PPKI Sk Sg. LAYAR - Selayar

PPKI Sk Sg. LAYAR - Selayar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PPKI Sk Sg. LAYAR - Selayar, School, SK SUNGAI LAYAR, Sungai Petani.

Tahniah Wira Petanque Pendidikan Khas! 🥉Berita gembira dari Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Daerah Kuala Muda!Kami...
05/10/2025

Tahniah Wira Petanque Pendidikan Khas! 🥉
Berita gembira dari Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Daerah Kuala Muda!

Kami sangat bangga mengumumkan bahawa pasukan petanque pendidikan khas kita telah berjaya merangkul Tempat Ketiga! Ini adalah pencapaian yang sangat hebat, menewaskan 30 kumpulan lain dari seluruh daerah Kuala Muda! 🥳

Tahniah kepada atlet-atlet cemerlang kita:

1.Muhammad Shauqi bin Roslan

2.Muhammad Danish bin Roslan

3.M. Sharul Nizam bin Fauzi

Manakala pasukan petanque kategori perempuan sekadar penyertaan untuk tahun ini.

1. Nur Medina Bt Redzuan
2. Amina Zahra Bt Samsuri
3. Maryam Jameela Bt Jerald Adnan

Semangat kesukanan dan kerja keras anda benar-benar membuahkan hasil. Anda membuktikan bahawa tiada batasan untuk mencapai kejayaan! 👏

Tarikh: 1 Oktober 2025

Tempat: IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Lawatan sambil belajar ke IpohTarikh : 26.6.2025
27/06/2025

Lawatan sambil belajar ke Ipoh
Tarikh : 26.6.2025

Aktiviti penuaian hasil tanaman anak-anak PPKI Selayar.Hasil tanaman dijual kepada komuniti sekolah bagi menjana ekonomi...
01/06/2025

Aktiviti penuaian hasil tanaman anak-anak PPKI Selayar.

Hasil tanaman dijual kepada komuniti sekolah bagi menjana ekonomi kebun.

Terima kasih kepada semua yang menyokong aktiviti ini.

Tarikh : 28.5. 2025


22/05/2025

Alhamdulillah..
Selesai satu lagi pertandingan e - cup stacking peringkat daerah Kuala Muda yang disertai oleh anak-anak ppki Selayar.

Tahniah diucapkan kepada

adik Maryam Jameelah berada ditempat ke 3 bagi kategori Perempuan bawah 12 tahun

dan

adik Adam Ihsan berada ditempat ke 4 kategori Lelaki 15 tahun

Pendedahan baru buat anak-anak ppki selayar dalam sukan e-stacking.

come back strongerrrrr... Tungguuu 😆😆

Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah tamat sudah saingan anak-anak ppki Selayar kita di Kejohanan Olahraga Pendidikan Kha...
16/05/2025

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah tamat sudah saingan anak-anak ppki Selayar kita di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Kuala Muda dengan kutipan 3 emas 🥇🥇🥇
Pingat emas disumbangkan melalui acara

100 M (BPL12) Emas🥇 oleh adik Airil Rayyan

200 M ( BPL15) Emas🥇 oleh adik Muhammad Danish

dan

Lompat Jauh(BPL15) Emas🥇oleh adik Muhammad Danish

Turut menyertai saingan

Nur Medina 100M (BPP15)
Muhammad Idham Lontar peluru (BPL12)
Muhammad Adil Danish 100M 200M Lompat Jauh (BPL15)
Maryam Jameelah Lontar Peluru ( BPP12)

Tahniah diucapkan kepada semua. ❤️


11/05/2025

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua yang bergelar ibu.

‘Sentuhan kasih ibu’ adalah anugerah terindah setiap insan.




Assalamualaikum WBTALHAMDULILLAHSYUKUR YA ALLAHDengan izinNya PROGRAM BOLING PPKI SK SUNGAI LAYAR dapat dilaksanakan den...
07/05/2025

Assalamualaikum WBT

ALHAMDULILLAH
SYUKUR YA ALLAH

Dengan izinNya PROGRAM BOLING PPKI SK SUNGAI LAYAR dapat dilaksanakan dengan jayanya

Tarikh: 07.05.2025
Tempat : Amanjaya bowling centre
Masa: 930 am

Tahniah, syabas dan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama semua ahli keluarga , ibubapa/ penjaga PPKI SK Sungai Layar♥️

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah Program Pendidikan Khas( PPKI) SelayarSambutan Hari Raya PPKI SK Sungai LayarTarikh...
23/04/2025

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah Program Pendidikan Khas( PPKI) Selayar

Sambutan Hari Raya PPKI SK Sungai Layar
Tarikh: 23 April 2025
Tempat: Anjung Bestari PPKI

Raya bukan hanya tentang baju baru dan kuih raya, tapi tentang hati yang kembali bersih, senyuman yang ikhlas, dan perut yang kenyang—sangat kenyang.

Dalam kemeriahan ini, anak-anak istimewa kita terus mengajar erti kasih sayang, sabar, dan syukur. Mereka mungkin berbeza cara, tapi sama hebatnya dalam menceriakan suasana!

“Ikhlas itu umpama kuih semperit—nampak biasa, tapi kalau tak ada, rasa tak lengkap.”

Terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang b*k menyumbang makanan kepada anak-anak kita semua.

Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan majlis. Kalau rasa seronok tu datang, jangan lupa—ia datang dari hati yang gembira (dan mungkin juga dari lemang dua ketul tadi).😆

Alhamdulillah, dua orang atlet PPKI Selayar kita berjaya meraih kedudukan Top 10 dalam Kejohanan Merentas Desa PPKI Daer...
17/04/2025

Alhamdulillah, dua orang atlet PPKI Selayar kita berjaya meraih kedudukan Top 10 dalam Kejohanan Merentas Desa PPKI Daerah Kuala Muda yang berlangsung pagi tadi.

Tarikh :17 April 2025
Tempat : SMK Sungai Pasir

Tahniah dan syabas diucapkan kepada :
Mohd Danish Bin Roslan – Tempat ke-6 (L15)
Mohd Adil Danish – Tempat ke-7(L15)
Adam Ihsan - Penyertaan
Sharul Nizam - Penyertaan
Airil Rayyan - Penyertaan

Jumpa lagi tahun depan. InsyaAllah.

Aktiviti Hari Ini✅ 13.3.2024✅ RabuRama-ramaku terbang. 🦋🦋🦋🦋🦋🦋🐛🐛🐛
13/03/2024

Aktiviti Hari Ini
✅ 13.3.2024
✅ Rabu

Rama-ramaku terbang.
🦋🦋🦋🦋🦋🦋🐛🐛🐛

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2024/2025
10/03/2024

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2024/2025

Address

SK SUNGAI LAYAR
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI Sk Sg. LAYAR - Selayar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category