23/08/2026
23082026
REFORMASI SEKOLAH
REJUVINASI PERSEKITARAN BERMAKNA
KANVAS PENJAMINAN KUALITI
DELIMA DREAM-SPACE
DELIMA DREAM-SPACE dikaitkan dengan konsep ALAM – Akademik Lestari, Akhlak Mulia dan gagasan Sekolah Inspirasi sebagai simbol perjalanan pendidikan yang melangkaui batas ruang, masa dan imaginasi.
DELIMA DREAM-SPACE yang asalnya adalah bilik seminar biasa , telah merubah lanskap ruang belajar yang lebih bermakna dan merancang minat murid , menggambarkan sebagai sebuah “launchpad” pendidikan, tempat murid membina impian, meneroka ilmu dan berani mencipta masa depan. Elemen galaksi melambangkan keluasan ilmu, manakala planet Marikh menjadi simbol keberanian untuk meneroka perkara baharu, menghadapi cabaran dan mencapai sesuatu yang belum pernah dicapai.
Kokpit kapal angkasa p**a menjadi metafora bahawa setiap murid ialah peneraju perjalanan masa depannya sendiri. Guru bertindak sebagai navigator yang membimbing, mencetuskan inspirasi dan membuka ruang kepada murid untuk Design, Research, Explore, Apply dan Make.
Dalam kerangka ALAM, membawa tiga makna utama:
* A – Akademik: Murid meneroka ilmu secara kritis, kreatif dan berasaskan STEM, teknologi serta literasi digital.
* L – Lestari: Ilmu digunakan untuk membina masa depan yang mampan, bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada manusia serta alam.
* A – Akhlak: Setiap penerokaan dan inovasi dipandu oleh nilai, etika, tanggungjawab dan sahsiah mulia.
* M – Mulia: Aspirasi akhirnya ialah melahirkan Generasi Iqra yang berilmu, berinovasi, berdaya saing dan berakhlak mulia.
Justeru, DELIMA DREAM-SPACE bukan sekadar ruang pembelajaran bertemakan angkasa, tetapi menjadi “Mural Aspirasi ALAM”—sebuah visual yang mengingatkan warga sekolah bahawa Sekolah Inspirasi ialah sekolah yang berani bermimpi, memberi ruang untuk meneroka, membina keberanian untuk mencipta dan membentuk insan yang mampu menerajui masa depan.
“Dari ALAM kita membina akar, melalui DELIMA DREAM-SPACE kita meluncurkan impian; dari sekolah inspirasi, kita meneroka galaksi ilmu untuk mencipta masa depan .