12/08/2026
ASSAK Terus Menyokong Kecemerlangan Akademik, Sukan & Sahsiah 🌟
Hari ini, ASSAK melalui Biro Pendidikan, Tabung Dana Jiwa Sains Kedah (JSK) berkesempatan hadir menerima jemputan pihak sekolah untuk penyerahan sumbangan Batting Net Kriket serta Robot Sumo untuk kegunaan murid-murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan STEM.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen Biro Pendidikan ASSAK untuk terus bersama-sama sekolah dalam menyokong kecemerlangan akademik, sukan dan sahsiah murid secara seimbang.
Bagi kami, kecemerlangan bukan hanya tentang pencapaian di dalam kelas, tetapi turut merangkumi pembentukan generasi yang aktif, berdaya saing, kreatif, berdisiplin, berkemahiran dan mempunyai sahsiah yang baik.
Kunjungan ini juga menjadi kesempatan untuk wakil Biro Pendidikan ASSAK bertemu dan mengucapkan selamat datang kepada Pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa yang baharu, Puan Rohana binti Said. Semoga kepimpinan baharu ini terus membawa warga sekolah ke arah pencapaian yang lebih gemilang serta membuka lebih banyak ruang kerjasama antara sekolah dan alumni.
🏏 Batting Net Kriket — menyokong pembangunan bakat, kecergasan dan semangat kesukanan murid (RM2,005)
🤖 Robot Sumo — mencetuskan minat terhadap STEM, robotik, inovasi dan kemahiran menyelesaikan masalah. (RM1,099)
ASSAK melalui Biro Pendidikan, Tabung Dana Jiwa Sains Kedah (JSK) akan terus komited menjadi rakan strategik sekolah dalam membina generasi yang cemerlang dalam akademik, hebat dalam sukan dan kukuh sahsiahnya.
Terima kasih semua ahli ASSAK yang selama ini turut menyokong program dan aktiviti anjuran Biro Pendidikan ASSAK dan kami mengharapkan sokongan ini berterusan demi alma mater