06/06/2026
PENDAFTARAN STADY SESI 2027
DIBUKA SEKARANG‼️
✅ TADIKA 5 DAN 6 TAHUN
✅ TAHUN 1 (7 TAHUN)
Sila klik dan isi borang pendaftaran dibawah:
https://asis.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=asis0076
🟢 Info pendaftaran :
Tadika pilih ▶️ Tahap 0
Tahun 1 pilih ▶️ Tahap 1
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak sekolah:
www.wasap.my/601158680250 (Pejabat)
www.wasap.my/60194042054 (Ustaz Hakim)
www.wasap.my/60134564555 (Ustazah Shidatul)
Daftar sekarang
Tempat sangat terhad
PENILAIAN PELAJAR akan dibuat pada bulan JULAI 2026
29/05/2026
[[ UPDATE : KHAMIS, 28 MEI 2026 ]
PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH
BERSAMA STADY 2026
LENSA 3
GURU DAN STAF MENJAYAKAN PROGRAM KORBAN.
Antara momen sepanjang Program Korban dan Aqiqah bersama guru-guru serta staf yang bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan setiap urusan program.
Terima kasih atas segala tenaga, kerjasama dan komitmen yang diberikan demi memastikan program berjalan dengan lancar dan teratur.
Semoga segala usaha ini menjadi amal kebajikan yang diberkati Allah SWT. ✨
29/05/2026
[ UPDATE : KHAMIS, 28 MEI 2026 ]
PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH
BERSAMA STADY 2026
LENSA 2
PROSES TIMBANG, PEMBAHAGIAN, AGIHAN DAN EDARAN 📦🥩
Daging korban turut diedarkan kepada jiran-jiran serta golongan asnaf.
Semoga segala usaha dan khidmat yang diberikan menjadi amal soleh dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. 🤍
29/05/2026
[ UPDATE : KHAMIS, 28 MEI 2026 ]
PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH
BERSAMA STADY 2026
LENSA 1
PROSES POTONG DAGING 🥩
Program Korban dan Aqiqah bersama STADY 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan.
Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan dengan penyertaan beberapa bahagian korban dan aqiqah daripada para peserta.
Terima kasih kepada semua peserta korban dan aqiqah, guru-guru, staf serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga segala ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan buat semua. 🤍
27/05/2026
🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Semoga setiap ibadah korban yang dilakukan diterima Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda. 🤍
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
Salam Aidiladha daripada seluruh warga SMART Tahfiz Darul Bayan. 🐄✨
19/05/2026
MULTITASK BETUL WARGA STADY MINGGU NI.
Pelajar sibuk, guru-guru pun makin sibuk 😄
Masing-masing sedang bertungkus-lumus membuat persiapan sempena sambutan Hari Guru. Bukan pelajar sahaja ada persembahan, guru-guru pun turut sama membuat latihan.
Ada juga pelajar yang terlibat dengan MIISRI dan sedang gigih berlatih setiap hari. Dalam suasana yang penuh kesibukan ini, guru-guru p**a makin kalut mengurus persiapan, latihan dan pelbagai tugasan lain.
Pelajar Tahun 6 p**a sedang “pulun” kelas tuisyen SPI sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
Semoga segala usaha, penat lelah dan pengorbanan guru-guru serta pelajar dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. 🌷
18/05/2026
[ UPDATE : ISNIN, 18 MEI 2026 ]
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Hari ke-2 peperiksaan berlangsung sejak Ahad yang kelmarin. Anak-anak STADY sedang sibuk menjawab soalan dengan penuh fokus dan semangat ✍️✨
Semoga dipermudahkan urusan, diberikan ketenangan hati serta memperoleh keputusan yang cemerlang InsyaAllah 🤲
17/05/2026
[ UPDATE : AHAD, 17 MEI 2026 ]
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN UPKK 2025
DAN TAKLIMAT SPI 2026
Alhamdulillah, majlis penyerahan keputusan UPKK 2025 secara rasmi telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Tahniah kepada semua pelajar atas usaha serta pencapaian yang diperoleh 🌟
Turut diadakan taklimat berkaitan proses menduduki SPI 2026 yang melibatkan penerangan jadual, prosedur dan persediaan kepada para pelajar serta ibu bapa bagi memastikan perjalanan peperiksaan berjalan dengan teratur dan lancar.
Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang buat semua pelajar 🤍
15/05/2026
✨SELAMAT HARI GURU ✨
Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk jiwa, akhlak dan masa depan generasi akan datang.
Terima kasih kepada seluruh guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk anak-anak menjadi insan berilmu, berakhlak serta cinta akan Al-Quran.
Semoga setiap langkah dan usaha para guru dalam mendidik anak bangsa sentiasa diberkati Allah.
Terus istiqamah menyemai cinta kepada ilmu dan Al-Quran dalam jiwa generasi pewaris ummah.