23/07/2026
π TAHNIAH PASUKAN SMK AMAN JAYA! JOHAN PERTANDINGAN FILEM PENDEK FLLaSh 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH! π
Syabas dan tahniah diucapkan kepada 10 orang murid serta guru-guru pembimbing SMK Aman Jaya atas kejayaan cemerlang menduduki TEMPAT PERTAMA (JOHAN) dalam Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah Festival Lakon & Layar Sekolah KPM (FLLaSh) 2026 Peringkat Negeri Kedah! π¬β¨
Bukan sahaja meraih gelaran Johan, malah pasukan SMK Aman Jaya turut membanggakan sekolah dengan membolot 4 Anugerah Khas:
β Anugerah Khas Juri
β Anugerah Pengarah Terbaik
β Anugerah Penyuntingan Terbaik
β Anugerah Trailer Terbaik
Kreativiti, usaha gigih, dan kerjasama mantap yang ditunjukkan memang luar biasa! Terima kasih kerana telah mengharumkan nama SMK Aman Jaya di peringkat negeri.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
π€ Barisan Pentadbir Sekolah atas kepimpinan, sokongan padu, dan dorongan berterusan.
π€ Ibu Bapa & Waris Pelajar atas kepercayaan yang diberikan serta kebenaran dan sokongan moral buat anak-anak sepanjang menjayakan pertandingan ini.
π€ Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas segala bantuan, kerjasama, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.
π€ Seluruh Warga Sekolah β guru-guru, kakitangan, dan pelajar-pelajar β atas doa dan sokongan yang amat bermakna.
π²πΎ PERJALANAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN π²πΎ
Pasukan SMK Aman Jaya bakal mewakili Negeri Kedah ke Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah FLLaSh Peringkat Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung di Hotel Mudzaffar, Melaka pada 26 hingga 30 Julai 2026.
Di peringkat kebangsaan nanti, 3 daripada 10 orang pelajar akan membentangkan produksi filem pendek mereka dari segi pembikinan, teknikal dan jalan cerita di hadapan barisan juri penilai pada 28 Julai 2026
π²πΎ Mohon doa dan sokongan moral daripada seluruh warga sekolah, ibu bapa, serta masyarakat Kedah agar segala urusan pasukan kita dipermudahkan dan beroleh kejayaan yang paling manis di peringkat kebangsaan kelak! π€²β¨