SMK Sungai Pasir (SMKSP)

SMK Sungai Pasir (SMKSP) Sekolah ini mempunyai pelajar dari pelbagai kaum, dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam. Satu Fokus Sekolah 2014

1.

Pengenalan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir yang terletak di mukim Sungai Pasir, daerah Kuala Muda kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Dibuka pada 1 Jan 1985, di bawah pentadbiran SMK Khir Johari II sebagai sekolah cawangan. Mulai 1 Januari 1986, SMK Sungai Pasir di bawah pentadbiran sendiri tetapi masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir

pada sebelah petang. Pada 1 Ogos 1986 SMK Sungai Pasir telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh YAB Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Pada tahun 1992, SMK Sungai Pasir dinaiktarafkan ke gred B dan akhirnya diiktirafkan sebagai Sekolah Menengah Gred A pada November 1997. Melonjakkan pencapaian pelajar berasaskan kualiti dan kuantiti dalam PMR, SPM dan STPM pada peringkat maksimum.

2. Melestarikan kegemilangan kurikulum dan kokurikulum bagi menjadikan SMKSP unggul berlandaskan iman dan taqwa.

3. Membentuk pelajar yang istiqamah beribadah dan berakhlak mulia untuk melahirkan insan mandiri yang proaktif.

4. Memperkasakan Bahasa Melayu dan membudayakan Bahasa Inggeris sejajar dengan arus perkembangan kini.

5. Menjana hubungan pintar dan mesra dengan komuniti bagi mewujudkan kegemilangan.

6. Menyemarak dan meningkatkan semangat kesukanan serta membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni di samping mewujudkan landasan kearah kecemerlangan sukan SMKSP melalui Program 1M1S.

28/12/2025

2025 Hampir melabuhkan tirainya.
Azamnya dah berjaya digapai?

10/03/2024
24/06/2014

Pengumuman:

kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru
ganti,

sila pergi dan berbincang terus dengan pihak sekolah yang berkenaan:

•SMK BAKAR ARANG (SG PETANI)
SUBJEK : SAINS
*MULA MGAJAR : 26/6/14 (ganti guru yang cuti bersalin)

•SMK SG PASIR (SG PETANI)
SUBJEK : BM & GEOGRAFI

**berdasarkan siapa cepat & berkelayakkan sahaja.
TQ

Sumber: https://www.facebook.com/groups/203430711538/permalink/10152460444296539/

20/03/2014

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada pelajar -pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013 dan STPM 2013. Semoga lebih maju jaya pada masa hadapan untuk semua bekas pelajar SMK SUNGAI PASIR. 😃

07/10/2013

SANTAI MALAM | Berekspresi bersama-sama kami di IKIMfm. Santai malam berkongsi ucapan dan kata-kata hikmah bersama-sama Dj Syafiq malam ini

03/10/2013

To all PMR students,

All the best to you for your coming exam.

Selamat Maju Jaya !

05/04/2013

*IKLAN

Kepada lepasan SPM/STPM 2012 & kebawah....

Karnival Jom Masuk U peringkat daerah Kuala Muda/Yan akan diadakan di Kelab Cinta Sayang pada 7 April 2013 (Ahad), jam 9.00 - 4.00 ptg. Agensi2 terlibat adalah dikalangan IPT Swasta & Kemahiran sprt ADTEC Kulim, ILP, IKBN dll. Selain itu, anda juga boleh mencuba inventori minat kerjaya yang dikendalikan oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah KMY bagi menentukan minat kerjaya anda yang paling sesuai dgn diri anda. Kepada LEPASAN SPM/STPM 2012 dan kebawah yg berkelapangan, bolehlah hadir ke program tersebut bagi mengintai peluang melanjutkan pengajian peringkat tinggi. Sila bawa bersama slip keputusan SPM 2012 anda. Jgn malu2 nk bertanya. Sila sebarkan kpd rakan2, sanak sedara, org kampung & teman anda. Masuk adalah PERCUMA !!

PETRONAS

20/03/2013

Sedia maklum, hari ini adalah hari keputusan SPM 2012 akan diumumkan. Semoga adik2 mendapat keputusan yg cemerlang.

& redha dgn hasil yg kita telah dapat nanti.

18/03/2013

Tahniah kepada adik2 yg berjaya mendapat keputusan STPM 2012 dengan cemerlang pada hari ini.

15/01/2013

Like Page nie : Biarkan Hati Berbicara

Address

Sg. Pasir
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:30
Tuesday 07:30 - 18:30
Wednesday 07:30 - 18:30
Thursday 07:30 - 18:30
Sunday 07:30 - 18:30

Telephone

+6044311764

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sungai Pasir (SMKSP) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Sungai Pasir (SMKSP):

Shortcuts

Share

Category