12/04/2026
Bunga melur di tepi halaman,
Harum mewangi di pagi hari,
Hari raya eratkan hubungan,
Silaturahim kekal abadi.
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi Tadika Tahfiz Teratak Al Hidayah dan Taska Tok Mama Day Care.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Hari : Selasa dan Rabu
Tarikh : 9 & 8 April 2026
Tempat : Taska Tok Mama Day Care & Tadika Tahfiz Teratak Al Hidayah
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua waris taska dan tadika yang sudi hadir serta berkongsi pelbagai juadah yang lazat. Kehadiran dan sokongan anda semua telah memeriahkan lagi suasana sambutan pada hari tersebut.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus erat dan diberkati. Diharapkan juga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan, guru-guru, anak-anak serta ibu bapa.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙✨