Sekolah Seni Malaysia Perak

Sekolah Seni Malaysia Perak Sekolah yang menawarkan subjek kesenian dalam pembelajaran.

https://ssemperak.edu.my/
"One Team, One Dream" "Together We Will Succeed"

Alhamdulillah. Pihak sekolah telah melaksanakan Majlis Peluncuran Program Pemerkasaan SAFE 2026 (School Anti-Bullying Fo...
17/08/2026

Alhamdulillah. Pihak sekolah telah melaksanakan Majlis Peluncuran Program Pemerkasaan SAFE 2026 (School Anti-Bullying For Empowerment) Peringkat Sekolah Tahun 2026 pada pagi tadi. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Che Mohd Sharullah bin Che Ismail, selaku Pegawai Perhubungan Sekolah.

Semoga peluncuran Program SAFE 2026 ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh usaha membanteras buli, membudayakan sikap saling menghormati serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera untuk semua warga sekolah. 🌷

Bersama kita cegah buli, bina empati dan wujudkan sekolah yang lebih selamat.
πŸ’™ Say No to Bullying!
🀝🏻 One Team, One Dream.

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Koir SSeMP atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Koir Diraja Negeri...
15/08/2026

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Koir SSeMP atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Koir Diraja Negeri Perak. πŸŽ‰πŸ‘

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua guru serta murid yang terlibat! 🌟

Alhamdulillah selesai Majlis Perasmian Pentaksiran Akhir Kesenian 2026 (Samudra) SSeMP.  Majlis dirasmikan oleh Tuan Ame...
10/08/2026

Alhamdulillah selesai Majlis Perasmian Pentaksiran Akhir Kesenian 2026 (Samudra) SSeMP. Majlis dirasmikan oleh Tuan Amerrudin Ahmad (Ketua Pengarah, Balai Seni Negara). Turut hadir Pegawai-Pegawai Pentaksiran dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Pentaksiran akan berlangsung selama 7 hari. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis kali ini. Selamat maju jaya kepada semua murid SPM 2026.

08/08/2026

7 Ogos 2026 | Sekolah Seni Malaysia PerakHari ini, warga Sekolah S...

7 Ogos 2026 | Sekolah Seni Malaysia PerakHari ini, warga Sekolah Seni Malaysia Perak bersama-sama menyemarakkan semangat...
07/08/2026

7 Ogos 2026 | Sekolah Seni Malaysia Perak
Hari ini, warga Sekolah Seni Malaysia Perak bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme melalui Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-69. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›
Sambutan ini bukan sekadar memperingati sejarah perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu, malah menjadi wadah untuk menyemai rasa cinta akan negara, menghargai keamanan serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
Dengan penuh semangat dan kreativiti, warga sekolah turut bersama-sama menghayati erti kemerdekaan melalui penghayatan seni, budaya dan semangat kebersamaan. πŸŽ¨πŸŽΆπŸ‡²πŸ‡Ύ
Semoga sambutan ini terus menyemarakkan jiwa merdeka, semangat patriotik dan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Dirgahayu Malaysia!
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

05/08/2026

Tahniah atas lantikan dan selamat bertugas di tempat baharu dan terima kasih atas segala bimbingan dan tunjuk ajar selama di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar. Terima kasih Tuan

Seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini, kami sering menerima rungutan daripada ibu bapa yang memaklumkan mereka ...
31/07/2026

Seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini, kami sering menerima rungutan daripada ibu bapa yang memaklumkan mereka tidak mendapat maklumat berkaitan permohonan kemasukan ke Sekolah Seni. Harapnya pada kali ini tiada lagi isu sebegini kerana KPM telah membuka permohonan dalam tempoh yang agak lama.

Mohon jasa baik semua untuk terus berkongsi hebahan ini agar lebih ramai ibu bapa dan pelajar yang berminat tidak terlepas peluang. Terima kasih.

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi Tahun 2027.

Adakah anda murid Tahun 6 sesi 2026 yang berbakat dan minat dalam bidang seni? Ini peluang anda untuk menyerlahkan potensi dalam bidang:

✨ Tari
🎼 Muzik
🎭 Teater
πŸ–ŒοΈ Seni Visual

πŸ“… Permohonan akan dibuka mulai 30 Jun 2026
πŸ›‘ Tarikh tutup: 30 Ogos 2026
πŸ”— Mohon sekarang di: https://essem.moe.gov.my

Sekolah Seni Malaysia Perak berbesar hati menerima kunjungan murid-murid Tahun 6 dari SK Kompleks Tembesu, Kuala Nerus, ...
31/07/2026

Sekolah Seni Malaysia Perak berbesar hati menerima kunjungan murid-murid Tahun 6 dari SK Kompleks Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang suasana pembelajaran serta kehidupan di Sekolah Seni Malaysia Perak.

Sepanjang lawatan, para murid berpeluang melawat pelbagai bilik khas, antaranya bilik Bidang Muzik dan Bidang Seni Visual, selain mengenali kemudahan serta program yang ditawarkan di sekolah ini.

Semoga lawatan ini dapat memberi inspirasi dan membuka peluang kepada murid yang mempunyai minat serta bakat dalam bidang seni. Murid yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Sekolah Seni Malaysia Perak boleh mendapatkan dan mengisi borang permohonan seperti yang dimaklumkan.



29/07/2026

Address

Jalan Jalong
Sungai Siput
31100

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Seni Malaysia Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Seni Malaysia Perak:

Shortcuts

Share

Category