

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ar-Raudhah SK Sungai Udang, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share