TASKA Inovasi Genius

TASKA Inovasi Genius

Share

Taska Inovasi Genius Taman kelisa Ria

11/01/2025
Photos from TASKA Inovasi Genius's post 11/01/2025

JAMUAN AKHIR TAHUN TASKA INOVASI GENIUS
Place : Playground “SUPERKIDS’

Photos from TASKA Inovasi Genius's post 27/02/2024

*PENDAFTARAN 2025 DIBUKA…!!!!!!*

* PENDAFTARAN AWAL HARGA MENARIK MENANTI ANDA…JOM DAFTAR…*

Antara aktiviti anak-anak di Taska Inovasi Genius-taman kelisa ria-01129209095

Wasap.my/+601129209095/taskainovasigenius

Photos from TASKA Inovasi Genius's post 30/09/2023

Pizza workshop

Date : 30 September 2023
Time : 9am-11pm
Place : PizzaHut Lagenda village mall

Photos from TASKA Inovasi Genius's post 05/05/2023

Aktiviti biskut raya

05/05/2023

Selamat hari raya 2023

22/03/2023

MARHABAN YAA RAMADHAN.

Selamat Menyambut & Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1444H.Semoga Kita Diberikan Keberkahan, Kasih Sayang & Amal Ibadah Kita Diterima Oleh Allah SWT.
Aaminn

20/03/2023

Apa kesudahan buruk yang berlaku di sekolah bila anak diberi gajet secara berlebihan di rumah?

1) Murid susah fokus.
Dua deria utama yang membantu anak fokus adalah mata dan telinganya. Dalam bahasa pakar, visual dan auditori. Deria ini tidak boleh diransang secara kerap dan berlebihan, kerana ia akan mengakibatkan kecelaruan.

Cuba tengok rancangan kanak-kanak di tv dan gajet. Warnanya menarik. Watak kartunnya laju bergerak. Bunyi-bunyi yang dihasilkan pun sedap. Semua ini menyebabkan gangguan terhadap deria visual dan auditori mereka.

Kesannya, bila di dalam kelas mata anak-anak ini sukar fokus terhadap guru yang mengajar. Mereka mudah terganggu dengan warna cat dinding, kawan sebelah yang bergerak, hiasan di sekitar kelas dan apa sahaja objek di sekeliling. Bila diminta untuk menyalin perkataan di papan putih, mereka memerlukan masa yang lebih. Ini adalah kerana visual motor mereka kurang berkemampuan untuk menjejak dan mengimbas imej yang ditulis guru.

Telinga p**a tidak mampu menapis bunyi suara guru yang tidak sesedap suara watak kartun di tv. Selagi suara guru tidak mencapai frekuensi kartun, selagi itu suara yang mencapai telinga anak-anak tidak sampai ke otak untuk diproses.

2) Sukar membuat aktiviti menulis, menggunting & melipat.
Anak yang terlalu akrab dengan gajet, tangannya jarang bekerja. Otot jari, pergelangan tangan dan bahunya lemah. Walaupun sudah berusia 5 tahun, mereka mudah letih apabila menulis. Bila menggunting, tangannya tak mahir untuk diguna secara bersama (kiri dan kanan).

Ibu & ayah, soroklah gajet dari penglihatan mereka. Galakkan mereka bermain sepit, mengutip manik-manik, melempar dan menangkap bola, menyusun lego, membantu di dapur, memanjat pokok, meramas tanah dan apa jua aktiviti yang melibatkan jemari dan tangan. Walaupun aktiviti ini dilihat tidak bermakna, tetapi sebenarnya ia sangat bagus dalam melatih kecekapan penggunaan tangan.

3) Tak pandai berkomunikasi.
Saya juga pernah melalui fasa jadi anak kecil yang tidak pandai berkomunikasi. ‘Interaksi’ saya di rumah banyak dengan tv. Bila di sekolah, saya ibarat patung hidup. Mimik muka saya sepanjang sekolah hanya sejenis. Orang ketawa, muka saya macam ni. Hanya sesekali otot muka saya bergerak iaitu bila menangis taknak masuk kelas.

Saya masih teringat memori di zaman tadika, saya membiar gula-gula melekit di tangan sebab tidak tahu bagaimana untuk minta izin ke tandas untuk membasuh tangan. Oleh kerana sering dimarahi, nak menyuarakan hasrat ke tandas juga mengundang rasa takut. Pernah juga saya mencubit kawan yang comel, sebab geram tengok kegebuan pipinya.

Aduhai… Itulah saya pada usia 5 tahun.
Cukuplah diri sendiri yang mengalami. Sebaik-baik guru adalah belajar dari pengalaman. Pengalaman itu cukup untuk membina azam dalam diri untuk anak-anak tidak ikut apa yang pernah saya alami.

Walaupun saya memberi contoh pendiam sebagai satu masalah bersosial, TAPI tak bermakna kita boleh rasa selesa bila anak petah berkata-kata.

Pandai bercakap tidak semestinya pandai berkomunikasi. Pandai ABC tak semestinya pandai berinteraksi. Walaupun anak belajar banyak kosa kata melalui gajet, tapi gajet tidak mengajar anak skil interaksi. Kita mungkin lihat anak pandai menyebut itu dan ini, tapi bila nak sesuatu, mereka tak tau cara nak meminta yang tidak menyinggung. Apabila menegur, mereka tak tau cara tegur yang tak canggung.

Untuk menggalakkan komunikasi pada anak, selalulah bertentang mata. Balas setiap tanya dan respon setiap cerita. Beri mereka peluang berkomunikasi sebanyak-banyakknya dengan manusia, bukan dengan dengan gajet semata-mata.

4. Tidak pandai mengurus diri.
Mengurus diri perlu mahir menggunakan badan. Mandi, makan, bersihkan diri, pakai seluar, pakai stoking dan kasut, segalanya perlu diuruskan anak dengan sendiri.

Perlakuan ni nampak asas. Tetapi sukar untuk anak yang biasanya dibiarkan diam tak bergerak, walaupun sudah berusia 5 tahun.

Anak yang kurang bergerak, dikhuatiri mengalami masalah pada deria keseimbangan dan deria sendi badan. Masalah ini menyukarkan anak-anak untuk membuat aktiviti asas seperti meniti longkang, mengurus diri di mangkuk tandas, berdiri di kalangan kanak-kanak di dalam barisan, melompat (ke depan atau ke bawah), memakai seluar dan sebagainya. Ini kerana badan mereka terasa tidak seimbang dan canggung.

Masalah pada deria sendi p**a menyukarkan anak untuk mengagak daya yang perlu dikenakan ketika membuat pelbagai aktiviti. Bila menulis, kertas pon boleh koyak, atau tulisannya tidak kelihatan. Bila membaling bola, sokmo tak masuk ke gol. Bila menuang air pun tumpah.

Untuk mengelakkan dari terjadinya perkara ini, galakkan anak guna tubuh. Tak lain tak bukan, kena galakkan anak lasak bermain.

5. Tidak boleh duduk diam.
Ini adalah masalah yang amat memeningkan guru. Lebih memeningkan bila masuk sekolah rendah, masalah ini masih berterusan.

Bila duduk di atas kerusi, kerusinya dijengket-jengket dan kakinya tak berhenti bergoncang. Badannya tidak boleh duduk diam dalam masa tertentu kerana badannya ‘laparkan’ pergerakan.

SIni kerana, waktu 5 tahun pertama, mereka kurang bergerak. Situasi ini dipanggil pakar sebagai SPD Vestibular. Iaitu kurang sensitif terhadap deria keseimbangan. Memanjat, merangkak, wheel-barrow, melompat, berguling, berlari dan apa jua pergerakan aktif dapat mengurangkan ‘craving’ tersebut.

Hanya dengan mengasingkan anak dengan gajet dan tv, kita akan bantu guru-guru menyelesaikan 5 masalah besar ni. Kita akan bantu otak anak kita berkembang sebagaimana yang sepatutnya.

Cari kesempatan lapangkan waktu bersama anak-anak. Lebih banyak masa dengan kita, lagi kurang alasan untuk mereka bersama gajet

Credit: Puan Zaidatul Laili Ahmad

Want your school to be the top-listed School/college in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


No 190 Jalan KELISA RIA, 1/5 TAMAN KELISA RIA
Sungai Petani
08000