๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan izin-Nya, Akademi Darul Ilmi (ADI) kini membuka pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2027. (๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐)
Selaras dengan visi ADI untuk melahirkan generasi ilmuan yang berilmu, berakhlak dan berprestasi tinggi, kami mempelawa calon-calon yang berpotensi serta cemerlang sahsiah diri untuk menyertai kami.
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐:
โ Lelaki sahaja
โ Warganegara Malaysia
โ Umur 11โ12 tahun (tahun 2027)
โ Sihat tubuh badan
โ Boleh membaca Al-Quran dengan lancar & bertajwid
โ Lulus temuduga
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐?
โ
Pembelajaran berteraskan Al-Quran & Hadis
โ
Suasana kondusif & tersusun
โ
Fokus akademik + sahsiah + hafazan
โ
Membentuk generasi seimbang dunia & akhirat
๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐:
๐ https://akademidarulilmi.com/e-borang-2/
โ ๏ธ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐๐. Mohon sekarang sebelum terlambat!
Akademi Darul Ilmi
Akademi Darul Ilmi diasaskan oleh Ustaz Wadi Annuar bertujuan untuk melahirkan ilmuan Islam berprestasi tinggi.
14/05/2026
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐ค ๐๐ซ๐-๐๐๐ ๐๐ค๐๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฅ๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ซ
๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Alhamdulillah, satu lawatan tapak bagi sesi Pre-CCC (Pre-Certificate of Completion and Compliance) telah berlangsung dengan jayanya di Akademi Darul Ilmi (ADI) melibatkan pihak SADA, consultant ADI serta wakil kontraktor yang terlibat.
Lawatan ini turut dihadiri oleh wakil pihak SADA iaitu En. Mohd Ashraf bin Mohd Shariff, selaku Pengurus Wilayah Tengah SADA.
Tujuan lawatan ini adalah bagi menilai kesiapsiagaan infrastruktur bekalan air serta memastikan segala keperluan teknikal berada dalam keadaan baik sebelum proses pengeluaran CCC (Certificate of Completion and Compliance) dapat diteruskan.
๐๐๐ค๐๐ฅ๐๐ง ๐๐ข๐ซ ๐๐ญ๐๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ฌ๐ค๐๐ง
Hasil lawatan mendapati bahawa pihak SADA berpuas hati dengan keadaan bekalan air yang stabil di kawasan Akademi Darul Ilmi. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif dalam memastikan kelancaran operasi dan pembangunan fasiliti ADI.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa komen serta cadangan penambahbaikan kecil yang dikenal pasti sepanjang sesi lawatan tersebut. Penambahbaikan ini akan dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan semua standard serta keperluan teknikal dipenuhi sepenuhnya.
๐๐๐ง๐ฒ๐๐๐ข๐๐๐ง ๐๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐๐ง ๐๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ซ๐จ๐ฌ๐๐ฌ ๐๐๐
Selain aspek teknikal di lapangan, pihak terlibat juga sedang dalam proses menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi melengkapkan urusan pengeluaran CCC.
Kerjasama erat antara pihak SADA, consultant ADI serta kontraktor amat penting dalam memastikan proses ini berjalan dengan teratur, cepat dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
๐๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐๐ง ๐๐ค๐๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฅ๐ฆ๐ข
Akademi Darul Ilmi sentiasa komited dalam memastikan setiap pembangunan infrastruktur dilaksanakan dengan standard terbaik demi keselesaan serta kebajikan seluruh warga ADI.
Semoga segala urusan ini dipermudahkan dan setiap proses berjalan lancar sehingga selesai sepenuhnya.
InsyaAllah.
12/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ - ๐๐๐๐
Selamat menjalani Peperiksaan Akhir Semester 1 (PAS 1) Sesi 2026 kepada seluruh pelajar Bahagian Tafaqquh dan Hadis bermula pada 11 - 21 Mei 2026.
ุงููููููู
ูู ูุงู ุณููููู ุฅููุงูู ู
ูุง ุฌูุนูููุชููู ุณููููุงู ููุฃูููุชู ุชูุฌูุนููู ุงูุญูุฒููู ุฅูุฐูุง ุดูุฆูุชู ุณููููุงู
โWahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinyaโ. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)
Semoga segala urusan sepanjang peperiksaan pada kali ini dipermudahkan oleh Allah ta'ala.
โKe Arah Melahirkan Ilmuwan Islam Berprestasi Tinggiโ
10/05/2026
โจ 9 MEI 2026 โจ
Alhamdulillah, Kuliah Duha UWA telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan kemeriahan dengan kehadiran rombongan dari seluruh Malaysia melibatkan 9 buah bas dan 2 buah van ๐โจ
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua rombongan serta para hadirin yang sanggup meluangkan masa dan berkorban demi hadir ke majlis ilmu ini. Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT. ๐ค
Insya-Allah, kepada mana-mana pihak yang ingin hadir bersama rombongan bas bagi Kuliah Duha UWA akan datang, boleh terus menghubungi Admin di:
๐ 013-815 2060
Semoga ukhuwah ini terus mekar dan kita dipertemukan lagi dalam majlis-majlis ilmu yang akan datang. ๐ท
10/05/2026
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Arifillah, Abdullah Sufi dan Hamzah yang berjaya mewakili Akademi Darul Ilmi ke Pusingan Akhir Pertandingan Hafazan Al-Quran ITQAN Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 pada 10 & 11 Mei 2026 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak. ๐
Semoga dipermudahkan segala urusan, diberi kelancaran hafazan dan dikurniakan kejayaan terbaik buat kalian semua. Warga ADI sentiasa mendoakan dan menyokong perjuangan antum dalam membawa kalam Allah. ๐
Bittaufiq Wannajah! ๐คฒ
๐ด Live Majlis Cinta Ilmu | Ustaz Wadi Annuar
07/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐!!!
๐๐๐
๐๐ ๐๐-๐๐
Alhamdulillah, seluruh warga Akademi Darul Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada MUHAMMAD FAYYADH HARIS BIN MUHAMMAD FAIRUL yang baru sahaja tamat hafazan Al-Quran pada 7 Mei 2026.
Fayyadh Haris merupakan pelajar ke-3 batch 2025 yang telah BERJAYA menamatkan 30 juzuk hafazan dalam tempoh 1 tahun 4 bulan. Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan Huffaz Akademi Darul Ilmi seramai 56 orang sejak awal penubuhan.
InsyaAllah, kita mendoakan agar Muhammad Fayyadh Haris bin Muhammad Fairul dapat memelihara 30 juzuk Al-Quran hingga ke akhir hayat, sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semoga kita semua memperoleh keredaan dan diberkati Allah SWT.
JOM MASUK ADI
https://akademidarulilmi.com/e-borang-2/
06/05/2026
๐ข Jangan lupa saksikan โ๐๐ข๐ฏ๐ ๐&๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐โ yang akan berlangsung pada:
๐๏ธ 7 Mei 2026 (Khamis)
โฐ 9.30 pagi โ 10.30 pagi
LIVE di FB & TIKTOK Akademi Darul Ilmi
https://vt.tiktok.com/ZS9FhJgobAPs3-GF1KQ/
Live ini akan membincangkan berkaitan kemasukan pelajar baharu Akademi Darul Ilmi (ADI) sesi 2027 serta sesi soal jawab secara langsung bersama pihak urusetia pengambilan..
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan info penting dan ibu ayah boleh tanya terus mengenai permohonan, syarat kemasukan dan lain-lain berkaitan ADI.
06/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Daripada Abdullah bin Buraidah RA daripada ayahnya, Nabi SAW bersabda:
ู
ููู ุงุณูุชูุนูู
ูููููุงูู ุนูููู ุนูู
ููู ููุฑูุฒูููููุงูู ุฑูุฒูููุง ููู
ูุง ุฃูุฎูุฐู ุจูุนูุฏู ุฐููููู ูููููู ุบูููููู
Maksudnya:
โSesiapa yang diberikan sesuatu jawatan dan telah ditetapkan baginya rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambil selepas itu adalah pengkhianatan (ghulul).โ
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Apa Maksud Ghulul?
Ghulul bermaksud mengambil sesuatu yang bukan hak secara tersembunyi atau menyalahgunakan amanah yang diberikan. Dalam konteks pekerjaan, ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti:
Mengambil wang syarikat tanpa izin
Menipu waktu kerja
Salah guna kuasa atau jawatan
Menggunakan harta pejabat untuk kepentingan peribadi
Menerima rasuah atau habuan yang haram
Jom install aplikasi ADI-PRO : https://adi-pro.net/
04/05/2026
Senarai rasmi tarikh terbaru Ceramah Duha Perdana 2026 bersama Ustaz Wadi Annuar di Akademi Darul Ilmi
Untuk rombongan yang hadir menggunakan bas, pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan Akademi Darul Ilmi bagi tujuan penyelarasan.
Sebaran poster ini amat digalakkan agar lebih ramai berpeluang menghadiri majlis ilmu. Semoga setiap langkah ke majlis ini menjadi asbab kebaikan dan ganjaran di sisi Allah ๏ทป.
(Dikemaskini pada 4 Mei 2026)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Address
Lot 5552 Kampung Che Bema Sungai Layar Hujung
Sungai Petani
08000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 15:30 |
| Tuesday | 08:00 - 15:30 |
| Wednesday | 08:00 - 15:30 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 15:30 |