Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu

Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu JANA KEMENJADIAN CIPTA KECEMERLANGAN

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan SePalu Jumpers atas kejayaan meraih JOHAN Pertandingan ...
21/08/2026

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan SePalu Jumpers atas kejayaan meraih JOHAN Pertandingan Lompat Tali Figure 8 Peringkat Negeri Melaka! πŸ₯‡πŸŽ‰

πŸ“… Tarikh: 18 Ogos 2026
πŸ“ Tempat: The Shore Shopping, Melaka

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin, semangat berpasukan dan latihan yang berterusan. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing:

πŸ‘ Puan Lindza binti Ayob
πŸ‘ Puan Shalini Naidu A/P Vadivelu
πŸ‘ Encik Muhammad Aidil Akmal bin Razak

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Parit Penghulu untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sukan.

Tahniah! Syabas! Teruskan kecemerlangan! πŸ†πŸ’ͺ✨




18/08/2026





πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2026 πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“… Tarikh: 8 Ogos 2026⏰ Masa: 11.00 pagiπŸ“ Tempat: Dewan Haji Kh...
09/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2026 πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… Tarikh: 8 Ogos 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Haji Khairi Sarkawi

Alhamdulillah, Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2026 SK Parit Penghulu telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Naz Khanaz bin Abdul Rahman, Yang Dipertua PIBG SK Parit Penghulu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, barisan pentadbir, jawatankuasa pelaksana, guru-guru, Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa serta semua murid yang hadir dan bersama-sama menjayakan majlis ini.

Semoga pelancaran ini menjadi pencetus kepada semangat cintakan negara, perpaduan dan patriotisme dalam diri seluruh warga SK Parit Penghulu.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga!
❀️ Cintai Malaysia, hargai kemerdekaan!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ PROGRAM MERIAH KOKURIKULUM : FUN RUN MERDEKA 2026 πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ8 Ogos 2026 | Sabtu | 7.30 pagiAlhamdulillah, Program Meriah Ko...
09/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ PROGRAM MERIAH KOKURIKULUM : FUN RUN MERDEKA 2026 πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ

8 Ogos 2026 | Sabtu | 7.30 pagi

Alhamdulillah, Program Meriah Kokurikulum : Fun Run Merdeka 2026 SK Parit Penghulu telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat patriotik.

Tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa yang turut menyertai Fun Run serta memeriahkan program ini bersama murid dan guru.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, PIBG, ibu bapa, Tabung Haji serta pihak Polis dari Balai Polis Sungai Rambai dan anggota RELA Sungai Rambai atas sokongan dan kawalan keselamatan sepanjang program.

Semoga semangat perpaduan dan cinta negara terus subur dalam diri anak-anak SK Parit Penghulu.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga!
❀️ Cintai Malaysia, hargai kemerdekaan!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




Alhamdulillah... Jutaan tahniah diucapkan kepada Puan Hjh. Dahiyahwati Omar (GPK HEM) dan Ustazah Siti Nor Firdaus Zakar...
01/08/2026

Alhamdulillah... Jutaan tahniah diucapkan kepada Puan Hjh. Dahiyahwati Omar (GPK HEM) dan Ustazah Siti Nor Firdaus Zakaria (KP PAIBA) selaku penerima APC bagi tahun 2025 yang lalu.

Semoga terus energetik dan cemerlang serta akan dijadikan sebagai pembakar semangat buat rakan-rakan sekerja di SePalu.

Alhamdulillah... SePalu mendonia lagi. Jutaan tahniah anakanda Tiaz Elfina binti Mohd Naz Khanaz dan Mohd Niyaz bin Mohd...
01/08/2026

Alhamdulillah... SePalu mendonia lagi.

Jutaan tahniah anakanda Tiaz Elfina binti Mohd Naz Khanaz dan Mohd Niyaz bin Mohd Naz Khanaz serta ayahbonda mereka atas pencapaian emas dan gangsa dalam pertandingan MBW INTERNATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2026 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Arena Nilai pada 31 Julai 2026 yang lalu.

Kalian kebanggaan SePalu.


TAHNIAH & SYABAS TEAM PPKI SePalu! πŸ†πŸŒŸWarga Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ...
16/07/2026

TAHNIAH & SYABAS TEAM PPKI SePalu! πŸ†πŸŒŸ

Warga Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Team PPKI SePalu atas kejayaan cemerlang dalam Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Daerah Jasin 2026 yang berlangsung pada 15–16 Julai 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

Syabas kepada semua murid, guru pembimbing dan ibu bapa atas usaha, komitmen serta sokongan yang tidak berbelah bahagi.



TAHNIAH & SYABAS! 🌟Warga SK Parit Penghulu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Adik Nurul Jannah Binti ...
28/06/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Warga SK Parit Penghulu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Adik Nurul Jannah Binti Noorazman atas kejayaan meraih Tempat Ke-5 dalam Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka 2026.

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada Guru Pembimbing, Cikgu Hapizah Binti Abdollah, atas bimbingan, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang persiapan pertandingan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Tahniah dan syabas! Teruskan melakar kejayaan demi mengharumkan nama SK Parit Penghulu.



SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR SK PARIT PENGHULUWarga Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dengan penuh sukacita mengalu-...
11/06/2026

SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR SK PARIT PENGHULU

Warga Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Cikgu Mohd Saufi bin Mohd Azehar sebagai guru baharu di sekolah ini.

Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuhkan lagi kecemerlangan sekolah, khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Didoakan agar segala urusan dipermudahkan dan terus cemerlang dalam mendidik anak-anak murid.

Selamat bertugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga SK Parit Penghulu! πŸŒΉπŸ“šβœ¨


KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SEPALU 2026 πŸ•οΈβœ¨πŸ“ Tempat: Ladam Merah Equine Centre, Kampung Bukit Durian, Umbai, MelakaπŸ“… Ta...
10/06/2026

KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SEPALU 2026 πŸ•οΈβœ¨

πŸ“ Tempat: Ladam Merah Equine Centre, Kampung Bukit Durian, Umbai, Melaka
πŸ“… Tarikh: 9 Jun 2026
πŸ•’ Masa : 7.30 pagi
πŸ‘₯ Peserta : 40 orang murid
πŸ‘¨β€πŸ« Guru Pengiring : 5 orang

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Ladam Merah Equine Centre yang diketuai oleh Tok Din kerana sudi menerima kehadiran warga SePalu serta berkongsi pengalaman dan ilmu yang amat berharga kepada para peserta.

Melalui program ini, murid didedahkan bahawa untuk menjadi pemimpin muda yang berjaya, mereka perlu sentiasa tenang dalam membuat keputusan, bijak menyelesaikan masalah dan berani menghadapi cabaran yang mendatang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Hal Ehwal Murid (HEM) atas perancangan serta pelaksanaan program yang begitu bermakna dan memberi impak positif kepada murid-murid.

Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada AJK PIBG SK Parit Penghulu atas sumbangan masa, tenaga dan kewangan untuk membantu menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama yang erat antara sekolah dan PIBG akan terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak SePalu.

"Pemimpin hari ini, pemacu kejayaan masa hadapan." 🌟πŸ’ͺ




Address

KG PARIT PENGHULU
Sungai Rambai
77400

Telephone

+6062650159

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share