Tadika Little Ibnu Sina, Sungai Petani

Tadika Little Ibnu Sina, Sungai Petani

Share

Tadika Little Ibnu Sina untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6. Dibuka untuk pelajar 4, 5 dan 6 tahun. Tiga teras utama adalah Islamik, Kreatif dan Akhlak.

Islamik, Kreatif & Berakhlak.

πŸŽ“Tadika Islamik Moden Sungai Petani
✍️ Walk In di Tadika (Ahad hingga Khamis)
πŸ’š WhatsApp: 0178122713 / 0194100560
πŸ“Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah Dulu dikenali sebagai PASTI Ibnu Sina, sekarang Tadika Little Ibnu Sina merupakan tadika pre-sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Photos from Tadika Little Ibnu Sina, Sungai Petani's post 17/12/2025

Jamuan Akhir Tahun. Terima kasih anak-anak yang share rezeki dengan semua.

Semoga menjadi kenangan terindah dihati dan minda anak-anak.

Semua segak bergaya baju smart casual.

Photos from Tadika Little Ibnu Sina, Sungai Petani's post 14/12/2025

Majlis Graduasi Little Ibnu Sina 2025!

Tahniah buat semua anak-anak 6 Al Ghazali. Berjaya tamatkan sekolah prasekolah. Disini memori tercipta, disini anda belajar tentang adab dan akhlak, disini anda belajar tentang hormat, disini anda belajar tentang persahabatan dan disini anda belajar tentang pendidikan awal.

Semoga anak-anak akan terus berjaya disekolah rendah nanti dan tak lupakan kami di LIS.

Tahniah juga buat tokoh pelajar Little Ibnu Sina:

1. Haidar Mikail bin Hafizzudin
2. Sharifah Kuntum Nour Maleehah binti Syed Shafulamin

Photos from Tadika Little Ibnu Sina, Sungai Petani's post 12/12/2025

Rehearsal penuh untuk Majlis Graduasi Little Ibnu Sina di DiJiwa Space Event.

Terima kasih buat cikgu, tenaga kerja LIS dan anak-anak yang berlatih bersungguh untuk majlis esok hari.

Semoga Allah mudahkan urusan kita semua esok hari.

Jangan lupa, esok ibu, ayah dan waris berbaju smart kasual Pastel ya! Kita raikan anak - anak kita yang berjaya habis belajar tahun ini!

08/12/2025

⭐️ Majlis Graduasi 2025 Little Ibnu Sina ⭐️
C E R I T A K I T A β€” Satu Langkah, Satu Kisah

Tahun ini, kami membawakan konsep pastel yang menggambarkan dunia dari kaca mata anak-anak kecil β€” dunia yang luas, indah dan penuh kemungkinan.

Anak-anak melihat dunia tanpa sempadan.
Pada mereka, semuanya boleh, semuanya adalah peluang untuk belajar dan mencipta kenangan baru.

🏑 Di Rumah
Di sinilah mereka dibesarkan dengan kasih sayang ibu, ayah dan adik-beradik. Setiap pelukan, setiap senyuman menjadi kekuatan pertama mereka.

🏫 Di Sekolah
Mereka mula bersahabat, belajar perkara baharu, dan memupuk rasa hormat kepada guru-guru. Di sinilah langkah kecil mereka menjadi pengetahuan.

🌈 Di Luar
Mereka melihat dunia sebenar β€” mengenal alam, manusia, dan kehidupan. Satu ruang besar untuk mereka meneroka dan memahami dunia.

Inilah Cerita Kita.
Satu langkah, satu kisah.
Dan semuanya… bermula di sini.

27/11/2025

Yay! Ujian Penilaian 2 selesai βœ…βœ…βœ…

Tahniah anak-anak 6 Al Ghazali, semoga apa yang dipelajari, ingat sampai bila-bila.

Boleh minta ibu ayah belanja makan sedap-sedap πŸ˜πŸ™πŸΌ

Photos from Tadika Little Ibnu Sina, Sungai Petani's post 26/11/2025

Alhamdullilah selesai 4 paper Ujian Penilaian 2 untuk 3 hari ujian

βœ… Bahasa Melayu
βœ… Bahasa Inggeris
βœ… Matematik
βœ… Pendidikan Islam

Ramai yang tak faham kepentingan Ujian. Bukan sahaja untuk tahu prestasi anak-anak, juga untuk pihak tadika tahu prestasi guru mengajar, cara mengajar dan silibus yang digunakan PERLU atau TIDAK penambaikan.

Tahniah buat anak-anak yang hadir dan belajar bersungguh - sungguh untuk menjawab ujian dengan baik.

Want your school to be the top-listed School/college in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Taman Ria Jaya
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
Tuesday 08:00 - 12:30
Wednesday 08:00 - 12:30
Thursday 08:00 - 12:30
Friday 09:00 - 12:30
Saturday 09:00 - 12:30
Sunday 08:00 - 12:30