20/08/2026
TIRAI PENUTUP KEM MISI MUMTAZ SRAI
SRAR ISLAH 2026
๐
AHAD | 16 OGOS 2026
๐ SRAR ISLAH
Tiga hari dua malam telah dilalui.
Bukan sekadar sebuah kem, tetapi sebuah perjalanan yang meninggalkan ilmu, pengalaman, ukhuwah dan kenangan.
Buat anak-anak Tahun 6 SRAR Islah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala semangat, kerjasama dan kesungguhan sepanjang mengikuti kem ini. Terima kasih kerana sanggup berkampung di sekolah selama tiga hari dua malam dan memberikan komitmen yang terbaik.
Semoga segala ilmu, nasihat dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan untuk menghadapi SRAI dengan lebih yakin dan tenang.
Ingatlah, kejayaan tidak datang hanya dengan impian, tetapi melalui usaha, doa dan kesungguhan.
Buat guru-guru SRAR Islah, terima kasih atas segala pengorbanan. Dari merancang, mengurus dan menyusun perjalanan kem, sehinggalah menyediakan makanan serta turun padang bersama anak-anak,semuanya dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Sesungguhnya, setiap penat lelah yang dicurahkan amat besar nilainya.
Buat semua ibu bapa SRAR Islah, terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan, sumbangan dan infaq yang diberikan. Kepercayaan dan sokongan ibu bapa menjadi antara kekuatan utama dalam menjayakan kem ini.
Sesungguhnya, Kem Misi Mumtaz 2026 tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa kerjasama anak-anak, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat.
Kini, tirai kem dilabuhkan.
Namun, misi kita belum berakhir.
Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan ini menjadi asbab anak-anak Tahun 6 dipermudahkan urusan menghadapi SRAI, diberikan ketenangan ketika menjawab soalan dan dikurniakan kejayaan yang terbaik serta keputusan MUMTAZ yang diimpikan. ๐คฒ๐ป
Pulanglah membawa kenangan.
Teruskan melangkah membawa harapan.
Dan buktikan bahawa setiap usaha pasti ada hasilnya.
MUMTAZ, insya-Allah. ๐๐ค