16/09/2020
Wakaf & Infaq Maahad Attahfiz Annur
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wakaf & Infaq Maahad Attahfiz Annur, Religious school, 27 Jalan seberang terus, Sungai Petani.
16/09/2020
14/05/2020
Terima kasih kepada ASP Ahmad Mohsin Muhammad Rodi.Ketua Balai Polis TTDI yang sudi meluang masa cuti nya untuk pelajar tahfiz bagi menerangkan gejala jenayah yang berleluasa dikalangan remaja masa kini. Jazakumullahu khairan kasiran. Semoga Allah beri balasan terbaik kepada Tuan. Februari 2020
12/05/2020
4 TAHUN MENYEWA ALHAMDULILLAH KINI TANAH WAKAF SUDAH TERSEDIA
140 ribu ORG PENYUMBANG RM10 DIPERLUKAN SEGERA
__________________
KE MANAKAH DUIT ITU AKAN DIGUNAKAN??
PEMBANGUNAN 3 TINGKAT
๐ SURAU
๐DEWAN
๐KELAS
๐ASRAMA
๐KANTIN
๐PEJABAT
๐BILIK GURU
๐ง80 pelajar
RM10 ITU BAKAL MENJADI SAHAM AKHIRAT YANG AKAN KEKAL SAMPAI KHIAMAT
Sekarang hanya mampu memuatkan 30 pelajar dan menyewa 2 buah rumah sementara untuk asrama dan kelas pengajian perempuan.
๐ Bantulah kami mendapatkan 140 ribu penyumbang yg hanya perlu menyumbangkan RM10 seorang atas nama sendiri atau ibu ayah org tersayang yg telah meninggal dunia.
Hikmah Berwakaf๐
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:
โข menzahirkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T
โข sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
โข mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
โข berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam
โข Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
โข Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.
๐ Bank in 10-560-001405-8 AFFIN BANK
07-043-01-105416-6 BANK ISLAM
(Atas nama maahad attahfiz annur)
Ustaz Syukri yamin
Pengasas & pengerusi
019-4348244
En Muhammad Hazri Zed
Setiausaha
017-9852135
Cawangan:
1. 931,kpg tok otek 13100 (spu) penaga, p**au pinang.
2. 262, kpg gurun, permatang bendahari 13100 (spu) penaga, p**au pinang.
3.2079, permatang janggus, permatang pauh, 13500 p**au pinang.
4. 27, jln seberang terus 08500 kota kuala muda, kedah
Cawangan baru.
No 673 Kpg Baru Luar,08500 Kota Kuala Muda,Kedah.
10/05/2020
*4 TAHUN MENYEWA ALHAMDULILLAH KINI TANAH WAKAF SUDAH TERSEDIA*
*140 ribu ORG PENYUMBANG RM10 DIPERLUKAN SEGERA*
__________________
*KE MANAKAH DUIT ITU AKAN DIGUNAKAN??*
*PEMBANGUNAN 3 TINGKAT*
๐ SURAU
๐DEWAN
๐KELAS
๐ASRAMA
๐KANTIN
๐PEJABAT
๐BILIK GURU
๐ง๐ป 80 pelajar
*RM10 ITU BAKAL MENJADI SAHAM AKHIRAT YANG AKAN KEKAL SAMPAI KHIAMAT*
*Sekarang hanya mampu memuatkan 30 pelajar dan menyewa 2 buah rumah sementara untuk asrama dan kelas pengajian perempuan.*
๐ *Bantulah kami mendapatkan 140 ribu penyumbang yg hanya perlu menyumbangkan RM10 seorang atas nama sendiri atau ibu ayah org tersayang yg telah meninggal dunia.*
๐ *Bank in* *10-560-001405-8 affin bank*
*07-043-01-105416-6 bank islam*
(Atas nama maahad attahfiz annur)
๐๐๐ *Bantu sebarkan kpd 140 ribu org!!!*
Ustaz Syukri yamin
Pengasas & pengerusi
Maahad Attahfiz Annur
019-4348244
En Muhammad Hazri Zed
Setiausaha
017-9852135
No 673 Kpg Baru Luar,08500 Kota Kuala Muda,Kedah.
Cawangan:No 27 Jln Seberang Terus,
08500 Kota kuala Muda,
Kedah.
10/10/2019
18/09/2019
Guru Dan Kemuliaannya
Manusia mempunyai pelbagai keistimewaan dan ragamnya, tetapi secara khusus dapatlah dibahagikan kepada tiga. Yang berilmu, yang belajar dan yang tidak berilmu dan tidak belajar. Justeru itu, Sayyidina Ali R.A berkata:
ุงููููุงุณู ุซูููุงุซูุฉู: ููุนูุงููู
ู ุฑูุจููุงูููููุ ููู
ูุชูุนููููู
ู ุนูููู ุณูุจูููู ููุฌูุงุฉูุ ููููู
ูุฌู ุฑูุนูุงุนู ุฃูุชูุจูุงุนู ููููู ููุงุนูููุ ููู
ููููููู ู
ูุนู ููููู ุฑููุญู
โManusia ada tiga jenis: Seorang alim rabbani (yang takut kepada Allah SWT) dan seorang murid (pelajar) yang ingin selamat, dan selain itu rakyat jelata pengikut tiap suara seruan, condong mengikut arah angin.โ
Beliau juga berkata:
ุงููุนูููู
ู ุฎูููุฑู ู
ููู ุงููู
ูุงููุ ุงููุนูููู
ู ููุญูุฑูุณูููุ ููุฃูููุชู ุชูุญูุฑูุณู ุงููู
ูุงููุ ุงููุนูููู
ู ููุฒูููู ุนูููู ุงููุนูู
ูููุ ููุงููู
ูุงูู ุชูููููุตููู ุงููููููููุฉู... ููุงููุนูููู
ูุงุกู ุจูุงููููู ู
ูุง ุจููููู ุงูุฏููููุฑูุ ุฃูุนูููุงููููู
ู ู
ููููููุฏูุฉูุ ููุฃูู
ูุซูุงููููู
ู ููู ุงูููููููุจู ู
ูููุฌููุฏูุฉูุ
โIlmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan kamu menjaga harta, dan ilmu bertambah jika disiarkan sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan. Dan ulamaโ itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada, dan ajaran mereka selalu diingati dalam hati.โ (Lihat Hilyah al-Auliyaโ, 1/80, Tarikh Dimasyq, 14/18, Tazkirah al-Huffaz, 1/11 dan Tahzib al-Kamal, 24/220)
Keutamaan Mengajar Ilmu
Orang yang menunjukkan suatu kebaikan kepada seseorang seperti mengajarkan ilmu, maka dia juga akan memperoleh pahala sepertimana pahala orang yang dia ajarkan. Daripada Abu Masโud Uqbah bin Amir al-Ansari R.A, Rasulullah SAW bersabda:
ู
ููู ุฏูููู ุนูููู ุฎูููุฑู ูููููู ู
ูุซููู ุฃูุฌูุฑู ููุงุนููููู
โBarangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.โ [Riwayat Muslim (1893)]
Imam Nawawi dalam menjelaskan hadith di atas berkata: โKelebihan orang yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, memberikan perhatian dan membantu orang yang melakukan kebaikan. Pada hadith ini juga terdapat kelebihan mengajarkan ilmu dan kewajiban ibadah terutama kepada orang yang akan mengamalkan ibadah tersebut dari kalangan orang yang rajin beribadah dan selainnya.โ (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 6/370)
Imam al-Qurtubi p**a berpendapat bahawa sesungguhnya semisal (di sini maksudnya) sama baik kadar atau penggandaannya. Kerana ganjaran/pahala pelbagai amalan sesungguhnya hanya keutamaan dari Allah, yang akan Dia berikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, atas segala sesuatu yang muncul darinya. Terutama jika niatnya benar, di mana niat merupakan asal/pokok pelbagai amalan.โ (Lihat Syarh Sahih Adab al-Mufrad, 1/290)
Amalan kebaikan yang boleh ditunjukkan merangkumi perbuatan, percakapan dan penulisan. Inilah kelebihan dan anugerah besar daripada Allah SWT yang Maha Pemurah Lagi Maha Besar Kurniaan-Nya. (Lihat Nuzhah al-Muttaqin Syarh Riyadh al-Salihin)
Orang yang memberikan suatu kemanfaatan tidak akan terputus amal perbuatannya, selama mana kemanfaatan tersebut dinisbahkan kepadanya. Ini adalah tugas dari para Nabi dan Rasul, serta yang menyeru kepada agama ini dengan ikhlas. (Lihat Madarij al-Salikin, 1/87)
Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
ู
ููู ุณูููู ููู ุงูุฅูุณููุงูู
ู ุณููููุฉู ุญูุณูููุฉู ููุนูู
ููู ุจูููุง ุจูุนูุฏููู ููุชูุจู ูููู ู
ูุซููู ุฃูุฌูุฑู ู
ููู ุนูู
ููู ุจูููุง ูููุงู ููููููุตู ู
ููู ุฃูุฌููุฑูููู
ู ุดูููุกู ููู
ููู ุณูููู ููู ุงูุฅูุณููุงูู
ู ุณููููุฉู ุณููููุฆูุฉู ููุนูู
ููู ุจูููุง ุจูุนูุฏููู ููุชูุจู ุนููููููู ู
ูุซููู ููุฒูุฑู ู
ููู ุนูู
ููู ุจูููุง ูููุงู ููููููุตู ู
ููู ุฃูููุฒูุงุฑูููู
ู ุดูููุกู
โBarangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.โ [Riwayat Muslim (1017)]
Oleh itu, daripada nas-nas yang dinyatakan di atas, jelas bahawa orang yang menunjukkan sesuatu kebaikan kepada orang lain, khususnya dalam pengajaran ilmu, maka sudah tentu mempunyai kelebihan dan keutamaan yang besar.
Gelaran Guru
Betapa mulianya guru sehingga mereka digelar dengan pelbagai gelaran seperti cikgu, ustaz, maulana, tok guru, syeikh, dan juga kadang-kadang disifatkan sebagai mursyid, murabbi, muaddib dan lain-lain. Ini jelas menunjukkan ianya disanjung kerana dengan merekalah manusia menjadi manusia bahkan diisi dengan jati diri, akhlak, modal insan di samping membawa kepada maโrifatullah.
Kami lebih cenderung agar guru dikenali sebagai muโallim yang memberi maksud pemberi dan pengajar ilmu. Oleh kerana guru memiliki segunung ilmu, maka sudah pasti ia dapat menaungi, membimbing, mengasuh dan mendidik murid dan pelajarnya sehingga jadilah mereka dengan watak-watak mulia, soleh, berpekerti dan lain-lain sekalipun menjawat pelbagai jawatan atau menceburi pelbagai bidang tugas dan pekerjaan. Sudah pasti ilmu yang diterima oleh seseorang sejak mengenali alif, ba, ta, dari gurunya sentiasa menjadi azimat dan panduan dalam menempuh rencah kehidupan.
Martabat Guru
Dengan menekuni nas-nas jelas menunjukkan betapa mulianya guru kerana dia telah membawa bersamanya ilmu. Begitu juga dengannya dia dapat menunjukkan pelajarnya erti kehidupan dan kemanusiaan yang mana wajib mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Antara yang menunjukkan kemuliaan guru atau muโallim ialah:
1. Kebaikan yang Allah SWT kurniakan kepadanya
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:
ู
ููู ููุฑูุฏู ุงููููููู ุจููู ุฎูููุฑูุง, ููููููููููู ููู ุงููุฏููููู
โSiapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya.โ [Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037)]
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: โDalam hadith ini terdapat keterangan yang jelas tentang kelebihan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia. Begitu juga keutamaan ilmu agama di atas ilmu-ilmu yang lain.โ (Lihat Fath al-Bari, 1/165)
2. Guru sebagai khazanah harta yang tiada ternilai
Benarlah sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
ููุงููููุงุณู ู
ูุนูุงุฏูููุ ุฎูููุงุฑูููู
ู ููู ุงููุฌูุงูููููููุฉู ุฎูููุงุฑูููู
ู ููู ุงูุฅูุณููุงูู
ู ุฅูุฐูุง ูููููููุง
โManusia itu adalah umpama barang-barang galian seperti barang galian emas dan perak. Sebaik-baik mereka di zaman kejahilan dulu juga akan menjadi sebaik-baik manusia setelah mengikut Islam jika mereka memahami Islam itu.โ [Riwayat Bukhari (3495) dan Muslim (2526)]
3. Guru menjadi penunjuk jalan kebaikan
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah R.Ahuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ู
ููู ุณูููู ููู ุงููุฅูุณูููุงู
ู ุณููููุฉู ุญูุณูููุฉูุ ููุนูู
ููู ุจูููุง ุจูุนูุฏูููุ ููุชูุจู ูููู ู
ูุซููู ุฃูุฌูุฑู ู
ููู ุนูู
ููู ุจูููุงุ ููููุง ููููููุตู ู
ููู ุฃูุฌููุฑูููู
ู ุดูููุกู
โBarangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun.โ [Riwayat Muslim (1017)]
4. Guru selamat daripada celaan
Hal ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:
ุงูุฏููููููุง ู
ูููุนููููุฉูุ ู
ูููุนูููู ู
ูุง ูููููุง ุฅููููุง ุฐูููุฑู ุงูููู ุฃููู ุนูุงููู
ูุง ุฃููู ู
ูุชูุนููููู
ูุง
โDunia ini dan seisinya adalah laknat kecuali mengingati Allah, yang membawa kepada taat kepada-Nya, orang alim (guru) dan pelajar.โ [Riwayat Ibn Majah (4112) dan al-Tirmidzi (2322), Syeikh Syuaib al-Arnaut menghukumkan sanad hadis ini sebagai hasan]
Sebenarnya terlalu banyak kelebihan guru dan penuntut ilmu. Justeru, memadai apa yang telah disebutkan di atas.
Tanggungjawab Kepada Guru
Oleh kerana guru adalah pelita kepada ummah yang memegang wazifah sebagai pewaris Nabi, sudah pasti kedudukannya hendaklah dimuliakan. Kerana itu ramai dalam kalangan para ulamaโ mengarang kitab, menekankan betapa pentingnya penghormatan dan kemuliaan kepada guru. Antara mereka adalah seperti Imam al-Ghazali, Ibn Abd al-Bar, Abd al-Fatah Abu Ghuddah, Bakar bin Zid dan al-Ajurri.
Sasterawan Negara, Osman Awang dalam sajaknya yang bertajuk โGuru Oh Guruโ menyebut:
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulamaโ yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya bermula oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Oleh itu, sebagai pelajar dan murid, wajib kita memuliakan guru kita dan antara tanggungjawab yang sepatutnya kita tunaikan ialah:
1. Menghormati dan memuliakannya, walaupun sudah selesai dari bangku sekolah
Rasulullah SAW pernah bersabda:
ููููุณู ู
ููููุง ู
ููู ููู
ู ููุฑูุญูู
ู ุตูุบููุฑูููุง ููููุฌูููู ููุจููุฑูููุง ูููููู ููุนูุงููู
ูููุง
โBukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi yang muda, tidak menghormati yang tua, dan tidak mengerti hak ulama kami.โ [Riwayat Ahmad (5/323) dan al-Bazzar (2718)]
Imam Nawawi berkata: โSeorang murid hendaklah melihat gurunya dengan pandangan penghormatan. Hendaklah dia meyakini keahlian gurunya berbanding yang lain. Kerana perkara itu akan menjadikan seorang murid dapat mengambil banyak manfaat darinya, dan lebih dapat memberi kesan dalam hati terhadap apa yang dia dengar dari gurunya tersebut.โ (Lihat al-Majmuโ, 1/84)
2. Berdoa untuk kepada guru
Sabda Rasulullah SAW:
ู
ููู ุตูููุนู ุฅูููููููู
ู ู
ูุนูุฑููููุง ููููุงููุฆูููู ุ ููุฅููู ููู
ู ุชูุฌูุฏููุง ู
ูุง ุชูููุงููุฆูููููู ููุงุฏูุนููุง ูููู ุญูุชููู ุชูุฑูููุง ุฃููููููู
ู ููุฏู ููุงููุฃูุชูู
ูููู
โSesiapa yang berbuat kepada kamu kebaikan maka balaslah. Jika kamu tidak mempunyai sesuatu untuk membalasnya, maka doakanlah dia, sehingga kamu merasakan bahawa kamu sudah membalasnya.โ [Riwayat Abu Daud (1672)]
Hal ini juga sepertimana yang telah dilakukan oleh salaf al-Soleh. Antaranya disebut bahawa Imam Ahmad selalu berdoa untuk Imam al-Syafiโe yang menjadi gurunya.
3. Menjaga adab ketika berada dalam majlis guru seperti memberi sepenuh perhatian dan fokus. Ahmad bin Sinan menjelaskan mengenai majlis Abd al-Rahman bin Mahdi, guru Imam Ahmad, katanya: โTidak ada seorang pun yang bercakap-cakap dalam majlis Abd al-Rahman bin Mahdi, tidak ada seorang pun yang berdiri, tidak ada seorang pun yang mengasah pena dan tidak ada yang tersenyum.โ (Lihat Siyar Aโlam al-Nubalaโ, 17/161)
4. Menolong dan membantu serta menyelesaikan hajat gurunya apabila gurunya perlu kepada bantuannya dengan ini sudah pasti unsur keberkatan akan menyelubungi kehidupan murid tersebut.
5. Tidak berasa hati apatah lagi berdendam kepada gurunya, begitu juga dengan memukul gurunya. Ini kerana, sifat tersebut amat bercanggah dengan nilai dan etika seorang pelajar ilmu.
6. Menziarahi gurunya apabila sakit atau mati. Begitu juga jika perlu pada masa hayat gurunya dengan menzahirkan sifat tawaduk sekalipun muridnya sudah menjadi tokoh yang terbilang.
7. Tidak sombong serta takabbur kepada gurunya. Begitu juga menjaga adab ketika bersamanya. Sayyidina Ali R.A pernah berkata: โAntara hak orang alim yang mesti kamu tunaikan ialah, kamu hendaklah memberi salam kepada orang ramai secara umum tetapi memberi salam kepadanya secara khusus. Kamu hendaklah duduk di hadapannya dan jangan menggerak-gerakkan isyarat tangan ketika berada di sisinya. Jangan sekali-kali kamu mengenyitkan mata di hadapannya, jangan terlalu banyak bertanya kepadanya, jangan cuba membantunya dalam memberikan sesuatu jawapan, jangan kamu mendesaknya ketika dia rasa malas dan jangan berulang-ulang kali mengajaknya jika dia enggan.โ (Lihat Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 22)
8. Sentiasa bersikap rendah diri kepada guru. Ibn Jamaโah berkata: โHendaklah seorang murid mengetahui bahawa rendah dirinya kepada seorang guru adalah kemuliaan, dan tunduknya adalah kebanggaan.โ (Lihat Tazkirah al-Samiโ wa al-Mutakallim, hlm. 88)
Ibn al-Muโtaz berkata: โPelajar yang tawaduk dan selalu merendah diri sudah pasti akan mendapat banyak ilmu umpama tanah yang rendah akan mengalir kepadanya air yang lebih banyak.โ
9. Mencontohi dan meneladani akhlak guru. Imam al-Samโani menceritakan bahawa majlis Imam Ahmad bin Hanbal dihadiri oleh lima ribu orang. Lima ratus orang menulis, manakala selainnya hanya ingin melihat dan meniru adab dan akhlak Imam Ahmad. (Lihat Siyar Aโlam al-Nubalaโ, 11/316)
Selain itu, antara adab dengan guru juga ialah tidak membenci guru, tidak memaki guru, tidak menyakiti guru, tidak menyakiti hatinya, tidak meninggikan suara dengan guru, tidak bermasam muka dengan guru dan tidak menghina guru. (Lihat Tinta Nasihat untuk Penuntut Ilmu, hlm. 127)s
Penutup
Al-Quran dan hadith menekankan ketinggian ilmu dan penghormatan kepada guru dalam banyak riwayat yang masyhur. Justeru, sebagai seorang pelajar atau mahasiswa, penghormatan bukan semata-mata diluahkan dengan kata-kata tetapi dengan tindakan dan hati yang mentauqirkan kemuliaan guru.
Lihatlah sejarah bagaimana penghormatan para Sahabat R.Anhum terhadap guru mereka, Rasulullah SAW melalui tindak tanduk dan kesopanan ketika menuntut mutiara ilmu daripada Rasulullah SAW. Sebuah buku kecil yang dinamakan Ayyuhal Walad karangan Imam al-Ghazali, menekankan isu penghormatan murid kepada guru dan juga adab pelajar kepada guru.
Sebagai penutup, kami nukilkan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Musa R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
ู
ูุซููู ู
ูุง ุจูุนูุซูููู ุงูููููู ุจููู ู
ููู ุงููููุฏูู ููุงููุนูููู
ู ููู
ูุซููู ุงููุบูููุซู ุงููููุซููุฑู ุฃูุตูุงุจู ุฃูุฑูุถูุงุ ููููุงูู ู
ูููููุง ูููููููุฉู ููุจูููุชู ุงููู
ูุงุกูุ ููุฃูููุจูุชูุชู ุงูููููุฃู ููุงููุนูุดูุจู ุงููููุซููุฑูุ ููููุงููุชู ู
ูููููุง ุฃูุฌูุงุฏูุจู ุฃูู
ูุณูููุชู ุงููู
ูุงุกูุ ููููููุนู ุงูููููู ุจูููุง ุงููููุงุณูุ ููุดูุฑูุจููุง ููุณูููููุง ููุฒูุฑูุนููุงุ ููุฃูุตูุงุจูุชู ู
ูููููุง ุทูุงุฆูููุฉู ุฃูุฎูุฑููุ ุฅููููู
ูุง ูููู ูููุนูุงูู ูุงู ุชูู
ูุณููู ู
ูุงุกูุ ูููุงู ุชูููุจูุชู ูููุฃูุ ููุฐููููู ู
ูุซููู ู
ููู ูููููู ููู ุฏูููู ุงูููููู ููููููุนููู ู
ูุง ุจูุนูุซูููู ุงูููููู ุจูููุ ููุนูููู
ู ููุนููููู
ูุ ููู
ูุซููู ู
ููู ููู
ู ููุฑูููุนู ุจูุฐููููู ุฑูุฃูุณูุงุ ููููู
ู ููููุจููู ููุฏูู ุงูููููู ุงูููุฐูู ุฃูุฑูุณูููุชู ุจููู
โBandingan petunjuk dan ilmu yang diutuskan kepadaku ialah seperti hujan yang menimpa bumi. Maka sebahagian daripada bumi itu ada tanah yang subur menyerap air lalu menumbuhkan rumput dan tanaman lain yang banyak. Dan terdapat sebahagian daripadanya tanah yang keras yang tidak menyerap tetapi menakung air. Allah SWT menjadikannya juga bermanfaat kepada manusia lalu mereka minum, memberi minum dan menyiram tanaman dengannya. Dan terdapat p**a sebahagian daripadanya tanah yang keras dan rata yang tidak menakung air dan tidak menumbuhkan tanaman. Itulah bandingan orang yang memahami agama Allah SWT dan mengambil manfaat daripada ajaran yang diutuskan kepadaku lalu dia belajar dan mengajar. Dan juga bandingan orang yang tidak menghiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan itu) serta tidak mahu p**a menerima petunjuk yang aku diutuskan membawanya.โ [Riwayat Bukhari (79) dan Muslim (2282)]
Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata: โHadith di atas menjelaskan mengenai apa yang berlaku ke atas makhluk. Di mana, para fuqahaโ yang memahami adalah umpama tanah yang menerima hujan lalu menumbuhkan tumbuhan. Ini kerana mereka adalah golongan berilmu, faham dan mengajarkannya p**a kepada manusia. Golongan ahli hadith tetapi tidak dikurniakan kefahaman dan kesedaran, mereka adalah umpama tanah yang keras dan gersang yang tidak menyerap air tetapi menakungnya sehingga orang yang berada di sisi mereka dapat mengambil manfaat daripadanya. Manakala orang yang mendengar tetapi tidak belajar dan menghafalnya adalah golongan awam yang jahil.โ (Lihat Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 1/5)
Akhir kalam, semoga Allah SWT membalas jasa baik guru-guru di dunia dan seterusnya melayakkan mereka mendapat kedudukan yang terpuji di akhirat nanti. Amin.
Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | M***i Wilayah Persekutuan
NASEHAT RUHANI SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani qaddasallahu sirrahu mengatakan:
"Wahai saudaraku, jika engkau berada dalam kejayaan, maka manfaatkanlah kejayaanmu itu untuk bekal amal taat kepada-Nya. Gunakanlah kejayaan itu untuk mencari jalan menuju kepada jalan-Nya.
Wahai saudaraku, ingatlah bahwa harta yang engkau miliki itu dapat membakar dan menghanguskan kulitmu di akhirat nanti. Maka belanjakanlah hartamu sesuai dengan ketentuan Al-Qurโan dan sunah Rasulmu. Agar engkau menjadi sejahtera, dunia dan akhirat.
Wahai saudaraku, cepat-cepatlah engkau menuju kepada Allah. Berlarilah kepada Allah.
Gunakanlah harta yang ada di tanganmu untuk alat menuju kepada-Nya, untuk menegakkan syariat-Nya, untuk taat kepada-Nya dan untuk mencari ridha-Nya. Seorang mukmin itu harus tahu bahwa Al-Qurโan adalah roh hidayah yang ada di alam ini, oleh karena itu, antara orang muslim dan Al-Qurโan harus ada hubungan yang erat.
Sebab Al-Qurโan adalah tali Allah yang kuat dan jalan yang lurus. Al-Qurโan sebagai rahmat untuk alam semesta dan sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia.
Dalam Al-Qurโan telah terhimpun dasar-dasar kebaikan dan petunjuk untuk membangun kehidupan dan meletakkan landasan ketenteraman di muka bumi ini.
Allah Swt. berfirman:โSesungguhnya Al-Qurโan ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal shalih bahwa bagi mereka ada pahala yang besar.โ (QS Al-Isrรข' [17] :9)โ
--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani wa al-Faidh ar-Rahmani
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
27 Jalan Seberang Terus
Sungai Petani
08500