12/11/2025
Kanak-kanak memang fitrahnya s**a bermain. Dunia mereka dibina daripada imaginasi, warna, dan rasa ingin tahu.
Jadi bila ibu bapa kreatif ubah tugasan harian jadi poke hole game, ia bukan sekadar aktiviti s**a-s**a tapi cara bijak mendidik dengan cara yang anak faham dan s**a.
Setiap kali anak siapkan satu tugasan, mereka boleh tebuk satu lubang dan temui kejutan kecil di dalamnya.Murah, mudah dibuat, tapi kesannya besar.Anak belajar bahawa usaha membawa keseronokan, bukan tekanan.
Dari sudut psikologi kanak-kanak, ini bukan sekadar permainan. Setiap kali anak berjaya dan menerima ganjaran, otak mereka menghasilkan dopamine hormon gembira yang menguatkan semangat dan membina keyakinan diri.
Anak belajar bahawa usaha membawa hasil, dan sabar itu berbaloi.
Tapi ibu bapa juga perlu berhati-hati.
Kalau digunakan terlalu kerap, anak mungkin hanya bertindak kerana hadiah, bukan kerana tanggungjawab.
Ibu bapa boleh gunakan poke hole game sebagai langkah awal untuk bina momentum.
Apabila tabiat sudah mula terbentuk, gantikan dengan bentuk ganjaran emosi pelukan, pujian, atau aktiviti bersama keluarga.
Sebab itulah, bila anak diajar rajin sejak kecil, mereka bukan saja belajar buat kerja mereka belajar bagaimana usaha hari ini membuka peluang lebih besar untuk masa depan.