SK Perlop 1

Call Directions Contact the school

SK Perlop 1 KEMAHUAN DORONG KEJAYAAN

🇲🇾 MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN SK PERLOP 1 🇲🇾Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SK Perlo...
18/09/2026

🇲🇾 MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN SK PERLOP 1 🇲🇾

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SK Perlop 1 dengan penuh meriah dan semangat patriotik! 🎉🇲🇾

Antara momen-momen menarik sepanjang majlis, termasuk penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. 🏆🎁

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan kreativiti. 👏✨

Semoga semangat cintakan negara, perpaduan dan Jiwa Merdeka terus subur dalam diri seluruh warga SK Perlop 1. ❤️🇲🇾

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

✨LAPORAN RINGKAS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PERLOP 1✨Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul Per...
28/08/2026

✨LAPORAN RINGKAS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PERLOP 1✨

Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perlop 1 pada pagi ini dengan penuh keberkatan dan kemeriahan! ❤️

📅 Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.00 pagi - 10.00 pagi
📍 Lokasi: Perlop 1

💚 Pelbagai Aktiviti Menarik Dijalankan:
1️⃣ Perarakan Maulidur Rasul – Gema selawat membangkitkan suasana syahdu dan penuh rasa cinta kepada Nabi SAW.

2️⃣ Ceramah "Nabi Muhammad Kekasih Allah" – Pengisian sirah dan teladan akhlak Baginda buat panduan kita bersama.

3️⃣ Pertandingan Mewarna & Menghias – Mencetuskan kreativiti murid dalam memperingati keindahan Islam.

4️⃣ Kuiz Maulidur Rasul – Uji minda berkenaan sirah Nabi yang mendapat sambutan sangat hangat!

Terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa, guru-guru, murid-murid, serta warga Perlop 1 yang menjayakan majlis ini. Semoga cinta kita kepada Rasulullah SAW terus mekar di hati. 🤲✨

🇲🇾❤️ FUN WALK MERDEKA SK PERLOP 1 ❤️🇲🇾“Jiwa Merdeka, Langkah Bersama”Alhamdulillah, selesai sudah Program Fun Walk Merde...
27/08/2026

🇲🇾❤️ FUN WALK MERDEKA SK PERLOP 1 ❤️🇲🇾
“Jiwa Merdeka, Langkah Bersama”

Alhamdulillah, selesai sudah Program Fun Walk Merdeka Peringkat SK Perlop 1 yang berlangsung pada pagi ini dengan penuh semangat, keceriaan dan rasa cinta akan tanah air. 🇲🇾✨

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebelum warga SK Perlop 1 bersama-sama bergerak menyusuri kawasan Kampung Perlop 1. 🚶‍♀️🚶‍♂️

Walaupun sekolah kita kecil, semangat kita tetap BESAR! 💪❤️
Langkah demi langkah, kita berjalan bersama sambil menghayati erti kemerdekaan, memupuk semangat perpaduan, mengamalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti setempat.

Terima kasih kepada semua guru, murid, staf dan semua yang terlibat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. 👏🌺

Semoga semangat patriotisme dan kecintaan kepada Malaysia terus subur dalam jiwa kita semua.

🇲🇾 MALAYSIAKU PRIHATIN, MERDEKA SEMANGATKU! 🇲🇾

📸 Jom kita imbas kembali kemeriahan Fun Walk Merdeka SK Perlop 1!








🇲🇾✨ PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 ✨🇲🇾PERINGKAT SK PELOP 1“Malaysia MADANI: Kesejahteraan DiNikmati!” ❤️🤍💙💛A...
20/08/2026

🇲🇾✨ PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 ✨🇲🇾
PERINGKAT SK PELOP 1

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan DiNikmati!” ❤️🤍💙💛

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 Peringkat SK Pelop 1 dengan penuh meriah dan semangat patriotik. 🇲🇾

Program ini menjadi wadah untuk menyemarakkan rasa cinta akan negara, menyuburkan semangat perpaduan serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah. 🌺

Kemeriahan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang menarik, melibatkan murid, guru dan seluruh warga SK Pelop 1.

Semoga sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap Malaysia dalam diri setiap warga sekolah. 🇲🇾❤️

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🔥







🇲🇾

🏆🥇 TAHNIAH SK PERLOP 1! 🥇🏆🎳Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan cemerlang SK Perlop 1 apabila berjaya...
19/06/2026

🏆🥇 TAHNIAH SK PERLOP 1! 🥇🏆🎳

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan cemerlang SK Perlop 1 apabila berjaya dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN Kejohanan Tenpin Boling MSSD Kuala Kangsar 2026.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid, barisan pentadbir, jurlulatih, guru pembimbing serta ibu bapa yang telah memberikan komitmen, sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang kejohanan berlangsung.

🎳Pencapaian Individu Perempuan🎳

🥈 Zara Nur Keysha bt Mohamad Zulhairin – Naib Johan
🏅 Nur Ezzah Qishha bt Mohd Rahimi – Tempat Kelima
🏅 Nayla Alisha binti Nizam – Tempat Keenam
🏅 NurFatihah bt Abdul Rahman– Tempat ke-30

🎳Acara Doubles Perempuan🎳

🏅Zara Nur Keysha & Nayla Alisha – Naib Johan
🏅Fatihah & Ezzah Qissha - Ke-7

🎳Pencapaian Individu Lelaki🎳

🏅 Muhammad Arif bin Edi Anuar – Tempat Kelima
🏅 Muhammad Aisy Naufal bin Shaiful Shukri– Tempat Ke-10
🏅 Muhammad Adam Miqael bin Shahrizan – Tempat ke-20
🏅 Muiz Raiqal bin Ruslan– Tempat Ke-24

🎳Acara Double Lelaki🎳

🏅Muhammad Arif & Adam Miqael – Tempat ke-4
🏅Muiz dan Aisy Naufal - Ke-8

🎳PENCAPAIAN KESELURUHAN🎳

🏆JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSD KUALA KANGSAR 2026❤️‍🔥

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, bimbingan guru-guru serta sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.





🌸📚 SELAMAT HARI GURU 2026 📚🌸Warga SK Perlop 1 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada sem...
16/05/2026

🌸📚 SELAMAT HARI GURU 2026 📚🌸

Warga SK Perlop 1 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, mendidik dengan penuh kasih sayang serta membimbing anak bangsa menuju kejayaan.

Guru bukan sekadar pendidik di bilik darjah, tetapi juga insan yang membentuk akhlak, menyemai impian dan menjadi inspirasi sepanjang zaman. ✨

Semoga seluruh warga pendidik sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan dalam meneruskan amanah mulia demi agama, bangsa dan negara.

🌹 “Guru Pembina Generasi, Pencetus Masa Depan Gemilang” 🌹

Ikhlas daripada,
💙💛 Warga SK Perlop 1




📢 Makluman kepada semua! 📢Kejohanan Sukan Tahunan SK Perlop 1 kali ke-32 bakal menjelma! Ayuh beramai-ramai memeriahkan ...
16/05/2026

📢 Makluman kepada semua! 📢

Kejohanan Sukan Tahunan SK Perlop 1 kali ke-32 bakal menjelma! Ayuh beramai-ramai memeriahkan suasana dan menyokong rumah sukan kegemaran anda.

🗓 Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8:00 Pagi
📍 Lokasi: Padang Sekolah

Siapakah yang bakal menjulang gelaran Juara Keseluruhan tahun ini? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi tangkas dan semangat juang tinggi murid-murid kita!

20/03/2026

Warga SK Perlop 1 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat.

Semoga Syawal yang mulia ini disambut dengan penuh kegembiraan, keberkatan dan kesyukuran di samping insan tersayang. Didoakan agar segala amalan sepanjang Ramadan diterima dan ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh. Selamat pulang ke kampung halaman dan semoga perjalanan anda sentiasa dilindungi.

Pada 17 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutup Ihya Ramadan dan Penyerahan Bakul Rezeki SK Perlop 1 ya...
20/03/2026

Pada 17 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutup Ihya Ramadan dan Penyerahan Bakul Rezeki SK Perlop 1 yang bermula pada jam 12.30 tengah hari. Majlis yang penuh keberkatan ini telah dihadiri oleh ibu bapa serta Pegawai Perhubungan Sekolah sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam menyemarakkan bulan Ramadan.

Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran sebagai simbol penyempurnaan ibadah sepanjang Ramadan, diikuti dengan penyerahan bakul rezeki kepada penerima, pemberian duit raya kepada murid serta sesi bersalam-salaman yang mengeratkan lagi ukhuwah antara warga sekolah dan komuniti.

Semoga penganjuran majlis seperti ini dapat terus memupuk nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan seluruh warga SK Perlop 1.

Makluman kepada semua Warga SuPERB.
17/02/2026

Makluman kepada semua Warga SuPERB.

Address

Kampung Perlop 1
Sungai Siput
31100

Telephone

+6055912695

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Perlop 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Perlop 1:

Shortcuts

Share

Category