Maktab Rendah Sains MARA Terendak

Maktab Rendah Sains MARA Terendak MRSM Terendak
Kem Terendak
76200 Sungai Udang Melaka

Bismillahirrahmanirrahim 🤲Selamat menduduki SPMRSM 2026 buat semua anak-anak Euphorianx 39. 🎓Tenangkan hati, fokus pada ...
09/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim 🤲

Selamat menduduki SPMRSM 2026 buat semua anak-anak Euphorianx 39. 🎓

Tenangkan hati, fokus pada soalan dan yakinlah dengan usaha yang telah dilakukan selama ini.

Usaha • Doa • Tawakal • Kejayaan

Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap urusan, memberikan ketenangan dan mengurniakan kejayaan yang terbaik buat kalian.

May success be yours! 🌟
All the best, Euphorianx 39!




5/8/2026 (RABU)PKBM MRSM TERENDAKPerbincangan ringkas bersama Wakil 8 Renjer dan Pengetua juga TPPB telah berlangsung, b...
06/08/2026

5/8/2026 (RABU)
PKBM MRSM TERENDAK
Perbincangan ringkas bersama Wakil 8 Renjer dan Pengetua juga TPPB telah berlangsung, berkaitan aktiviti2 PKBM di MRSM Terendak. Alhamdulillah Tuan Pengetua telah memberikan suatu jaminan Khas buat team PKBM. Semoga terus maju Jaya.



MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN SKP SESI 2026/2027 DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAANPada 3 Ogos 2026 (Isnin), jam 3.00 petang, ...
04/08/2026

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN SKP SESI 2026/2027 DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 3 Ogos 2026 (Isnin), jam 3.00 petang, telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) Sesi 2026/2027 serta Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan bertempat di Dewan Budiman, MRSM Terendak.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua MRSM Terendak, Tuan Haji Mohd Ariffin bin Sulaiman, dan turut dihadiri oleh barisan Timbalan Pengetua, guru-guru serta para pelajar MRSM Terendak.

Semoga pelantikan barisan kepimpinan baharu ini dapat melahirkan pemimpin pelajar yang berintegriti, berwibawa dan berdaya saing, di samping menyemarakkan semangat patriotisme serta cintakan negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua barisan kepimpinan pelajar yang telah dilantik.

🇲🇾 “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”






📚 BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MRSMAlhamdulillah, pada 30 Julai 2026, telah berlangsung de...
31/07/2026

📚 BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MRSM

Alhamdulillah, pada 30 Julai 2026, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pemantapan Kompetensi Pentaksiran Dalam Pendidikan MRSM bertempat di MRSM Terendak.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Khodori Ahmad, penerima Anugerah Tokoh Khas Guru dan Perguruan sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2026. Sepanjang sesi berlangsung, beliau berkongsi pelbagai ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam memperkasa kompetensi guru khususnya dalam aspek pentaksiran yang berkualiti, autentik dan berimpak tinggi.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Pengetua MRSM Terendak, Tuan Haji Mohd Ariffin bin Sulaiman, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh kompetensi warga pendidik. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam membudayakan pembelajaran berterusan serta memperkasakan amalan pentaksiran yang berkualiti demi melahirkan generasi MRSM yang cemerlang.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mempertingkatkan profesionalisme guru serta memperkukuh kecemerlangan pendidikan di MRSM Terendak.

“Pentaksiran Berkualiti, Pendidikan Berimpak.”





30/7/2026 (KHAMIS)MALAM CINTA RASUL, TERENDAK BERSELAWAT.Alhamdulillah, anak2 MRSM Terendak Ting. 1-4 berpeluang bersama...
30/07/2026

30/7/2026 (KHAMIS)
MALAM CINTA RASUL, TERENDAK BERSELAWAT.
Alhamdulillah, anak2 MRSM Terendak Ting. 1-4 berpeluang bersama dalam majlis malam tadi dengan pengisian yang sangat baik. Rezki pulak buat pelajar Hayyad (ting. 1) memenangi cabutan bertuah sebuah motosikal. Terima kasih semua yang membantu, Unit Guru Asrama, Unit Amal Islami, BWP. Terima Kasih Tuan Pengetua yang turut bersama dari mula hingga selesai program.



29/7/2026PKBM MRSM TerendakMesyuarat Dua Hala, Pihak Sekolah bersama Unit Penyelarasan PKBM, 8 Renjer. Semoga memberi ma...
29/07/2026

29/7/2026
PKBM MRSM Terendak
Mesyuarat Dua Hala, Pihak Sekolah bersama Unit Penyelarasan PKBM, 8 Renjer. Semoga memberi manfaat buat semua.



🏆 PERKONGSIAN KEJAYAAN & PENGHARGAAN: KONTINGEN PPIM DI KARNIVAL PPIM MRSM SE-MALAYSIA 2026 🏆Assalamualaikum wbt dan sal...
27/07/2026

🏆 PERKONGSIAN KEJAYAAN & PENGHARGAAN: KONTINGEN PPIM DI KARNIVAL PPIM MRSM SE-MALAYSIA 2026 🏆

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, kontingen Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) maktab kita telah selamat pulang dengan membawa lipatan sejarah yang amat membanggakan dalam Karnival PPIM MRSM Se-Malaysia yang berlangsung dari 24 hingga 27 Julai 2026 bertempat di MRSM Kuala Berang.

Berikut adalah keputusan rasmi pencapaian cemerlang para pelajar kita:
🥇 JOHAN – Kategori Buku Skrap (Biodiversity)
🥇 JOHAN – Kategori Batu Seremban
🥈 NAIB JOHAN – Kategori Sukaneka
🥉 TEMPAT KE-3 – Kategori Kawad Kaki

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

✨ Encik Ariffin (Pengetua) atas sokongan, restu, dan kepercayaan penuh kepada kontingen.

✨ Encik Bukharie (TPPB) selaku pihak pelaksana atas komitmen tinggi, bimbingan, dan pengurusan yang sangat lancar.

✨ Barisan Guru Penasihat PPIM yang sentiasa berkorban masa, tenaga, dan idea dalam melatih para pelajar.

✨ Semua guru & warga maktab atas titipan doa yang berterusan.




PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM ANJURAN KADET POLIS MRSM TERENDAK.Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peri...
24/07/2026

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM ANJURAN KADET POLIS MRSM TERENDAK.

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat MRSM Terendak telah berlangsung pada 22 Julai 2026 dengan penyertaan pasukan-pasukan badan beruniform bagi mencungkil bakat pelajar dalam bidang kawad kaki, di samping memupuk nilai disiplin, kerjasama, keyakinan diri dan semangat berpasukan.

Pertandingan telah diadili oleh barisan juri yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan kepolisan iaitu Koperal Mohd Shahril bin Baharom, SJN Abduh Husin bin Zainul dan SJN Nelson Delaid Anak Too Jihot.

Majlis turut diakhiri dengan penyampaian saguhati oleh Pengetua MRSM Terendak Tuan Haji Mohd Ariffin Bin Sulaiman kepada barisan juri sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan komitmen yang diberikan.

Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah memberikan persembahan terbaik! 👏🏻💪🏻

Pihak Kadet Polis MRSM Terendak berharap dengan adanya pertandingan ini disiplin pelajar dapat dipertingkatkan lagi. Selain itu, ketahanan mental dan fizikal yang kental dapat dibina . Seterusnya , semangat kerjasama yang erat dapat diwujudkan. Di samping itu, adab dan semangat kesukanan dapat dijunjung. Akhir sekali, karakter kepimpinan dan jati diri dapat dibentuk.








📌 PERHIMPUNAN RASMI MRSM TERENDAK📅 23 Julai 2026 | 3.15 petang (Rabu)📍 Dewan Budiman MRSM TerendakPerhimpunan Rasmi MRSM...
24/07/2026

📌 PERHIMPUNAN RASMI MRSM TERENDAK
📅 23 Julai 2026 | 3.15 petang (Rabu)
📍 Dewan Budiman MRSM Terendak

Perhimpunan Rasmi MRSM Terendak telah berlangsung dengan ucapan dan amanat oleh Tuan Haji Mohd Ariffin bin Sulaiman, Pengetua MRSM Terendak, diiringi En. Mohd Bukhari bin Hamed, Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat.

Majlis turut menyaksikan pengumuman calon yang memenangi pemilihan Badan Wakil Pelajar (BWP)bagi sesi 2026- 2027 dan penyampaian hadiah bagi Kejohanan Olahraga MSSD Alor Gajah dan Kejohanan Ragbi, serta penyerahan simbolik sumbangan Bank Rakyat Cawangan Masjid Tanah berjumlah RM20,925 kepada 93 orang pelajar kurang berkemampuan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh En. Mohd Fayzam bin Mohd Yusof, Penolong Naib Presiden Bank Rakyat Cawangan Masjid Tanah.

Tahniah kepada semua pelajar dan terima kasih kepada Bank Rakyat atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan.






ENGLISH DEBATE FRIENDLY MATCH | MRSM TERENDAK × MELAKA DEBATE TEAM📅 15 Julai 2026 (Rabu)🕒 3.00 Petang📍 Dewan Budiman, MR...
15/07/2026

ENGLISH DEBATE FRIENDLY MATCH | MRSM TERENDAK × MELAKA DEBATE TEAM

📅 15 Julai 2026 (Rabu)
🕒 3.00 Petang
📍 Dewan Budiman, MRSM Terendak

MRSM Terendak telah menganjurkan English Debate Friendly Match bersama Melaka Debate Team sebagai platform persediaan menghadapi pertandingan debat yang bakal disertai oleh kedua-dua pasukan.

Majlis telah dipengerusikan oleh Qrisya Mya Alysha Binti Shamsul selaku Madam Speaker, manakala sesi penghakiman diketuai oleh Pn. Ruki Fadzlyana binti Jailani sebagai Chief Adjudicator.

Turut berlangsung ialah penyampaian cenderahati yang di sampaikan oleh Timbalan Pengetua Pembangunan Akademik MRSM TERENDAK Puan Hajah NurulHanim binti Kamaruddin di atas kesudian memberi penghargaan kepada para hakim dan pendebat yang disempurnakan dengan kerjasama Pn. Nadiah binti Sahum dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka serta Pn. Nur Hanani binti Minhaj, Ketua Jabatan Bahasa MRSM Terendak.

Semoga program ini terus menjadi wadah melahirkan pendebat yang berfikiran kritis, berkeyakinan dan mampu mengharumkan nama MRSM Terendak dan Melaka debate team pada masa hadapan.

Address

MRSM Terendak
Sungai Udang
76200

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063573008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktab Rendah Sains MARA Terendak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maktab Rendah Sains MARA Terendak:

Shortcuts

Share

Category