11/03/2025
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Kelas 2025
**************************************************
Hari : Isnin ( 10 Mac 2025 )
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang dilantik menjadi barisan pemimpin muda sekolah untuk sesi 2025. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dipikul dengan penuh dedikasi, integriti, dan semangat kepimpinan yang tinggi. Jadilah contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan serta berusaha membawa perubahan positif demi kecemerlangan sekolah. Kepercayaan yang diberikan ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk mengasah bakat kepimpinan ke arah masa depan yang lebih gemilang.