KEMAS Parlimen Sungai Petani

KEMAS Parlimen Sungai Petani KEMAS Parlimen Sungai Petani

10/09/2026
10/09/2026
10/09/2026
πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰πŠππ ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππŠπƒ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π π’π”ππ†π€πˆ ππ„π“π€ππˆ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒπ€π’SUNGAI PETANI, 8 September 2026 – M...
08/09/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰πŠππ ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππŠπƒ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π π’π”ππ†π€πˆ ππ„π“π€ππˆ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒπ€π’

SUNGAI PETANI, 8 September 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Penyelarasan Parlimen (JKPP) bersama Pegawai KEMAS Daerah (PKD) Parlimen Sungai Petani, Encik Jefry bin Ismail, telah berlangsung pada Selasa, 8 September 2026, bertempat di Pejabat KEMAS Daerah Kuala Muda.

Mesyuarat yang bermula pada jam 2.00 petang itu diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan, penyelarasan serta pelaksanaan program dan aktiviti KEMAS di peringkat Parlimen Sungai Petani.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dan koordinasi antara JKPP dengan pihak KEMAS Daerah bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan berkesan.

Selain itu, mesyuarat berkenaan menjadi platform penting dalam menyelaras gerak kerja serta memastikan agenda pembangunan masyarakat yang dilaksanakan melalui KEMAS terus mencapai matlamat dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Kehadiran serta komitmen semua pihak dalam mesyuarat ini mencerminkan kesungguhan dalam memastikan pelaksanaan program KEMAS di peringkat Parlimen Sungai Petani sentiasa berada pada tahap yang terbaik demi kepentingan masyarakat.

KEMAS terus komited memperkukuh kerjasama strategik dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

07/09/2026

πŸ’ˆ JOM SERTAI KURSUS JURUGAYA RAMBUT (BARBER)! πŸ’ˆ

πŸ”₯ Nak tambah kemahiran? Nak jana pendapatan tambahan? Inilah peluang anda!

KEMAS Parlimen Kuala Kedah kini membuka permohonan Kursus Kemahiran Quick Win Dandanan Diri – Jurugaya Rambut (Barber) Tahun 2026. βœ‚οΈπŸ’‡β€β™‚οΈ
Kursus ini sesuai untuk komuniti B40 berumur 18 hingga 45 tahun yang berminat untuk mempelajari kemahiran asas gunting rambut serta membina peluang perniagaan dalam bidang barber.
✨ Apa yang anda akan dapat? βœ… Latihan praktikal kemahiran barber
βœ… Belajar teknik gunting & sikat
βœ… Teknik potongan rambut moden
βœ… Penjagaan rambut & kulit kepala
βœ… Bimbingan dan sokongan sepanjang kursus
βœ… Sijil disediakan
πŸ‘₯ Penyertaan TERHAD kepada 10 orang sahaja!
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kemahiran yang boleh menjadi sumber pendapatan dan peluang kerjaya masa depan.

πŸ“’ PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG!
πŸ“ž Untuk maklumat lanjut: Pn. Misbah: 011-10575334
Pn. Zailiawati: 012-5431639

πŸ‘‰ Jom daftar sekarang! Tempat terhad – siapa cepat, dia dapat! βœ‚οΈπŸ”₯
β€œKemahiran Anda, Masa Depan Anda!”
Bersama KEMAS, Membina Komuniti Sejahtera.


07/09/2026
07/09/2026
07/09/2026

πˆπππ€π‹πˆπ‹π‹π€π‡πˆ 𝐖𝐀 πˆπππ€ πˆπ‹π€πˆπ‡πˆ π‘π€π‰πˆβ€™π”π

اِنّا لِلّهِ ΩˆΩŽΨ§ΩΩ†Ω‘Ψ§ Ψ§ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ’Ω†ΩŽ

β€œSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham En. Zainorin bin Pin, mantan warga INFRA dan KEMAS Ibu Pejabat serta Pengetua Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILKKL), telah kembali ke rahmatullah pada 6 September 2026.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang amat dihormati dan dikenang atas jasa serta baktinya sepanjang berkhidmat.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Bacaan Yasin dan doa untuk arwah Encik Zainorin Pin akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)
πŸ•°οΈ Masa: Selepas solat Maghrib
πŸŽ™οΈ Pemimpin Bacaan: Ustaz Nazri Mustakim, Imam Masjid Negara
πŸ’» Platform: Google Meet
πŸ”— https://meet.google.com/vku-drqq-gbq

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Al-Fatihah. 🀲🏻

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga KEMAS

07/09/2026

Address

Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Parlimen Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share